Selasa, 7 Ogos 2012

Pembantu Tadbir jawab guru kata kerani lembap

NSAN BIASA
Gurun
SEBAGAI penjawat awam, saya perasan yang akhir-akhir ini luahan 'Guru' banyak terpapar di dada-dada akhbar.
Pertama 'isu kerani lembap', kedua 'isu cuti khas perayaan' dan ketiga 'isu penempatan Guru Lepasan Ijazah J-qaf'.
Saya merasakan golongan ini terlalu ingin diberi banyak keistimewaan walaupun banyak keistimewaan telah diberi oleh kerajaan kepada anda.
Mungkin, seperti sebelum ini, apa jua permintaan dan perjuangan golongan pendidik ini mudah diterima kerajaan, mereka ibarat diberi betis, mahu paha pula.
Untuk makluman 'Guru' berkaitan 'isu kerani lembap', saya menyarankan anda menyemak dan meneliti fail meja dan arahan-arahan kerja anda sebagai seorang yang bergelar 'Guru'.
Anda tidak boleh menyalahkan Pembantu Tadbir di atas lambakan kerja-kerja anda. Anda tidak perlu membebankan pihak lain sekiranya tidak dapat menyiapkan tugasan anda. Kadangkala mereka juga muak dengan kerenah guru-guru yang mengarah itu ini dan satu lagi ayat yang dilihat anda seolah-olah mempertikai, menghina dan tidak faham kerjaya sebagai Pembantu Tadbir bahawa anda menyatakan bahawa anda adalah majikan Pembantu Tadbir.
Harus diingat, walaupun anda 'Guru', anda bukanlah majikan Pembantu Tadbir.
Hampir keseluruhan Pembantu Tadbir di segenap jabatan memiliki Diploma/Ijazah/Sarjana yang jauh lebih baik daripada anda dan tidak perlulah anda memandang rendah terhadap kerjaya mereka.
Pengalaman saya yang mempunyai ibu dan bapa saudara serta rakan-rakan yang bergelar guru, saya lihat mereka kurang mahir menggunakan komputer dan mengurus masa, tambahan pula apabila sesuatu yang urgent mula menggelabah.
Anda harus tahu kerjaya sebagai Pembantu Tadbir yang banyak menolong orang/pegawai atasan boleh membuat kerja di bawah tekanan dan cepat menyiapkan kerja melainkan dia seorang kakitangan yang malas dan tidak proaktif.
Kadangkala pegawai pun tidak cekap membuat kerja berdasarkan pengalaman saya yang telah bekerja di pelbagai jabatan swasta dan kerajaan.
Namun, tidak salah untuk Pembantu Tadbir membantu guru-guru tersebut, tetapi apabila terlalu banyak membantu, golongan guru menganggap itu adalah tugas Pembantu Tadbir dan mereka bebas melayari internet, bersembang kosong, aktiviti jualan langsung dan sempat pula membuat kerja sampingan lain di luar waktu bekerja.
Tidak wajarlah anda menikmati gaji besar sekiranya bebanan tugas anda digalas oleh pihak yang lain pula.
Anda sebagai guru ketika ini harus mencontohi guru-guru terdahulu yang membawa balik kerja ke rumah tanpa melibatkan kakitangan yang lain walaupun mereka bergaji kecil pada masa itu.
Mengenai isu 'guru diberi cuti khas perayaan' bagi memudahkan perjalanan balik ke kampung dan mengelak guru-guru mengambil cuti sakit semata-mata ingin balik awal ke kampung, adalah cadangan tidak masuk akal.
Apakah keistimewaan anda sehingga anda perlu diberi cuti rehat khas? Inikah mentaliti seorang pendidik? Mungkin anda kurang sensitif mengenai penjawat awam yang lain, yang juga mahu pulang ke kampung.
Kami menguruskan masa dan merancang cuti lebih awal dan ada lagi penjawat awam lain tidak pulang berhari raya dan tidak mudah untuk mengambil cuti perayaan kerana ada sistem giliran.
Saya hairan, kenapa perlu diberi cuti khas kepada golongan guru dan tidak salah kalau tidak dapat balik sehari sebelum hari raya, balik pada hari yang anda ada kelapangan.

