Isnin, 7 Mac 2011

Pelajar patah tangan kena belasah

Oleh Rashidi Karim

2011/03/07

KANGAR: Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun parah dibelasah sekumpulan pelajar lain yang bertindak ala samseng membawa mangsa keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar sebelum membelasahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Safi (SMKSS), Simpang Empat, dekat sini, Jumaat lalu.

Muhammad Shahfaly Anoar, pelajar Tingkatan Tiga sekolah itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, selepas tulang bahunya terkehel dan patah lengan kiri serta luka di kening akibat teruk dibelasah tiga daripada 10 pelajar yang menunggu di tingkat bawah bilik kelasnya dalam kejadian jam 11 pagi itu.
Kejadian hanya disedari bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, selepas melihat anak sulung daripada empat beradik itu yang dalam kesakitan, dipapah keluar oleh rakan sekelas ketika mengambil mangsa waktu pulang sekolah kira-kira jam 12.15 tengah hari Jumaat lalu.

Anoar mendakwa, guru sekolah itu gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya, malah lebih dikesali semua guru mendakwa tidak mengetahui kejadian itu walaupun anaknya dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

“Saya amat terkilan dengan sikap guru yang tidak mengambil peduli masalah disiplin pelajar sekolah berkenaan serta gagal bertindak melindungi anak saya sehingga teruk dibelasah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat, dekat sini, semalam.

Beliau bertindak membuat laporan selepas kejadian terbabit di Balai Polis Simpang Empat, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu. Berikutan kecederaan teruk dialami itu, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit selama 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF, petang kelmarin.

Sementara itu, Muhammad Shahfaly berkata, seorang daripada suspek memasuki kelas di tingkat satu ketika guru sedang mengajar sebelum bertindak memegang tengkuk dan mengheretnya turun ke tingkat bawah sebelum membelasah.
“Di tingkat bawah, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas memukul hingga saya berasa hendak pitam. Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar pekikan daripada seorang guru yang kebetulan lalu di itu.

“Beberapa pelajar lain bertindak memapah saya memasuki kelas semula dalam keadaan lemah dan tidak bermaya, bagaimanapun guru lelaki yang sedang mengajar ketika itu tidak menanyakan keadaan diri saya, malah guru yang menyuraikan suspek juga langsung tidak menjenguk saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan bagi membantu siasatan.

“Semua empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun itu ditahan di rumah masing-masing malam tadi (kelmarin). Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa,” katanya.

Berita Harian Online: 7 Mac 2011

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JGN HUKUM budak-budak tu..... bagi kaunseling je... panggillah Dr Fadilah Kamsah ka, Ust.Siti Norbahiyah ka @ pakar motivasi yg kata tak boleh hukum pelajar.

Inilah akibatnya bila peraturan sekolah yg memanjakan budak-budak.

patutnya...buang terus budak-budak tu drp sekolah kerajaan. JJgn terima sebarang rayuan. Biarlah kita korbankan 5 org yg tak berguna ni demi utk selamtkan beribu-ribu yang lain.

Tanpa Nama berkata...

Saya telah berjaya dalam permohonan PPG dan ditempatkan di MSU, Shah Alam. Kekeliruan berlaku apabila yuran pendaftaran yang dikenakan adalah berbeza-beza. Contohnya di MSU sebanyak RM 610, IPG RM200- seperti yang diberitahu oleh rakan setugas, manakala ada juga institusi swasta dimana guru ditempatkan mengenakan yuran RM300. Mengapa ini berlaku, tidak selaras. Dan jumlah RM610 ini, bagi saya terlalu besar, sedangkan dalam syarat-syarat pengajian, menyatakan pangajian ditanggung oleh kementerian pelajaran sepenuhnya. Musykil...

Tanpa Nama berkata...

Cikgu,,,,mana ada free semua. Kenalah bayar sikit. Dulu tau tak..... kena potong separuh gaji kalau nak belajar.

Skrg kerajaan dah bagi kemudahan pinjaman. Bayar semula selepas dilantik ke DG 41 nanti.

Macam group PJJ OUM baru-baru ni.... pinjaman lebih kurang RM 16 000. Bayar balik selepas dilantik dg41. Bayar lebih kurang 25% shj jika dpt CGPA 2.7 ke atas.

Seiap semester kena bayar yuran RM 120 sj

Tanpa Nama berkata...

jabatan pelajaran melalui sekolah tak perlu busy body jatuh hukuman kepada sesiapa.
sama ada kepada tertuduh atau yang kena tuduh.
jika sudah buat laporan polis, serah saja kepada polis dan biar mahkamah tentukan.
peranan sekolah hanya di sekolah sahaja.
jika di panggil sebagai saksi .. pergi saja ke mahkamah.

buat apa pening-pening pikiaq jauh-jauh.

- ibubapa prihatin jelawat, bachok