Selasa, 22 Mac 2011

Guru rayu kembalikan elaun pertukaran

2011/03/22

SAYA warga pendidik di Daerah Semporna, Sabah. Saya sudah berkhidmat hampir lapan tahun di sini. Kami mengajar di perantauan dengan penuh komitmen demi mendidik anak bangsa dan membina modal insan gemilang selaras dengan arahan dan visi Kementerian Pelajaran Malaysia.

Mengajar di perantauan memerlukan pengorbanan yang tinggi. Jika orang lain boleh selalu berulang ke kampung halaman, sedangkan kami hanya berpeluang pulang setahun sekali kerana untuk membeli tiket sendiri harganya tinggi berbanding rakan yang berada di Semenanjung.

Pengorbanan terpaksa berjauhan dengan ibu bapa juga amat dirasai, tambahan sekiranya mereka sakit dan memerlukan rawatan, sedangkan anak yang diharapkan tiada di sisi.

Namun, itu lumrah kehidupan yang perlu ditempuhi demi mencari kehidupan masa kini.

Perkara yang menjadi persoalan sekarang ialah kami guru terutama berasal dari Semenanjung dan berkhidmat di Sabah serta Sarawak, begitu juga sebaliknya amat terkilan dengan keputusan Kementerian Pelajaran yang masih tidak menyediakan elaun pertukaran untuk Jun 2011.

Kami amat berharap kementerian dapat mengkaji semula keputusan itu terutama bagi pertukaran Jun ini yang membabitkan kes-kes tertentu seperti kesihatan dan sebagainya.

Jika dilihat situasi semasa kita lihat kerajaan mampu berbelanja mengambil dan menghantar pulang pelajar dan warga Malaysia di Mesir yang membabitkan perbelanjaan jutaan ringgit.
Jika dibandingkan dengan situasi mereka, kami juga dalam keadaan yang memaksa seperti saya yang perlu memohon pertukaran atas sebab rawatan kesihatan anak yang memerlukan rawatan berterusan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Kami berharap impian Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan perlu direalisasikan Kementerian Pelajaran Malaysia. Akhir sekali, harapan kami iaitu guru supaya dikembalikan elaun pertukaran.

GURU SEMPORNA,
Sabah

Berita Harian Online: 22 Mac 2011

4 ulasan:

Guruku berkata...

Kerajaan memang pandai bab-bab ini.
Untuk pertukaran Januari 2011 yang lalu guru-guru yang memang telah lama berkhidmat antara 10-15 tahun mereka pindahkan.
Dapatla kerajaan jimatkan elaun perpindahan seoramg guru dalam 5-10 ribu seorang dan berkeluarga.
Nanti bila guru-guru mula bersuara keluar suratkhabar dan media massa barulah nak pulangkan balik elauan tu.
Masa tu barula kerajaan kata mereka prihatin terhadap guru-guru.
Pooodah chit!!

cikgu Nizar berkata...

walau aku pindah dr penang ke kedah dan x dapat elaun tukar, aku turut rasa amat tidak adil kerana penarikan elaun adalah semata2 utk membolehkan kerajaan berbelanja sakan dengan projek2 yg diragui dan bukan2.

Nak bagi bonus pun kedekut, elaun pula kalo boleh semuanya nak tarik. Yg ketirisan merata2 tu xnak pula selesaikan. Terasa hati juga bila difikirkan pelbagai episod tindakan pemerintah semenjak dua menjak ni

cikgu jebat berkata...

aku tak akan pangkah kerajaan BN lg kalau terus layan guru-guru begini. Guru dinafikan hak mereka? ke mana peruntukan belanja mengurus kerajaan yg meningkat dalam bajet 2011?

Tanpa Nama berkata...

apa boleh buat cikgu cikgu ... nak ubah kerajaan takut pulak dapat Guan Eng jadi menteri pelajaran ,, tak ubah sengsara badan .. inilah nasib cikgu cikgu ,, kalau jadi kastam boleh juga seludup orang !! tengok jaa di news ,, hari2 pasukan uniform kena cekup pasal rasuahhh ,,, cikgu cikgu minta rasuah dengan murid laaa 3@4 ringgit sorang ,,, hahhaaahaa ... buang masa jaa kita berbahas bab kebajikan guru ,,, memang bukan keutamaan kerajaan sekarang ,, sekarang masa diaorang kaut kekayaan sebelum masuk kubur PRU 13nanti ..