Rabu, 15 September 2010

Atur jadual cuti elak bertembung

2010/09/15

KUALA LUMPUR: Kebenaran memilih mana-mana empat hari setahun bagi cuti peristiwa yang berlaku dalam negara selain cuti berganti seharusnya dimanfaatkan pengurusan sekolah dengan sebaik mungkin ketika mengatur jadual persekolahan.

Ini berikutan bagi mengelak berlaku pertembungan antara cuti umum dan hujung minggu menyaksikan murid dan pelajar liat ke ke sekolah seperti mana Khamis ini yang sudah pun diiktiraf cuti umum Hari Malaysia, manakala Jumaat adalah hari bersekolah sedangkan Sabtu cuti hujung minggu. Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kementerian memberi banyak kelonggaran kepada pengurusan sekolah mengatur jadual termasuk cuti masing-masing mengikut peruntukan ditetapkan dan ia sudah dilaksana bertahun dulu.


“Tidak timbul masalah dan tiada alasan untuk mana-mana pelajar atau murid ponteng kelas kerana sudah ada peruntukan cuti begini, malah guru juga diberitahu mengenai perkara ini boleh pilih tarikh mana untuk cuti tetapi perlu diganti tarikh lain pada Sabtu.


“Malah kita ada cuti peristiwa sebanyak empat hari yang boleh dipilih pihak sekolah, maka terpulang kepada kebijaksanaan sekolah mengaturnya dan mereka boleh memohon Jabatan Pendidikan Negeri untuk tujuan ini,” katanya.

myMetro: 15 September 2010

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, apa yang berlaku pada tahun 2010 ini berkaitan dgn cuti penggal, peperiksaan, dan cuti hari raya menunjukkan banyak kelemahan J.kuasa yang membuat takwim. Satu hakikat yg perlu diakui oleh KPM.

1) Cuti pertengahan penggal pertama(Mei-Jun) yg telah ditetapkan dlm takwim telah diarah bertukar tarikh. Kemudian ditarik balik dan kembali kpd jadual asal.

2) Tarikh cuti penggal sepatutnya boleh diubah mengikut kesesuaian Hari Raya Aidil Fitri.

3) kelemahan ini menyebabkan UPSR tidak sesuai pada 21-23 SEPT. Pelajar SK banyak mendapat kesan akibat kelemahan ini.

3) kami faham bahawa semua penentuan tarikh cuti dan hari persekolahan akan mengambil kira takwim mssm, peperiksaan dan sebagainya. Sbb itu UPSR tidak boleh dianjakan lagi kerana akan memberi kesan terhadap penggunaan bilik kebal.

Tak mengapalah kerana kesilapan telah pun berlalu. YANG PENTING.... belajarlah daripada kesilapan tahun 2010.

PASTIKAN 2011, tiada lagi masalah seperti ini. MAAF Tan Sri KPPM.