2011/11/01
SAYA ingin menarik perhatian Kementerian Pelajaran mengenai permohonan pertukaran guru bagi sesi Januari depan. Selepas tamat mengikuti kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), rakan saya, seorang guru wanita ditempatkan mengajar di sebuah sekolah rendah di Sibu, Sarawak mulai Februari lalu dengan gred DC41.Pada Jun lalu, beliau melangsungkan perkahwinan dengan seorang guru yang mengajar di Selangor. Pada waktu sama guru wanita ini disahkan mengidap penyakit yang memerlukannya sering berulang alik ke hospital untuk diberi suntikan ubat.
Pertanyaan ini terpaksa dibuat kerana ada pegawai menyatakan guru terbabit tidak boleh mohon berpindah kerana tempoh perkhidmatan di Sibu tidak cukup 12 bulan dan alasan kedua, Sibu pun ada hospital.
Kalau betul pun syarat memohon tukar kena berkhidmat melebihi 12 bulan, itu kan syarat dibuat manusia? Alasan di Sibu juga ada hospital, memang betul tetapi perlu diingat bahawa sesuatu yang menyentuh kesihatan adalah perkara yang mempengaruhi emosi diri dan prestasi kerja seseorang.
INGIN TAHU,
Kuala Lumpur
Utusan Malaysia Online: 1 November 2011
2 ulasan:
saya masih ingat semasa memohon pertukaran dahulu. Bila dikepilkan bersama surat pengesahan sakit dari hospital, pegawai JPN dengan selamba menjawab "semua orang sakit". Kes seorang guru lain pula bila membawa surat pengesahan sakit, komen pegawai JPN "siapa-siapa pun boleh bawa surat hospital"....
Sistem negara prtukaran guru mmg sampah
Catat Ulasan