Sabtu, 17 Disember 2011

Interlok tak diguna tahun depan

MELAKA 16 Dis. - Kerajaan memutuskan tidak akan menggunakan novel Interlok sebagai buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pelajar tingkatan lima mulai tahun depan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, perkara itu telah diputuskan kerajaan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini.

''Saya harap penarikan balik novel karya Sasterawan Negara, Datuk Abdullah Hussain itu dapat diterima oleh semua pihak dan sekali gus menamatkan kontroversi yang timbul sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan perlawanan bola sepak Piala Datuk Seri S. Samy Vellu anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) di Ayer Keroh di sini, hari ini.

Utusan Malaysia Online: 17 Disember 2011

2 ulasan:

guru lama berkata...

Saya tidak kisah Interlok. Itu hanya tkes sastera mengajar murid bagaimana belajar sastera. Tapi kalau ada undang disebalik batu saya tidak tahulah..bukan gua punya hal

Yang sangat penting bagi saya ialah bagaimana mengurus masalah yang terdapat dalam SBPA berikut;-

1. kenaikan gaji yang tidak seragam dalam gred yag sama
2. kenaikan gaji berdasarkan nilaian prestasi
3. perbezaan kenaikan gaji yg terlalu jauh antara premier dan pelaksana

4, exit policy yg boleh dimenafaatkan oleh penjtadbir untuk membuang sesuka hati kakitangan yg mereka tidak suka.

Tanpa Nama berkata...

Undi punya pasal