Selasa, 8 November 2011

Henti desak kerajaan isu PPSMI

2011/11/08

KUALA LUMPUR: Individu, ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini diminta segera menghentikan desakan kepada kerajaan berhubung isu Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana jika pelaksanaannya diteruskan ia boleh merugikan pelajar di kemudian hari.

Yang Dipertua Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Kebangsaan, Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata desakan mengikut emosi semata-mata tanpa mengkajinya lebih mendalam, bukan menggambarkan cara masyarakat bertamadun, sebaliknya terikut-ikut telunjuk sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu berkenaan.
“Keputusan pemansuhan itu harus diterima dengan hati terbuka oleh semua pihak kerana ia dibuat berdasarkan pertimbangan terbaik demi masa depan pelajar dan negara seluruhnya. Mahukah kita melihat anak-anak kita gagal dalam Matematik dan Sains jika terus dipaksa belajar dalam bahasa Inggeris, walhal mereka (pelajar) tidak mampu menerima atau memahami bahasa berkenaan.
“Yang penting sekarang, pelajaran dan pembelajaran anak-anak perlu diutamakan. Jika pelajar lebih selesa dan faham Matematik serta Sains diajar dalam bahasa Melayu, apa salahnya kita memberi mereka peluang. Buat apa kita masih bertegas dengan PPSMI, tetapi keputusan diperoleh tidak setimpal atau menepati sasaran kita,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam

Berita Harian Online: 8 November 2011

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu...menyampah betul dgn segelintir manusia yg dok bangkitkan lagi isu PPSMI.

Utk perhatian, Cikgu2 pun dah tak ajar dlm BI lagi lani. Perlatan PPSMI pula dah digunakan utk pelbagai urusan.