Khamis, 8 Disember 2011

Tempoh 15 hari untuk pilih SBPA atau kekal dalam SSM

PUTRAJAYA - Kira-kira 1.4 juta penjawat awam diberi tempoh selama 15 hari mulai 16 hingga 30 Disember ini untuk memilih kekal dalam sistem saraan lama atau menerima sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang menawarkan kenaikan gaji lebih baik.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Abu Bakar Abdullah (gambar) berkata, selepas tempoh itu penjawat awam tidak lagi dibenarkan menukar sistem saraan dan mereka yang tidak memilih SBPA kekal dalam SSM (Sistem Saraan Malaysia) yang sedia ada.

"Berdasarkan penyusunan gaji, kita percaya sebahagian besar penjawat awam akan memilih SBPA yang menawarkan pelbagai faedah dan insentif lebih baik.

"Bagaimanapun kita tidak akan memaksa penjawat awam memilih SBPA kerana mereka yang bekerja dan perlu menentukan pilihan sendiri," katanya pada sidang akhbar Pelancaran Pekeliling SBPA di pejabatnya di sini semalam.

Katanya, penjawat awam yang memilih SPBA berpeluang memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan dan pelbagai faedah lain.

Kosmo Online: 8 Disember 2011

5 ulasan:

guru lama berkata...

Surat Pekeliling SBPA ini tidak mengandungi LAMPIRAN C. Entah dimana di sorokkan..alang-alang nak hebahkan kepada umum tapi ada kekurangannya

JPA cakap semak dgn Bahagian Sumber Kementerian masing-masing tapi BSM di KPM pun kosong...

guru berijazah akaun berkata...

bg lantikan baru bolehkah pilih SSM memandangkan saya bakal menjadi guru KPLI dan ijazah asal saya Perakaunan.dlm SSM tingkat gaji permulaan ditetapkan pd P1T10 namun dlm SBPA ia diselaraskan kepada DG1-2 tanpa mengambil kira ijazah asal.

guru lama berkata...

guru akaun,
k ni bodohlah nama sahja guru akaun tidak lihat perbezaan dan kelebihan tanggagaji di DG1-2 berbanding di DG1-1. K tahukah tanggagaji di DG1-2 pertama ialah RM2982.00 berbanding tanggagaji di SSM P1T10= RM2509.90

Akaun mana k belajar ni..

guru lama berkata...

butullah guru-guru ni ayam mati tiada pun yg meluahkan dlm blog ini tentang SBPA

Atau blog ini sudah tidak releven lagi????

TUTUP SAHAJALAH BOLOG INI

Tanpa Nama berkata...

jgn kita kutuk mana2 pihak.kalu setuju buatlah andaian yg sesuai dan kalu tak setuju buatlah andaian yg berhemah.