Sabtu, 12 Mac 2011

Ada sekolah ingkar arahan cuti Sabtu

2011/03/12

MERUJUK kepada jawapan mengenai cuti Sabtu serta Ahad oleh Unit Komunikasi dan Korporat, Kementerian Pelajaran dalam ruangan ini bertarikh 17 Ogos tahun lalu. Jelas bahawa minggu pertama dan ketiga tidak dibenarkan kakitangan kerajaan mengadakan program.

Kementerian juga menegaskan bahawa tindakan boleh diambil kepada pihak pengurusan sekolah yang ingkar mematuhi arahan itu.
Walaupun kementerian sudah mengeluarkan surat arahan terbabit kepada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan cuti Sabtu yang diwartakan, masih ada pengetua tidak mematuhi arahan itu.

Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Skudai menggunakan hampir tiga kali Sabtu pada setiap bulan tahun lalu untuk memaksa guru bertugas.

Bagi tahun ini saja aktiviti sekolah dijalankan pada 12, 19 dan 26 Februari, manakala pada 5 Mac aktiviti berjalan daripada 8 pagi sehingga 6.30 petang.
Sabtu minggu pertama dan ketiga dapat dimanfaatkan kerana suami atau isteri sering bertugas pada Sabtu. Mohon dapat disiasat perkara ini.

PG,
Johor Bahru

Berita Harian Online: 12 Mac 2011

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK FAHAMLAH.... KENAPALAH ADA SEBAHAGIAN BESAR GB/PENGETUA YG KURANG CERDIK....MASIH LAGI NAK BUAT AKTIVITI PADA HARI SABTU.

1.MUNGKIN GB/PENGETUA TU ANAK DARA TUA, BUJANG TERLAJAK, DUDA, JANDA, ANAK-ANAK MEREKA DAN BESAR DAN BOLEH BERDIKARI@ TAK DA ANAK.

2. MEREKA NI TAK FIKIR LANGSUNG TENTANG ORG YG MASIH ANAK ANAK BERSEKOLAH, SUAMI, ISTERI.

3. BIARLAH HARI SABTU&AHAD, GURU-GURU BERSAMA2 KELUARGA SPT KAKITANGAN AWAM YG LAIN.

4. CUKUPLAH 5 HARI SEMINGGU DGN URUSAN SEKOLAH. BERILAH 2 HARI UTK URUSAN KELUARGA PULAK.

5. TAK KANLAH NAK KEJAR "GANJARAN" KPM RM 9000.

KPD GB/PENGETUA YG CERDIK, MEREKA TIDAK AKAN MEMBUAT PROGRAM PADA HARI SABTU.(SESEKALI TU BOLEH LAH). 3 BULAN 2 KALI OK LA JUGAK.

YG PALING CUN, TAK BUAT LANGSUNG. MACAM GB SAYA. BELIAU KATA, HARI SABTU&AHAD, HARI UTK KELUARGA. BELIAU JUGA ADA KELUARGA & ANAK YG MASIH BERSEKOLAH. SSB TU DIA FAHAM

Tanpa Nama berkata...

Utk cikgu berkenaan:

1. Sila dptkan salinan surat arahan/atur cara program dsb sbg bukti.

2. Selepas itu, hantar satu salian kpd :
-KPM
-JPN
-KPPK

3. Memang jelas tindakan pengetua tu salah.

4. Kerajaan dah bagi kerja 5 hari seminggu cukuplah. Kalau rajin sangat nak kerja, pergilah sorang-sorang hari SABTU dan AHAD. Jgn pulak nak menyusahkan guru-guru yg lain.

5. Ni mesti kes naik ganjaran RM 9000...n

kamanuk berkata...

GB/Pengetua bukan kurang cerdik..dik ..mereka tu halobah..nak cepat dapat
1. insentif sekolah berprestasi
tinggi rm7500.00.
2. Tunjukkan kononnya benar-benar
berkualiti
3. teringin sangat dipuji dan lebih
daripada itu sebagai jalan
mendapatkan LNPT yang cemerlang
4. Mahu naik pangkat cepat
5. Nak tunjukkan kuasa le kepada guru bawahan.

sabahkalate berkata...

biasanya GB atau Pengetua seperti di atas adalah mereka dalam golongan
1. status duda atau janda
2. tiada anak
3. sudah bercerai dan anak dijaga oleh satu pihak
4. kurang bertanggtungjawab dalam keluarga
5. ada masalah hubungan suami isteri / ada masalah keluarga
6. mental tidak stabil
7. gila kuasa ..

Tanpa Nama berkata...

Kalau sekolah 2 sesi macam mana? Tentulah hari Sabtu tu hari untuk buat akt kokurikulum. Belum lagi program2 induk spt Sukan, Mesy Agung PIBG, Gotong-royong, Hari Anugerah Cemerlang dll...

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat2!

Tanpa Nama berkata...

bergantung pada kecerdikan pengurusan..kalau bijak bijaklah urusnya..kalau sebaliknya..hem...2 sesi pun boleh juga tak guna sabtu tu..guna kebijaksanaan...

Tanpa Nama berkata...

rasanya kebanyakan sekolah ada membuat program pd hari sabtu minggu pertama dan ketiga...sampaikan anak kecil terpaksa dibawa bersama krn taska ditutup pd hari tersebut...tp ditegur krn waktu brtugas hanya perlu jaga keselamatan pljr bukan mnjaga urusan keluarga...nak xnak terpaksa tinggal anak dengan org lain pula...