Khamis, 22 Disember 2011

Tiada aduan dipaksa tandatangan SBPA

KUALA LUMPUR: “Guru ada hak sama ada mahu menandatangani borang opsyen atau tidak, jadi hendak paksa mereka pun tiada gunanya,” kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.

Beliau mengulas kenyataan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang mendakwa menerima aduan bahawa ada guru dipaksa menandatangani borang opsyen kosong skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).


Katanya, walau paksaan guru berhak tidak menandatangani borang berkenaan kerana mereka yang membuat pertimbangan sama ada berpuas hati dengan tawaran diberi atau tidak.

“Bagaimanapun, kementerian belum menerima sebarang laporan atau aduan berhubung isu dipaksa menandatangani borang berkenaan malah kami juga tidak campur tangan kerana perkara ini membabitkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


“Dalam beberapa perkara seperti larangan kesatuan sekerja supaya penjawat awam menandatangani borang berkenaan sebelum menelitinya dengan betul, ia terpulang kepada ahli untuk mengikut arahan kesatuan sekerja masing-masing” katanya ketika dihubungi, semalam.


Mengenai dakwaan paksaan menandatangani borang itu, Mohd Fuad berkata, mungkin ia merujuk kepada tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran berkenaan.

“Ada pihak yang meminta tempoh itu dipanjangkan, namun terserah kepada JPA untuk mempertimbangkannya.


“Selain itu, jika ada sebarang keraguan atau tidak berpuas hati mereka perlu menemui JPA untuk meminta penjelasan,” katanya.

Kelmarin, Setiausaha Agung Cuepacs, Loke Yim Pheng, menasihatkan penjawat awam supaya tidak menandatangani borang opsyen kosong kerana ia adalah dokumen penting yang menentukan kenaikan pangkat dan prospek kerjaya mereka pada masa depan. Katanya, penjawat awam perlu memastikan borang berkenaan diisi dengan jadual gaji yang betul sebelum menandatanganinya. Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), kesatuan perguruan terbesar negara dan anggota gabungan Cuepacs, memberitahu pihaknya menerima aduan bahawa ada guru dipaksa menandatangani borang opsyen kosong.


myMetro: 22 Disember 2011

2 ulasan:

guru lama berkata...

Kalau ada GB atau Pengetua yg paksa guru tandatangan opsyen secara paksa, itu menampakkan belang permulaan dalam pemarkahan prestasi guru. Hari ini memaksa TT Opsyen SBPA, esok nanti paksa guru hadir/membuat kerja dalam waktu yg tidak wajar.

Contohnya: Mengadakan mesyuarat dari jam 1.30 petang hingga jam 07.00 malam. Paksa guru berada dalam bilik mesyuarat walau pun pada ketika itu anak kecil di rumah minta disusukan..

Tanpa Nama berkata...

ITU GURU BESAR SPESIS MANGKOK HAYUN.....MESTI MASA JADI GURU BIASA DULU, DIA KAKI MENGULOOOOOR....BILA JADI BOS, NAK TUNJUK HEBAT KAT CIKGU-CIKGU BARU...