Isnin, 28 Mac 2011

Kaji kenaikan pangkat guru siswazah

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/03/28

KEMENTERIAN Pelajaran perlu mengkaji semula kenaikan pangkat guru siswazah yang terbabit dengan peralihan daripada Sistem Saraan Baru (SSB) kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) pada 2002.

Kajian itu perlu berikutan kesukaran mereka memperoleh kenaikan gred daripada DG44 kepada DG48 Khas Untuk Penyandang (KUP) berasaskan tempoh perkhidmatan.
SSB diperkenalkan pada 1992 manakala SSM menyusul 10 tahun kemudian sebagai penambahbaikan sistem sedia ada, namun ramai pendidik mendakwa wujud kekeliruan dan kepincangan dalam urusan dan laluan kenaikan pangkat.

Kementerian dalam kenyataannya di Kuala Lumpur, berkata kajian sekumpulan empat pendidik itu mendapati kakitangan yang dilantik pada 1990 dan 1991 terpaksa berkhidmat sehingga 24 tahun untuk melayakkan mereka memperoleh kenaikan gred daripada DG44 kepada DG48.

Ini berbeza dengan guru yang dilantik pada 1995 yang hanya berkhidmat 20 tahun untuk memperoleh kenaikan berkenaan sedangkan mereka memiliki kelayakan akademik dan opsyen sama.

Kenyataan itu juga menyatakan, perkara berkenaan harus diperinci supaya kakitangan awam khususnya perkhidmatan pendidikan tidak mengalami kerugian dan ketidakadilan dalam skim itu.

Katanya, dalam urusan kenaikan pangkat KUP berasaskan tempoh perkhidmatan wujud perbezaan tempoh masa ketara dalam skim yang didakwa bertentangan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Deklarasi Hak Asasi Manusia (UDHR).
Beliau berkata, artikel 23 (2) jelas menyatakan semua pekerja tanpa pilih kasih mempunyai hak sama rata dalam pekerjaan dan penggajian dalam skim sama.

“Peralihan SSB kepada SSM menyebabkan ada kakitangan mencapai tangga gaji mati dua hingga empat tahun sebelum layak untuk kenaikan DG48 mengikut jadual mata gaji Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)”, katanya.

Peralihan SSB kepada SSM menyebabkan guru yang menerima pelantikan pada 1990 dan 1995 memperoleh pergerakan gaji setara dan menikmati DG48 KUP berasaskan tempoh perkhidmatan pada 2014.

Katanya, perkara itu tidak seharusnya berlaku kerana kumpulan lantikan 1990 mengalami kerugian kekananan (senioriti) dua hingga empat tahun sehingga mereka yang dilantik pada 1990 seolah-olah bekerja dalam tempoh sama dengan pelantikan 1995.

Berita Harian Online: 28 Mac 2011

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SKIM GAJI GURU DAH JADI CACAMERBA... sukar nak diperbetul kecuali.....PRU ke 13 ........................

kamanuk berkata...

Saya setuju Skim Gaji Guru banyak kecacatannya.

1. Gaji guru-guru DG32, DG34 dan DG38 lebih tinggi daripada gaji guru siswazah DG44

2. Semakan gaji pada 01.07.2007 banyak memberikan kelebihan kepada guru-guru bukan siswazah disebabkan cara pengiraan gaji berdasarkan peratus yang berbeza-beza. Akibatnya gaji guru siswazah yang dahulunya lebih tinggi daripada gaji guru-guru bukan siswazah telah dilangkau bukan sedikit ada yang mencapai antara 100 hingga 500 ringgit...

Tanpa Nama berkata...

Apa tunggu lagi....jgn cakap saja....

Tanpa Nama berkata...

memang guru-guru siswazah lantikan 1990 hinnga 1995 ianaktirikan.kami lantikan 1993, tahun 2011 tahun ke 18 berkhidmat, namun kenaikan ke DG 48 tahun 2014, bermakna 21-22 tahun berkhidmat baru merasa DG 48. TAPI guru-guru yang menyambung belajar ke peringkat ijazah diambil kira senioriti 3 tahun bersamaan 1 tahun, mereka ni walaupun lantikan DG 44 lebih kemudian dari kami dah dapat DG 48.apa mereka sahaja ke yang mengajar..bagaimana dengan kami? KPM sedarlah kami ni golongan tertindas dan dipinggirkan...

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan tajuk "kaji kenaikan pangkat guru siswazah"...saya pelajar fresh yang keluar dari universiti dengan ijazah pendidikan tahun 1999, sampai sekarang belum dilantik ke DG48..sedangkan bekas guru (PPLD) yang luilusan ijazah 1995/1996 telahpun dilantik ke DG48...kami bertungkus lumus belajar lepasan SPM dan STPM untuk menggenggam Ijazah tapi di anaktirikan sudahlah guru ting.6 yang tersangat barupun ditawarkan DG44/DG48 padahal baru 3-4 tahun dalam DG41/DG44..sedangkan mereka bukan pensyarah..mengajar mudah. masih dalam satu sekolah..tapi menengah rendah tak nak ngajar, menuntut bil waktu yang sedikit..tp dapat pengiktirafan..KPM...tengok-tengoklah kami...saya jangka tahun kedepan anak-anak yang nak jadi cikgu akan ambil osyen yang akan di ajar untuk T.6 saje...sebab mudah naik pangkat...

Guru Teraniya Sistem SSM berkata...

Wahai Tuan Pengarah Pelajaran.
Saya adalah guru terkilan yang dilantik pada 1991 telah dilantik DG 44 pada 1.1.2005 iaitu bersamaan guru yang dilantik pada 1993/1994. Kemanakah hilangnya 3/4 tahun perkhidmataan sedangkan saya lulus PTK,tidak ambil cuti bergaji dll. Mengapa saya dan rakan-rakan terima nasib begini?

Tanpa Nama berkata...

alahai...apo nak dibincangkan sangat bab gaji guru niii...
inilah guru..kalu nak gaji lebih hingga RM500 pangkah aje yg satu lagi tu nanti...memang itu yang dijanjikan oleh yg satu niiii