KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Pembayaran gaji penjawat awam bagi bulan Januari yang akan dilakukan pada 16 Jan ini sempena perayaan Tahun Baru Cina, adalah berdasarkan gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Menurut satu kenyataan Kementerian Kewangan Isnin, perbezaan gaji penjawat awam yang memilih opsyen Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dibayar pada 31 Jan ini.
"Pembayaran gaji SBPA tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada 16 Jan 2012 berikutan keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh opsyen SBPA dari 31 Dis 2011 kepada 15 Jan 2012," katanya.
Menurut kenyataan itu, pembayaran gaji bulanan di bawah SBPA akan dibuat seperti biasa mengikut jadual mulai Februari.
-- BERNAMA
BERNAMA: 9 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
Saya, salah seorang dari guru yang bertugas di P1 Sarawak, menghadapi masalah gaji. Rata-rata staf guru/bukan guru di sekolah saya tidak menerima perubahan gaji sejak 2010 lagi gara-gara kerani Pembantu Tadbir sekolah/pejabat PPD yang tidak membuat kerja mereka mengikut jadual. Daripada 29kakitangan, 3 pegawai tidak naik gaji sejak tahun 2010, 12 orang lagi sejak 2011. Cakap pasal gaji SBPA, kami tidak akan mendapat bayaran sehingga pertengahan tahun 2012.
Guru SMK Nanga Dap,Kanowit, Sarawak.
Cerita SBPA sudah selesai tapi muncul lagi satu keputusan yang sangat mengejutkan yang dibuat oleh Bahagian Sumber manusia, KPM
Satu lagi berita yang tidak adil dan menafikan hak semua guru yang menjalankan tugas sebagai Penolong Kanan di sekolah menengah ialah Penolong-Penolong Kanan Kokurikulum dari sekolah-sekolah menengah Gred B tidak termasuk dalam ABM kenaikan pangkat dari gred DG44 ke Gred DG48. Penolong-Penolong Kanan yang dimasukkan dalam ABM ialah semua Penolong-Penolong Kanan Kurikulum/Pentadbiran dan Hal Ehwal Murid dan hanya Penolong-Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah Menengah Gred A sahaja yang dimasukkan Anggaran Belanja Mengurus( ABM). Data dari BSM menunjukkan semua PK Kokum di sekolah menengah gred B tidak dimasukan dalam ABM. Sayang sekali nampaknya senioriti sama sekali tidak diambil kira dan seolah-olah tugas PK Kokum itu sangat remeh walhal PK-PK Kokum juga menjaga sejumlah pelajar di setiap sekolah, tanggungjawab juga sangat berat tapi sepertinya di anak tirikan atau mereka sebenarnya tidak tahu bebanan PK-PK Kokum ini.
Tindakan dari BSM ini seolah-olah bertentangan dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri bahawa semua PK-PK di naikkan gred dari DG44 ke DG48.
Jika beginilah cara BSM, lebih baik semua urusan kokurikulum dan sukan di sekolah diletakkan di bawah PK Pentadbiran dan HEM kerena ternyata PK. Kokum tidak terbela malah dipinggirkan ...
Kalau sekolah tu ada 1000 orang pelajar, maka sejumlah itu lah PK Kokum jaga dan urus, kalau ada 100 orang guru di sekolah tersebut makan sejumlah itulah PK. Kokum pantau, kalau ada aktiviti program sekolah maka Pk. Kokum juga turut memainkan peranan utama dalam menjayakan aktiviti sekolah. Tapi kalau ada Perkhemahan sekolah belum tentu PK Pentadbiran dan PK Hem datang untuk berpanas dan berhujan tapi PK.Kokum tetap berpanas dan berhujan malah bermalam. Apa-apa aktiviti dalam dan luar sekolah melibatkan pelajar PK.Kokum tetap terlibat malah PK.Kokum mengeluarkan kocek sendiri untuk menyelamatkan keadaan apa yg kurang dalam aktiviti jika Pengetua tidak bertindak atau tidak berada disitu. Apakah pengorbanan PK.Kokum selama ini tidak diambil kira, apakah selama ini Pk.Kokum goyang kaki, apakah selama ini PK. Kokum bekerja bermusim, apakah selama ini status Pk. kokum itu hanya ditepian tidak ada makna, tidak memberikan impak kepada kecemerlangan sekolah? Dan apakah selama ini semua PK kokum itu baru bekerja sebagai guru 10 tahun yang lalu? Tidak!!!!!!!!!!!! PK.kokumlah dan kru-krunya yang memberikan warna kecemerlangan sekolah keperingkat yang lebih tinggi sehingga sekolah itu dikenali, disegani, dihormati dan dipandang, oleh sekolah-sekolah lain, oleh masyarakat, oleh para pegawai di daerah, negeri dan kementerian di samping prestasi akademik. Tapi kenapa jawatan PK.Kokum itu dipandang remeh,tidak dihormati??? Amat sedih sekali apabila dalam ABM penjawat PK Kokum di sekolah Gred B tidak dimasukkan...SEDIH...
Perjuangan,komitmen dan harapan semua PK.Kokum sekolah menengah gred B musnah bahkan dipinggirkan,dianaktirikan dan tidak diperdulikan.Nampaknya kekanan tidak diambil kira dalam kenaikan pangkat seseorang PA.Apa nasib PK-PK Kokum selepas ini????? Tinggalkan tugas? Biarkan kerja2 atau beralih arah kepada pembangkang?????? Semua itu tidak mustahil jika ketidakadilan tidak dijelmakan dalam perkhidmatan
Kalau sekolah tu ada 1000 orang pelajar, maka sejumlah itu lah PK Kokum jaga dan urus, kalau ada 100 orang guru di sekolah tersebut maka sejumlah itulah PK. Kokum pantau, kalau ada aktiviti program sekolah maka Pk. Kokum juga turut memainkan peranan utama dalam menjayakan aktiviti sekolah. Tapi kalau ada Perkhemahan sekolah belum tentu PK Pentadbiran dan PK Hem datang untuk berpanas dan berhujan tapi PK.Kokum tetap berpanas dan berhujan malah bermalam. Apa-apa aktiviti dalam dan luar sekolah melibatkan pelajar PK.Kokum tetap terlibat malah PK.Kokum mengeluarkan kocek sendiri untuk menyelamatkan keadaan apa yg kurang dalam aktiviti jika Pengetua tidak bertindak atau tidak berada disitu. Apakah pengorbanan PK.Kokum selama ini tidak diambil kira, apakah selama ini Pk.Kokum goyang kaki, apakah selama ini PK. Kokum bekerja bermusim, apakah selama ini status Pk. kokum itu hanya ditepian tidak ada makna, tidak memberikan impak kepada kecemerlangan sekolah? Dan apakah selama ini semua PK kokum itu baru bekerja sebagai guru 10 tahun yang lalu? Tidak!!!!!!!!!!!! PK.kokumlah dan kru-krunya yang memberikan warna kecemerlangan sekolah keperingkat yang lebih tinggi sehingga sekolah itu dikenali, disegani, dihormati dan dipandang, oleh sekolah-sekolah lain, oleh masyarakat, oleh para pegawai di daerah, negeri dan kementerian di samping prestasi akademik. Tapi kenapa jawatan PK.Kokum itu dipandang remeh,tidak dihormati??? Amat sedih sekali apabila dalam ABM penjawat PK Kokum di sekolah Gred B tidak dimasukkan...SEDIH...
Rabu, Januari 11, 2012 5:27:00 AM
Berita terkini yang saya dengar ialah kekosongan jawatan penolong kanan hanya akan diisi oleh guru yang telah mencapai gred DG48 manakala Penolong-penolong Kanan sedia ada kekal di tempat masing-masing tanpa dinaikkan ke gred DG48.
Catat Ulasan