Sabtu, 5 Mac 2011

Peranan PIBG tidak dihargai?

ARKIB : 02/03/2011

Tahniah kepada 586 guru besar dan 12,141 guru cemerlang serta 2,800 kakitangan sokongan sekolah seluruh negara yang bakal menerima ganjaran Anugerah Tawaran Baru. Ganjaran untuk pengetua-pengetua sekolah menengah turut akan menyusul.

Sungguh bertuah mereka yang akan menerima ganjaran tersebut atas usaha dan komitmen untuk mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah-sekolah terlibat.

Tetapi bagaimana pula dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)? Sehubungan itu, mari kita lihat sebahagian daripada fungsi PIBG:

“Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah salah satu pertubuhan di dalam sekolah yang boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid mereka dan juga memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah.

Fungsi PIBG ini dapat dilihat daripada kegiatan-kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).”

Adakah sumbangan mereka yang menerajui PIBG ini dihargai, terutama ahli jawatankuasa di kalangan ibu-bapa? Jauh sekali untuk menerima ganjaran seperti yang diumumkan untuk guru dan kakitangan sokongan sekolah.

Peranan PIBG yang seiring dengan pencapaian kecemerlangan sekolah, perlu dilihat sebagai aset yang berharga. Jawatan mereka tidak bergaji dan terpaksa hadir mesyuarat AJK PIBG, datang semasa aktiviti sekolah. Juga ada yang terpaksa mengambil cuti kerja untuk bersama dengan aktiviti sekolah.

Cuba tanya guru-guru besar dan pengetua-pengetua sekolah, kepada siapa mereka akan memohon sumbangan perbelanjaan untuk adakan motivasi pelajar, kelas tambahan, baiki bilik komputer, tandas, kantin, hari sukan, hari anugerah dan kecemerlangan pelajar, kokurikulum dan lain-lain lagi?

Semua akan dirujuk kepada PIBG untuk kelulusan peruntukan bagi perbelanjaan seperti dinyatakan. Peruntukan pula datang daripada yuran-yuran sekolah dan daripada ibu-bapa.

Sehubungan itu saya merayu kepada pihak-pihak yang berkenaan, lihat dan dengarlah suara hati dan peranan mereka yang berada di dalam PIBG. Sekurang-kurangnya iktiraflah sumbangan yang telah mereka berikan dalam mencapai sasaran yang dihajati oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Niat mereka yang berada dalam PIBG hanya untuk turut sama merealisasikan impian ibu bapa yang memilih mereka untuk melihat kecemerlangan siasah dan akademik anak didik sekolah berkenaan.

NYDP PIBG

Kuala Lumpur


Utusan Malaysia Online: 5 Mac 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Memang pemberian insentif pada GB dan guru tak perlu. Dah tu, GB terima banyak, sebahagian guru terima banyak, sebahagian besar guru terima sedikit. lepas ni kecoh la pulak kat sekolah. Tak kan lah guru T6 terima banyak, guru lain terima sikit sedangkan semuanya berkait antara satu sama lain.
Peranan PIBG(Yg aktif) patut juga dihargai. Mereka ni yg banyak menyjbang dr segi kewangan. bila dpt hasil, GB yg dominan.
Saya menyeru KPM hentikan pemberian intensif kpd individu/kumpulan guru SEBALINYA beri shj hadiah kpd sekolah dan PIBG dlm bentuk wang utk memantapkan lagi kemudahan pembelajaran murid. BARULAH adil.

Lagi satu, sekolah-sekolah SKM tak perlulah disenaraikan sbg SBT dgn melihat keputusan UPSR 100%. Kalau calon setakat 20 org ke bawah....tak boleh nak dibandingkan dgn sek yg calonnya beratus-ratus.

Tanpa Nama berkata...

Bai'ah merupakan tragedi kepada sistem pendidikan negara!

Tanpa Nama berkata...

salam,
harap kerajaan dapat mengkaji semula pemberian hadiah wang tunai kepada gb dan 5% kepada guru cemerlang yang telah berjaya meningkatkan prestasi sekolah. adalah lebih adil jika sekolah dan pibg yang diberi ganjaran.
memang akan kecoh sekolah apabila penentuan 5% guru yang layak untuk menerima imbuhan. Yang bekerja untuk meningkatkan prestasi sekolah bukan dua -tiga orang, tapi seluruh warganya.

fikir-fikirkan...nizam

Tanpa Nama berkata...

Sori...menteri sibukk...banyakl sangat PRK....tak sempat nak fikir kebajikan semua guru

Tanpa Nama berkata...

Bro
Tikus membaiki labu kot.