Utusan Malaysia Online:  7 Ogos 2012

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

NSAN BIASA: Saya sokong tulisan anda. Ada guru, hinggakan soalan peperiksaan pun minta kerani tolong taipkan, kalau x tolong mulalah membebel. Begitu juga surat2 peribadi mereka yang dialamatkan ke sekolah, kerani juga dipersalahkan sebab x tolong sampaikan.Nak cari no telefon sekolah-sekolah lain pun kerani juga kena carikan, buku kedatangan pelajar tiada di tempat sepatutnya pun kerani juga yang salah. Banyak tugasan yang perlu SEGERA lambakkan pada kerani juga sampaikan nak buat salinan cd mengajar pun minta kerani buatkan. Tapi bukanlah semua guru begitu, ada juga yang begitu menghargai kerja2 kerani dan sedia memberikan pertolongan. Begitu juga dengan ucapan `terima kasih' bukan kena keluarkan modal pun tapi berat sangat nak sebut. Bagi kelas ganti pun tergamak minta kerani atau pembantu pejabat tolong bila disampaikan slip guru ganti. Macam-macam kerenah. Mungkin bidang perguruan hanya pekerjaan gantian kerana mereka tak dapat kerja-kerja yang mereka minat tapi fikirkanlah amanah yang dipertanggungjawabkan. Moga kita sentiasa membantu antara satu sama lain.

PT Kubang Pasu.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya guru tersebut menyatakan " tidak semua kerani lembap" di dalam tulisannya... saya PTN17... di antara kerja2 yg guru guru minta n susruh saya buat selain drpada tugasan hakiki saya:
1. minta tgk internet bilik guru, cyber, bilik pengurusan, sebab tak dapat capaian.
2. cikgu suruh saya pergi JPN ambil markah prestasi.
3. cikgu minta sya hantaq borang permohonan kenaikan pangkat ke pej Nazir.
4. pernah ckgu minta sya kesan pelajar yg layak terima KWAPM- sya tak buat.
5. printer jem- tlg tgk dan buat bg ok semula.
6. tlg buat emel utk cikgu2
7.tlg ajar copy n paste- lps tu ckgu sruh saya buat trus, dia duduk di tepi smbil melihat
8. tlg emel sat, tmpat sya tak dapat internet" kata seorang ckgu... bila saya p tgk..internet ok ja....
9. tgh buat kira gaji, nak buat sg.20...cikgu sruh photostat... PAP ada ja..

kita buat kerja sebab itu tangjungjawab & amanah. Pahala Allah yg tentukan. stakat yg kita mampu, kita akan buat & tolong... tpi klau dah sampai menjejaskan tugas hakiki tak boleh la.... klu sampai mcm ni pn nak di kata lembab lagi, saya sebagai PTN17 minta maaf la... mungkin apa yg cikgu mahukan tu diluar kemampuan kami

Tanpa Nama berkata...

Guru itu maksudkan kerani sekolah dia,kenapa kerani tempat lain yang jawab,kerani itulah yang jawab.Baru tahu apa yang hitam dan putih.

Tanpa Nama berkata...

PT atau Guru sekolah mana pun sama je la..kalau PT sekolah lain ckp mcm tu PT sekolah tu pn rasa mcm tu la..skrg PT pon ada Degree In Engineering la..just xnk tunjuk sbb susah dapat kerja skrg..ingat PT tu bodoh dari Guru ke?

Tanpa Nama berkata...

Bagi kerja sekolah dekat pelajar byk2 tapi tak semak. Bila pelajar tak buat denda tak kisah la sbb pelajar tak buat tapi jika pelajar buat dan hantar guru tak buat pemeriksaan langsung. Patut budak sekarang byk melawan guru sedikit sebanyak terjejas disiplin disebabkan sumbangan guru itu sendiri...sorry la lari tajuk sikit.

Tanpa Nama berkata...

Sebagai penjawat awam,, sy ucapkan tahniah buat PT yg ada degree dsbgnya. Mungkin anda adalah kerani yg terbaik tetapi ada kerani yg sangat menyusahkan guru bila kenaikan guru pun belum buat malah ada yg sampai cecah 4-5 tahun. Jd di sini sy anggap sebenarnya guru ke kerani ke sama saja. Fahami tugas masing2 agar semuanya berjalan dengan lancar untuk kebaikan sekolah.