Rabu, 16 November 2011

Kementerian diminta siasat guru anti Islam

2011/11/16

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin meminta Kementerian Pelajaran menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan pelajar sebuah sekolah mengenai tindakan beberapa guru yang didakwa bersikap perkauman dan anti Islam.

Ahli Parlimen Bebas itu mendakwa menerima lebih 20 aduan daripada pelajar termasuk pelajar beragama Islam dan Kristian yang tidak puas hati dengan tindakan beberapa guru bukan Melayu yang juga penyokong dan petugas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Johor.
“Saya tidak bercadang menyebut nama secara terbuka di dalam dewan ini, saya akan serah nama kepada menteri kerana aduan yang dibuat sangat serius.
“Guru berkenaan mengutuk agama Islam dengan mengatakan Islam sebagai agama palsu, al-Quran ditulis oleh manusia, selain membangkitkan peristiwa 13 Mei berlaku kerana tindakan orang Melayu, sebaliknya orang Cina hanya mempertahankan diri serta menyatakan sepatutnya orang Cina menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat, malam tadi.

Berita Harian Online: 16 November 2011

1 ulasan:

guru lama berkata...

adakah guru anti Islam??? DiSabah rasanya tak adalah...