Rabu, 16 November 2011

Jangan Potong Duit Bantuan RM100, Kata Muhyiddin Kepada PIBG

KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) supaya tidak memotong wang bantuan persekolahan RM100 yang diberikan oleh kerajaan kepada semua pelajar sekolah menengah dan rendah.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, meminta mana-mana PIBG yang berbuat demikian supaya segera memulangkan wang yang dipotong itu kepada pelajar berkenaan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak wajar, beliau berkata ia tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah memutuskan bantuan itu adalah untuk diagihkan sepenuhnya kepada pelajar dan keluarga mereka.

"Kita minta kerjasama pentadbiran sekolah untuk pastikan bantuan RM100 ini diberikan sepenuhnya, jangan kurang satu sen pun...ini keputusan kerajaan.

"Kita tidak mahu nanti timbul salah faham dan ada pihak yang menyalahkan kerajaan kerana dikatakan `cakap lain, buat lain'," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebanyak RM550 juta diperuntukkan oleh kerajaan bagi melaksanakan program wang bantuan persekolahan itu, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lepas.

Isu potongan bantuan itu dibangkitkan seorang bapa pada sesi soal jawab bersama Muhyiddin pada majlis itu, yang mendakwa PIBG sebuah sekolah rendah di sini memotong RM50 daripada bantuan itu.

Dalam jawapannya, Muhyiddin berjanji akan menyiasat perkara itu.

"Perdana Menteri sudah sebutkan, Timbalan Perdana Menteri pun sudah beritahu, dapat RM100, kenapa bawa balik RM50?. Ini adalah komitmen Perdana Menteri hendak tolong rakyat, hendak ringankan beban mereka, jadi kalau dah awal-awal dipotong. makin terbebanlah rakyat.

"Jika ada apa-apa bayaran, itu kemudianlah, bagi dulu RM100 tu. Kalau selepas ini PIBG hendak minta apa-apa bayaran, itu soal lain. Ini duit yang telah diberikan oleh kerajaan," katanya.

-- BERNAMA

BERNAMA: 16 November 2011

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam.Pihak sek potong sbb ada sesetengah ibu bapa tidak bayar yuran persekolahan yang wajib.Pihak sekolah tidak sewenang-wenangnya nak potong duit kalau x de sbb.

guru lama berkata...

Boleh baha kalau kau Menteri. tapi bagi sekolah bantuan kewangan yang cukup untuk mengendalikan program sepanjang tahun khususnya aktiviti kokurikulum dan sukan

Tanpa Nama berkata...

Kat tnpt saya, nak bagi duit Rm 100 pun mesti ada wakil BN setempat hadir. Minggu ini dijanjikan utk diberi duit, tetapi dibatalkan saat akhir sbb nak susun jadual ikut kesesuaian wakil BN. Akibatnya, majlis terpaska diadakan minggu depan. Cikgu kena hadir..mangkok hayun punya org...

Tanpa Nama berkata...

ok lah tu bukakah itu semuanya duit BN? SEPATUTNYA DISERAHKAN MELALUI WAKIL BN SETEMPAT, AGAR TIDAK TERLEPAS KE TANGAN PEMBANGKANG

-mustaffa zaki abd mubin R1

Tanpa Nama berkata...

duit RAKYATLAH.....YG BAYAR CUKAI TAK KIRA PARTI....