Saya amat terkilan melihatkan guru guru muda masa kini yang terlalu
sibuk berpolitik dalam laman sosial. Adakah mereka tak sedar yang
menjadi rakan atau pengikut mereka di laman sosial kebanyakannya anak
murid mereka.
Saya lihat ada guru yang menggunakan kata kata kesat menghina,
mencaci majikan mereka sendiri iaitu kerajaan yang memerintah. Adakah
itu nilai yang mereka mahu anak didik mereka ikuti?
Mereka perlu berhati hati dilaman sosial. Anak murid mereka lebih
mempercayai apa yang mereka katakan. Lagipun kerajaan sekarang adalah
majikan mereka.
Walaupun pandangan politik anda berbeza janganlah menghasut orang
lain mengikut anda. Semua orang ada hak untuk berpolitik tapi biar kena
cara. Guru mesti ingat mereka adalah contoh kepada anak didik mereka.
Bekerjalah dengan ikhlas janganlah tanam hasad dengki dalam bekerja.
Utusan Malaysia Online: 6 Ogos 2012
Isnin, 6 Ogos 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan