Jumaat, 13 Januari 2012

Di manakah silap guru?

MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan lapan peratus daripada 6,667 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) didapati tidak boleh membaca dan menulis.

Ini menyedarkan kita bahawa masalah kegagalan pelajar sekolah menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi masih lagi menghantui dunia pendidikan negara. Pelbagai kaedah dan program khas telah dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini. Dulu dikenali sebagai KIA 2M (Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) dan terbaru ialah LINUS (program Saringan Literasi dan Numerasi) yang dilancarkan pada tahun 2010, tetapi masalah ini masih terus berlaku.

Dari aspek psikologi perkembangan, manusia normal, berkeupayaan menguasai kemahiran asas membaca menulis dan mengira ini di peringkat kanak-kanak lagi, iaitu seawal usia 6 tahun.

Setelah menamatkan pengajian di peringkat pra sekolah, semua pelajar sepatutnya boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik.

Adalah terlalu malang buat pelajar setelah menamatkan pelajaran di tingkatan lima dan berumur 17 tahun tapi masih belum boleh membaca dan menulis dengan baik.

Isu ini perlu mendapat perhatian serius kepada guru-guru di sekolah. Guru-guru yang telah mendapat latihan secukupnya dalam bidang psikologi pendidikan, pedagogi dan profesionalisme keguruan (Diploma 3 tahun dan Ijazah 5 setengah tahun - merujuk kepada jangkamasa latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia) apakah tidak mampu menyelesaikan isu ini?

Adalah sangat memalukan, dengan ijazah/kepakaran dalam bidang psikologi, pedagogi dan profesionalisme yang dimiliki, dengan skim perkhidmatan yang menarik, umur yang masih muda, masalah buta huruf tidak menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) masih lagi berlaku di kalangan pelajar sekolah menengah di negara ini.

Pertengahan bulan Januari ini, generasi kedua guru-guru lulusan IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia) akan ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Syabas kepada semua guru ini kerana telah berjaya menjadi seorang guru.

Di samping kegembiraan kerana menamatkan pengajian dan latihan dengan jayanya dan telah ditempatkan di sekolah-sekolah untuk bertugas, sehinggalah kepada pengumuman skim perkhidmatan yang sentiasa ditambah baik oleh kerajaan, anda pada hakikatnya telah diberi satu tanggungjawab besar.

Tanggungjawab itu ialah memastikan semua pelajar sekurang-kurangnya dapat menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi sebelum mereka meninggalkan sekolah rendah.

Tiada apa-apa alasan lagi di pihak guru untuk gagal melaksanakan tanggungjawab ini.

Anggaplah dengan penempatan anda di sekolah sebagai guru permulaan, merupakan langkah permulaan memikul tanggungjawab besar ini.

Justeru para guru perlu mengambil serius terhadap fenomena ini dan berusaha mengatasinya sehingga berjaya supaya profesyen perguruan akan dihormati disanjung sebagai arkitek pembangunan akal budi manusia dan pencorak kemajuan rakyat dalam sesebuah negara.

HASSAN SALLEH

Kuala Terengganu


Utusan Malaysia OnlineL 13 Januari 2012

19 ulasan:

Cikgu Musi berkata...

saya pun tak pasti adakah benar silap guru atau tidak...melihat kepada situasi pendidikan di tahun 1 sekarang, adakah murid masih diajar huruf ABC...123...setahu saya sebelum KSSR murid di tahun satu sudahpun perlu membuat ayat mudah seperti Ini Ayam Saya...bagaimana seorang guru hendak mengajar jika muridnya masih tidak mengetahui ABC...disekolah saya hampir 30 orang murid tidak pandai membaca ketika berada di tahun 2...kebanykkan daripada mereka ini tidak mendapat pendidikan di pra sekolah ataupun tadika

Awanama berkata...

silap guru pemulihan. Bila ada murid yang memang lambat mengenal huruf & perkataan, murid tersebut di bawa ke kelas pemulihan. Tapi bukan sepenuh masa. Hanya pada waktu BM. Waktu BI & yang lain, murid masuk semula ke kelas biasa. Bayangkan, kalau setakat masuk kelas pemulihan sama waktu dengan jumlah waktu BM, nak boleh buat apa? Entah apa yang dibuat dalam bilik pemulihan tu, balik2 bila murid dah di tahun 3, cikgu pemulihan bagitau lah diagnosis-diagnosis macam doktor - murid ada ingatan jangka masa pendek lah, murid bermasalah pembelajaran lah, OKU lah. Lepas tu hantar balik murid-murid ke kelas biasa bila Tahun 4. Cikgu2 di tahap 2 pulak yang nak kena pulih bersama-sama murid yang lain. Bila dah di tahun 6, kalau peratus UPSR turun, hanya attack guru tahun 6. Yang cikgu pemulihan tak buat apa pun, hanya jadi 'doktor' di sekolah.

Cikgu Musi berkata...

jika dilihat kanak-kanak umur 5 tahun pun sudah boleh pandai membaca, memang kita rasakan sesuatu yang pelik jika sehingga ke sek men murid tidak pandai membaca dan mengira...nak salahkan guru semata-mata rasanya tak wajar...ibu bapa dirumah juga perlu memainkan peranan besar, terutama murid yang sudah di tahap 2...mereka ni apabila dah besar, dah rasa tak bersemnagat nak belajar membaca

guru berkata...

Anak tidak pandai membaca??? Itu salah ibubapa kerana tidk peka terhadap keperluan anak. Guru sekolah rendah pun salah gagal mempastikan murid menguasai 3m

guru sekolah menengah tidak salah kerana sukatan pelajaran sekolah menengah bukan lagi kaedah menguasai 3M tapi lebihh dari itu...

Awanama berkata...

Sistem Pendidikan Punca UTama:

1) Mementingkan BilangaN "A" dlm
peperiksaan.
2) Sibuk bersaing nak lihat
berapa % kelulusan sekolah
dlm PEP.
3) Guru sibuk dgn tugas
lain.Fokus terhadap p&P
kurang[Khasnya di sekolah
kurang guru]
Bila semua sekolah asyik mementingkan kedua-dua di atas, maka, murid lemah diketepikan.

IBU BAPA:

1) Mungkin rezeki yg disuap kemulut anak berpunca drp rezeki yg haram. sebab bila hati kotor, otak jadi bebal.

Guru Borneo berkata...

Saya sokong penyataan di atas.

Awanama berkata...

Tanpa Nama 14 Januari 2012 12:18 PG
BERCAKAP X MENGGUNAKAN OTAK.. HANYA MULUT CAP PUNGKOK AYAM SAJA YANG MAMPU BKATA MCM TU..SYA SEORG GURU, WPUN BKN GURU PEMULIHAN TP AMAT MARAH SEKALI DENGAN PENYATAAN TANPA NAMA 14 Januari 2012 12:18 PG NI.. MAYBE DIA SEORG GURU JGK, N DIA DENGKI DENGAN GURU PEMULIHAN YG ADA BILIK KHAS SENDIRI DILENGKAPI DENGAN PELBAGAI KEMUDAHAN. KITA KENA INGAT, MURID2 KITA NI ADA PELBAGAI PERINGKAT PENCAPAIAN. ADA YG MASIH XBOLEH BACA BILA DI TAHAP 1, TP BILA MASUK DRH 4 5 ATAU 6 DH BOLEH BC SIKIT2. ADA JUGAK MURID YG MMPUNYAI PELBAGAI MASALAH, TERUTAMANYA MURID PEMULIHAN DIMANA MEREKA INI SEKEJAP DATANG KEJAP XDATANG, SO MCM NA NAK BOLEH BACA.. ADA YG BOLEH BC SIKIT2 PUN TETIBA JA ADA MASALAH DI RMH N XDTG SEKOLAH BBULAN2, BILA DYG SK BALIK DAH LUPA ABIS APA YG DIA BELAJAR. TP ADA JUGAK MURID YG SEBALIKNYA. CTH 2 THN LPAS SAYA MENGAJAR DI TAHUN 1. SORG MURID SAYA LELAKI, MEMPUNYAI MASALAH N XDTG SEK HAMPIR 8 BLN. DR MAC HINGGA OKT, TU PUN DH TENGAH BLN OKT BARU DATANG BALIK KE SEKOLAH. PUNCANYA SEBAB DIA SEORG YG BCKAP PELAT N KWN2 MENGEJEK DIA. TP BILA DIA DATANG BALIK KESEKOLAH, N MENGAMBIL PEPERIKSAAN TMASUK SARINGAN LINUS, DIA BERJAYA DENGAN CEMERLANG JGK, XSLAP DIA DPT NO. 11 DR 29 MURID DLM KELAS SAYA MASA TU. KELAS TU KDD 2 DR 4 KELAS DI TAHUN 1. SO KESIMPULANNYA, JGN SALAHKAN GURU SAJA. KENA INGT ADA 1001 ALASAN/PUNCA YG SEBABKAN HAL INI BERLAKU. ESP YG CKAP XPKAI OTAK TU.. LGPUN SAPA YG JD GURU PEMULIHAN NI, SEPATUTNYA KITA RESPEK DEPA, BKN SUMA GURU SANGGUP TANGGUNG BEBAN JAWATAN TU.. BKN ADA ELAUN KHAS PN UTK GURU PEMULIHAN, SAMA JE NGAN GURU2 LAIN. TP TJWB MMG AMAT BERAT..

guru smk berkata...

Guru tahap satu patut bertanggungjawab ke atas kelemahan dan kegagalan pelajar menguasai 3M. Kalau guru-guru tahap 1 ini betul-betul prihatin dgn kelemahan pelajarnya awal-awal lagi sudah diambil tindakan. Ini tidak, guru-guru sekolah rendah membiarkan pelajar ini buta huruf sehingga tamat tahun 6. Kita patut malu kerana gagal mempastikan dan gagal menggunakan tempoh 6 tahun di sekolah rendah kepada pelajar menguasai 3M.

Lepas tu bila sampai sekolah menengah, guru-guru sekolah menengah pula dipersalahkan kerana gagal menjadikan murid menguasai 3M oleh sesetengah guru sekolah rendah termasuk anak mereka yg juga tidak boleh menguasai 3M. Mereka tidak tahu bahawa sukatan pelajaran di sekolah menengah bukannya mengajar murid membaca, menulis dan mengira tapi lebih dari itu, iaitu sudah masuk ke aras yang lebih tinggi dan membina karangan sekurang-kurangnya 250 patah perkataan hingga 500 patah perkataan.


Ibubapa pun sama ..DUNGOL

Awanama berkata...

kalau macam tu cikgu smk turun sk ajar budak sk la pulak...cikgu sk tak pandai ajar anak orang sampai ramai yang tak reti baca....cikgu pemulihan pon cuma jadi doktor saja...silakan....jgn risau...cikgu sk boleh ajar silibus smk sbb kami semua dah ada degree dan ada yang tengah sebok buat masters plak sekarang ni...silakan...khidmat anda sangat dialu-alukan....cikgu pra pon nak ke smk....

p/s: betul kata pensyarah, isu pensyarah salahkan cikgu smk,cikgu smk salahkan cikgu sk, cikgu sk salah bla bla bla....seronok salahkan orang lain dari diri sendiri buat kajian tindakan untuk selesaikan masalah...memang seronok...sebab tak perlu bayar kan :)

guru smk berkata...

Eh.eh tak ngakun pula ya. habis tu guru smk pula yg salah??? Cek sukatan dulu adakah guru smk diminta ajarr pelajarnya mengenal huruf ABC, 012345, dan sambung ayat????? Ada ????

Kenapa? guru smk tak boleh ajar murid sk???? Lah ..jangan sombong, kami pun pernah ajar sk lah bukan tak pernah.kalau semua guru sk mau ajar smk silakan ..tak ada masalah.

Tapi sayangnya, mana boleh kami turun semula ke SK. Peraturan pun tidak membenarkan kami turun semula ke SK. Lainlah kalau kami ni tak ada degree..dah lebih 10 tahun kat smk. Jadi faham2 lah kalau dah 10 thun lebih DG41.apa pula DG ..seterusnya

Cikgu Musi berkata...

jgn nak salahkan terus kepada guru sekolah rendah...ada cikgu kata sekolah menengah silibusnya dah lain...cikgu kena tgk jugak apa yang perlu diajar di sekolah rendah, memang betul cikgu di sekolah rendah perlu utamakan 3M termasuk lagi 1M sekarang ni iaitu menaakul...tapi saya percaya cikgu di sekolah rendah pun sudah buat sehabis daya...tak habis kita nak menyalahkan orang lain...dah sampai guru sekolah rendah disalahkan, guru SK tolak plak kat guru pemulihan...di sekolah saya contohnya ada murid pemulihan seramai 30 orang,jika seorang dah berjaya membaca saya anggap ianya satu kejayaan...cikgu dah buat sehabis baik dah...saya ni pun yang ngajar tahap 2, kalau ada murid yang memang tak tahu menambah, saya ajar balik dari basic...tapi setakat yang termampulah, sebab saya pun perlu utamakan murid yang lain jugak...saya tetap mengatakan peranan ibu bapa dalam kes murid seperti ini memang memainkan peranna yang besar...Saya ada seorang murid yang tak pernah bersekolah....terus masuk darjah 4...tetapi pandai membaca dan mengira asas...siapa yang ajar?...sudah tentu ibu bapa mereka...tahniah kepada ibu abap yang begini

guru smk berkata...

Saya menyangkal kenyataan Cikgu Musi " guru dah buat sehabis baik ". Kalau 1,2,3 orang murid tahun 6 yang melangkah ke tingkatan 1 masih gagal menguasai 4M , itu kita memahaminya sebagai mungkin masalah kesihatan atau dipanggil SL. Tapi kalau masih ramai yang tidak menguasai 4m, itu adalah masalah dari pihak guru sekolah rendah. Enam tahun di sekolah rendah apa yang guru buat??? Tempoh 6 tahun itu adalah tempoh yang sangat panjang tidak mungkin pelajar gagal menguasai sekurang-kurangnya 3M. Sangat tidak masuk akal apabila ada satu sekolah dimana murid-murid yang masuk ke tingkatan 1 hampir separuh muridnya tergolong dalam murid lemah membaca. Apa masalahnya?? Salah satu masalahnya ialah murid kurang latihan membaca.

Kalau guru asyik menghabiskan sukatan pengajaran tahunan sahaja tanpa mengukur tahap keupayaan murid macam mana murid boleh menguasai 4M

Ada guru pemulihan ..apa dia buat?? Asyik salahkan budak, marah budak lemah pembelajaran dan sebagainya.

Saya tetap salahkan guru sekolah rendah khususnya guru-guru tahap 1 dan sudah tentulah guru-guru BM dan matematik tahun 1 yang gagal mendidik murid menguasai 3M + Menaakul.

