Jumaat, 29 Jun 2012

Duduk semeja bincang isu murid SJKT

PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mengajak pemimpin MIC untuk duduk semeja bagi mencari mekanisme terbaik dalam menyelesaikan isu kekurangan murid di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).
Beliau berkata, mengambil kira beberapa contoh yang berlaku di kebanyakan sekolah aliran berkenaan, penting bagi pemimpin berkenaan menyelesaikan masalah itu sekali gus memastikan proses pengajaran dan pembelajaran murid tidak terjejas.

“Saya dimaklumkan banyak sekolah seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) sekarang menjadi sekolah kurang murid dan sebuah sekolah yang sepatutnya boleh memuatkan 100 pelajar, yang ada cuma 10 pelajar dan tujuh guru.
“Sebab itu, saya nak mengajak pemimpin India seperti MIC untuk duduk bersama saya, bincang apa yang kita boleh lakukan. Bagaimana nak menentukan mutu pembelajaran di sekolah seperti ini dapat dimajukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Bangunan Baru SJKT Vivekananda Petaling Jaya di bawah naungan The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur, di SJKT Vivekananda, Jalan Templer di sini, semalam.

Sempena perasmian bangunan berkenaan, Muhyiddin turut menyalurkan sumbangan berjumlah RM6 juta untuk diagihkan kepada tiga sekolah termasuk SJKT Vivekananda I, SJKT Vivekananda 2 dan SMK Vivekananda.

Malah untuk tidak menghampakan sekolah berkenaan, Muhyiddin turut meluluskan permohonan untuk menyediakan peluang melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam kepada pelajar SMK Vivekananda dan kemudahan asrama.

Bersempena pada majlis berkenaan, Takaful Malaysia menaja RM50,000 bagi menaik taraf Makmal Teknologi Maklumat (IT) dengan sumbangan termasuk 20 komputer perisian baru, tiga pencetak dan pemancar Wifi, yang disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan Takaful Malaysia, Datuk Mohamed Hassan Md Kamil.
Hadir sama, Presiden MIC, Senator Datuk G Palanivel; Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M Saravanan dan Pengerusi The Vivekananda Ashrama Kuala Lumpur merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, Tan Sri Dr Ampikaipakan Kandiah.

myMetro: 29 Jun 2012

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kekurangan murid di SJKT kerna:

1) Ibu bapa yg berpandangan jauh memang tidak menghantar anak mereka ke SJKT kerana:

a)Masalah penguasaan BM. Masalah akan timbul bila mereka di sekolah memengah.
b)SJKT biasanya kekurangan prasarana.
c) B.Tamil hanya penting utk pertuturan tetapi tidak utk urusan BERTULIS. Memadai sekadar tahu bertutur sbb B.Tamil tidak digunakan dlm urusan rasmi seharian.
d) Kewujudan SJK x baik utk perpaduan kaum.

mysoalan berkata...

Salam. Maaf jika mengganggu. Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Kaji selidik ini hanya mengandungi 14 soalan mudah dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menjawab. Jika berminat boleh layari laman web di bawah:

http://mysoalan.blogspot.com/2012/06/kaji-selidik.html

Saya juga berharap agar anda dapat menyebarkan kaji selidik ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih!

http://mysoalan.com/