Selasa, 20 Disember 2011

Penempatan guru TESL tahun depan

2011/12/20

KEMENTERIAN Pelajaran ingin merujuk kepada surat bertajuk ‘Graduan TESL masih menunggu’ oleh ‘Guru TESL, Cohort 4’ yang disiarkan pada 9 Disember lalu.

Pengadu ingin mengetahui status penempatan graduan TESL yang menamatkan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
Adalah dimaklumkan bahawa graduan TESL keluaran IPG 2011 sudah pun ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran untuk dilantik sebagai guru tetap pada 21 hingga 25 November lalu.
Graduan TESL yang berjaya dalam temuduga berkenaan akan diberi penempatan di sekolah Kementerian Pelajaran pada awal tahun depan. Graduan IPTA akan dipanggil temuduga pada Januari ini berdasarkan keperluan kementerian dan mereka yang berjaya serta layak, dijangka ditempatkan di sekolah pada Mac depan.

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT,
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Berita Harian Online: 20 Disember 2011

9 ulasan:

guru lama berkata...

Amat hairan dahulu tiada masalah penempatan guru. selesai sahaja belajar terus dapat surat penempatan. Kalau alasan tiada tempat. kenapa tawarkan kursus di IPG-IPG sedangkan di universiti pun sudah menawarkan kursus yang sama. Sepatutnya pihak-pihak tertentu biarkanlah universiti latih guru-guru. Ini tidak IPG yang suatu masa dulu ada ura-ura ditamatkan tiba-tiba keluarkan guru siswazah. masalahnya pensyarah dimaktab hanya berkelulusan master. itu pun bukan bidang sebenar. Macam mana lahirkan guru yang berwibawa>>>Akhirnya berlakulah lambakan guru keluaran IPTA/IPTS dan IPG...pening-pening masing-masing nak mengekalkan...hidung yang tinggi

Tanpa Nama berkata...

pensyarah di maktab hanya berkelulusan master... tapi cikgu yang kalut ambik master, kalut nak minta jadi pensyarah IPG jugak... bila tak dapat, mengata IPG macam2.

guru lama berkata...

master dgn professor mana yg tinggi???? Yg mau jadi pensyarah tu bukan kerana jawatan tp mahu cepat naik pengkat dgn itu gaji pun besar. itu je...

jgn temberanglah ..sebenarnya gaji dan gred yg mau dikejar

saiful berkata...

takde beza nak kejar jawatan atau gred tinggi. sama le tu.

master ke, professor ke, bukan diaorang yang melalui apa-apa pengalaman pun. Campak secekak borang kaji selidik kat sekolah sini sikit, kat sekolah sana sikit, buat analisis, lepas tu buat lah andaian sikit. Teori je pun. Cikgu sekolah yang punya pengalaman, orang bukan cikgu yang buat penilaian dan andaian.

bunga berkata...

Pensyarah IPG bermula pada Gred DG44 dan bukan DG41?

Student IPG berkata...

Assalamualaikum..

Jangan begitu GURU LAMA, jangan terlalu memandang rendah terhadap potensi pensyarah mahupun guru pelatih keluaran IPG...pensyarah di IPG juga rata2 telah melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD...pensyarah kami sedang meningkatkan kualiti mereka dan mereka mengajar mengikut opsyen yg sebenar...

Saya setuju dengan ulasan TANPA NAMA...Setahu saya, pensyarah di IPG sama sahaja gajinya dengan guru2 di sekolah jika mereka di gred DG44 ke atas...tiada kelebihan dlm soal gaji melainkan pensyarah tersebut ingin mengajar peserta Kursus Dalam Cuti dan peserta OUM...malah, gaji emak saya (PK 1 sekolah menengah) lebih tinggi daripada pensyarah sendiri...jadi, tidak ada soal mengejar pangkat dan sebagainya...Bukan mudah menjadi pensyarah IPG, sama sibuknya dgn pensyarah Universiti....

Mengapa perlu menyalahkan pihak yg melaksanakan tugas (pensyarah)...mengapa tidak mengesyorkan satu idea kepada pihak PERANCANG? jika pihak universiti dan IPG menggembleng tenaga untuk menentukan kos2 pendidikan yg akan ditawarkan, saya yakin hal ini tidak akan terjadi...

Sebagai contoh, pihak IPG hanya melatih bakal guru pendidikan sekolah rendah (prasekolah dan subjek KSSR) manakala pihak Universiti melatih guru2 pendidikan sekolah menengah (KSSM - bio, fizik, kimia, prinsip akaun dll)

Tidak ada salahnya jika IPG ditubuhkan kerana fokusnya adalah satu iaitu melatih guru2....dan apa salahnya universiti menumpukan pada bidang lain dan meningkatkan peluang pembelajaran dalam kos2 selain pendidikan....suasana PERGURUAN itu adalah lebih penting dan kami tidak hanya berada di bawah 'tempurung' sendiri kerana kami mempunyai jaringan dengan beberapa universiti tempatan malah luar negara...

Sejujurnya, guru keluaran IPG juga mempunyai kualiti dan keperibadian guru yang unggul :)

Terima Kasih,
Guru Pelatih yg menunggu untuk posting 2012 :)

Tanpa Nama berkata...

saya berkelulusan ijazah pendidikan tesl dari uitm sabah dan telah konvo pada mei 2011. Suda menghabiskan masa & duit untuk mendapat ijazah tetapi amat tidak berbaloi apabila tidak diberi peluang untuk menjadi pendidik di sekolah. Lebih mendukacitakan kerajaan lebih mementingkan melatih guru gstt yang memerlukan masa & kos berlebihan. sepatutnya beri kami peluang untuk mengasah bakat kami. Bagaimana menyelesaikan masalah kekurangan guru Bahasa Inggeris di pendalaman Sabah & Sarawak jika keluaran Guru pendidikan di negeri sendiri tidak diendahkan? mana lari periuk nasi kami. Sehaurusnya kerajaan mengutamakan graduan pendidikan Sabah & Sarawak terlebih dahulu. Berapa lama lagi kami harus tunggu? Untuk pengetahuan KPM, JPN,PPD, PM, tidak ramai yang dari semenanjung yang berkhidmat di sabah disebabkan faktor keluarga,cuaca, physical & mental, sakit dan kebanyakan hanya bertahan 3 tahun dan mohon dipindahkan. Ini merugikan, lebih baik lantik graduan pendidikan yang bersal dari Sabah & Sarawak agar masalah kekurangan guru ini dapat diatasi.

"'Visi kami adalah mendidik anak bangsa!" Tolong lah siasat graduan keluaran di IPTA Sabah.

Graduan TESL UiTMSABAH

Tanpa Nama berkata...

Salam... Kepada pihak yg berkaitan... adakah graduan TESL Cohort 5 akan menerima nasib yang sama seperti Cohort 4?? Hal ini kerana, graduan TESL yang menamatkan pengajian di Institusi Pendidikan Guru (IPG) dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dalam bidang pendidikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua masih lagi BELUM di panggil untuk temuduga/ posting walaupun sudah hampir 2 bulan menamatkan pegajian mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sudah trjadi dengan cohort 4 posting selepas 8 bulan. Masalah ni timbul lagi dengan cohort 5. Harap pihak kementerian beri perhatian dan ambil tindakan. Tak perlulah nak masuk surat khabar baru nak diselesaikan.