Saya sangat tidak percaya guru-guru Tahap 1 sudah berusaha sungguh-sungguh kalau masi ada lebih 5 orang murid dalam Tahun 6 yang gagal menguasai 3M ( menulis,membaca, mengira)terkecuali murid itu adalah murid yang tergolong dalam OKU/pendidikan khas

Awanama berkata...

terima kasih cikgu smk krn mnyalahkan ckgu sk/rendah atas sbb murid tidak dpt mnguasai 3m. Mmg cikgu smk terhebat la pada abad ini..

pengalaman sendiri berkata...

saudara Hassan:
kita kena akui hakikat lumrah hidup manusia, ada yang cerdik dan ada yang kurang cerdik.Begitu juga produk kilang, ada yang berkualiti dan ada yang tidak berkualiti dan perlu di hapuskira.Begitu juga Allah mencipta syurga dan neraka berbagai kategori mengikut tahap keimanan dan kejahatan manusia.
Jadi kamu jangan nak menyalahkan guru apabila murid buta huruf.Semasa saya mengajar sekolah menengah,saya pernah menyalahkan guru sekolah rendah apabila pelajar tak dapat membaca dan menulis.Tapi apabila saya bertukar ke sekolah rendah dan mengajar kelas tercorot maka baru saya tahu sebab-sebab murid tak dapat membaca.
antaranya:
- tiada tindakbalas( membisu terhadap pertanyaan guru. buat pekak aja)
- IQ terlalu rendah.
- dari keluarga yang mempunyai IQ rendah.Ibarat kereta yang 3 spark plug aja berfungsi.
- buku tulis tak pernah ada.
-ibubapa dah buta huruf.
-murid yang malas semalas-malasnya.

kalau anak ayam yang baru menetas.tauke ladang ternak tak akan bela kerana tak produktif.begitu juga murid ini, ajar dengan berbagai cara sekalipun tak berkesan.menghabiskan beras aja.

Cikgu Musi berkata...

bila kita tidak berada di tempat orang lain, kekadang kita tak memahaminya...betul kata "pengalaman sendiri"..dulu beliau meyalahkan cikgu sekolah rendah, tapi bila dahberada di sekolah rendah barulah beliau sedar akan masalah yang dihadapi cikgu sekolah rendah...kekadang terpikir jugak..bila pelajar-pelajar berjaya tak ramai yang menghargai cikgu sekolah rendah atas usaha mereka yang mengajar sehingga pandai membaca dan mengira...lumrah dunia...

rAzor berkata...

Assalammualaikum,

Saya bukan seorang guru, tetapi seorang pensyarah. Harap izinkan saya berkomen sedikit.
Pada pendapat saya, jika diambil sample murid tahun 1 sebanyak 100 orang, sudah pastilah bukan semuanya dapat skor A. Ada yang B,C,D, dan E. Manusia pula dari pelbagai ragam. jadi sudah pastilah kita perlu menganggap perkara ini sebagai biasa dan tanganilah dengan positif. Ini lumrah. Manusia bukan robot, robot jika kita hasilkan 100 unit, sudah pastilah hampir semua atau semuanya berfungsi sama sahaja.

Jadi, tidak perlulah berbalah, Cadangan saya cuma perlu tingkatkan lagi keupayaan pelajar dengan mewajibkan pra-persekolahan. Kemudian, Kementerian perlu memantau siapa yang lemah dan tidak lemah melalui sistem peperiksaan pra-persekolah sebelum ke tahun 1. Yang lemah akan diberi satu surat khas yang menyatakan mereka ini perlu ditempat disekolah khas dan tidak boleh ditempatkan disekolah biasa.

Apa-apa pun, anda sebagai guru, saya tahu tugas anda mencabar. Pensyarah tidak perlu memikirkan langsung soal tidak dapat membaca atau tidak kerana yang masuk universiti adalah 99.99% dapat membaca apatah lagi persaingan masuk universiti diperketatkan. Mereka lebih bijak dari pensyarah kadang-kadang. Pelajar-pelajar sebenarnya yang banyak menyumbang sebahagian besar paper/jurnal untuk pensyarah naik pangkat ke gaji besar.

Maka saya simpulkan, tahniah kepada guru yang mendidik mereka ini. Saya tahu anda dikritik hebat. tetapi tidak perlu risau. Allah S.W.T. tahu tugas anda. Maka laksanalah dengan penuh dedikasi.

Awanama berkata...

Tanpa Nama 16 Januari 2012 4:19 PTG :
"BERCAKAP X MENGGUNAKAN OTAK.. HANYA MULUT CAP PUNGKOK AYAM SAJA YANG MAMPU BKATA MCM TU..SYA SEORG GURU, WPUN BKN GURU PEMULIHAN TP AMAT MARAH SEKALI DENGAN PENYATAAN TANPA NAMA"...
Tengok lah mentaliti cikgu sekarang. Tengok lah penggunaan bahasanya...dan mengaku dirinya seorang guru lagi. Entah-entah bahasa begini yang digunakan di sekolah. Subhanallah...

Awanama berkata...

Sebagai guru Pemulihan, saya ingin memberi respon kepada saudara tanpanama..kecewabilagurupemulihandisalahkan atas jadual waktu pembelajarandi kelas pemulihan..pelaksanaan program pemulihan berpandukan kepada pekeliling dan bukan suka-sukagurupemulihan tentukan segala-galanyadikelas pemulihan...kenapa hanya masa BMdan M3 murid masuk kekelas pemulihan???...para pendidik harus sedar...murid mempunyai keistimewaan yang pelbagai..mungkin dalam menguasai kemahiran 3M, murid agak lembab tapi mungkin dalam bidang muzik atau senivisual atau senilukis atau bidang sukan,murid punya kelebihan dari murid-murid lain...keistimewaan dan kelebihan murid ini ditekankan dalam KSSR...
Ketika bertugas di sekolah pedalaman hampir separuh daripada jumlah murid dikelas perdana adalah murid pemulihan....Guru LINUS (seorang lelaki) berterus terang dengan saya bahawa dia cuma bagi perhatian terhadap murid-murid yang pandai, yang lemah diserahkan kepada guru pemulihan tanpa memikirkan jumlah murid pemulihan tahun 2 dan tahun 3 hampir 30 orang....Ibubapa murid yang terlibat rata2nya buta huruf dan tidak dapat memberi bimbingan susulan ke atas pembelajaran anak-anakdi rumah....Apabila berpindah ke sekolah yang baru..budaya memberi stigma kepada murid lembab dan memberi kata-kata sinis kepada murid lemah berlaku dikalangan guru...paling teruk Guru Besar sendiri kurang memberi perhatian kepada pelaksanaan program pemulihan dan Linus...Guru Pemulihan yang sedar dengan tanggungjawap sebenar sebagai guru pemulihan harus sedar dan tahu peranan dan tanggungjawap ke atas murid susulan program pemulihan di tahap 2....jika tiada murid pemulihan dan jumlah murid pemulihan tidak kritikal, barulah guru pemulihan membantu guru BM dikelas perdana dalam persediaan menghadapi UPSR..tetapi sudah sedia maklum,sebelum program pemulihan di sekolah diberi penekanan dengan pengwujudan jawatan guru pemulihan, PROTIM sudah sedia ada yg perlu dilaksanakan oleh guru Perdana...oleh yang demikian tugas guru pemulihan tidak boleh dipertikaikan kecuali guru pemulihan tersebut tidak menjalankan tugas mengikut pekeliling dan panduan pelaksaan program pemulihan yang sedia ada..untuk calon UPSR...tugas guru pemulihan adalah memantau dan memberikan program susulan kepada bekas-bekas murid-murid pemulihan...jadi kepada saudara tanpa nama...harus fahamdan sedar..bukan semua guru pemulihan sama seperti yang saudara gambarkan....sekian..

Awanama berkata...

slm sangat kesal bile dikatakan hasil rezeki yang diberi pada anak2 mkn dari benda yang tidak halal.. tuan2 tahu ke??? Rezeki yang tuan perolehi tu halal sangat ke?? Muhasabah la diri