Rabu, 13 Jun 2012

Sekolah wajar teliti syarikat keselamatan: Puad

2012/06/13

KUALA LUMPUR: Pihak pentadbiran sekolah seharusnya menawarkan kontrak kepada syarikat perkhidmatan keselamatan yang mempunyai kemampuan dan kepakaran dalam memastikan keselamatan pelajar sekolah terjamin.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pihak sekolah seharusnya memilih syarikat keselamatan yang mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menjamin keselamatan pelajar sekolah ketika berada di dalam atau di luar kawasan sekolah.
"Saya minta setiap syarikat keselamatan yang mendapat kontrak perkhidmatan keselamatan di sekolah supaya memastikan anggota mereka terlatih, tiada rekod buruk, mengikut SOP...terutamanya pergerakan keluar masuk orang ramai ke kawasan sekolah.
"Selain itu, syarikat yang terpilih perlulah memberi perkhidmatan yang terbaik dan memberikan latihan secukupnya kepada anggotanya," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah dan penutupan Hari Mekar Bahasa dan Sastera di sini, hari ini.

Mengenai cadangan menempatkan anggota RELA untuk mengawal keselamatan di luar sekolah, Mohd Puad berkata usaha itu amat dialu-alukan.

Terdahulu pada majlis itu, beliau berkata penggunaan Bahasa Melayu yang tinggi secara meluas di sekolah dapat menyemarakkan daya kreatif dan berfikir di kalangan penuturnya.

"Kita melihat pelajar bersaing dan ini akan memotivasikan mereka untuk menggunakan Bahasa Melayu tinggi menerusi pertandingan sama ada dalam bentuk syair, puisi, pidato dan perbahasan.
"Ini perlu diberi perhatian supaya ia dapat diperkembangkan di sekolah dengan lebih efektif dan meluas," katanya.

Penganjuran Hari Mekar Bahasa dan Sastera 2012 itu julung kali diadakan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi menggabungkan pertandingan kebahasaan dan kesusasteraan untuk kanak-kanak dan remaja bagi menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. - BERNAMA

Berita Harian Online: 13 Jun 2012

1 ulasan:

QASEEH HATIKU QASEEH berkata...

semua syrkt kslmtn yg dpt kontrak kerajaan tidak mngikut akta buruh....pengawal kslmtn yg bertugas 12 jam dan ada yg 24jam...bertukar syif selang sehari....bukti uyk bt pmbayaran hnya la sekadar buku kehadiran yg mn tndatgn nya boleh direka2..........pihak sekolah lepas tgn slps kontrak kslmtn berjalan....pegawal kslmtn yg bertugas sering bertukar2...syrkt kslmtn hanya mngambil pekrtja sekadar main tangkap muat....tidak mnyemak status or prna ada kes polis....remaja2 yg x bersekolah byk jd pgwl kslmtn....keselamatan murid2 tidak terjamin....