SEREMBAN 7 Ogos - Cadangan pelajar dibenar membawa telefon bimbit ke
sekolah masih pada peringkat perbincangan, kata Timbalan Menteri
Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.
Katanya banyak perkara harus diteliti sebelum kementerian itu dapat membuat keputusan yang memuaskan semua pihak.
"Setakat ini pelbagai pandangan telah diterima termasuk daripada pelajar.
Malah saya ada menerima surat daripada murid berusia 10 tahun yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.
"Ini adalah sesuatu yang sangat memeranjatkan apabila murid tahun
empat ini sendiri memberi pandangan sebegitu dan menyatakan sebab
mengapa dia tidak bersetuju," katanya kepada pemberita, di sini hari
ini.
Beliau sebelum itu menyerahkan cek bantuan kewangan kepada sekolah
bantuan kerajaan di Negeri Sembilan. Sebanyak RM6.43 juta diperuntuk
kepada 41 sekolah jenis kebangsaan bantuan kerajaan tahun ini.
Bulan lepas, kementerian itu mengusulkan cadangan membenarkan pelajar
membawa peralatan komunikasi seperti telefon bimbit dan iPad ke sekolah
bermula tahun depan.
Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan terutama daripada
persatuan ibu bapa dan guru yang rata-rata berpandangan langkah tersebut
akan mengundang lebih banyak masalah selain menjejaskan pembelajaran
pelajar. - BERNAMA
Utusan Malaysia Online: 7 Ogos 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan