2011/11/19
KEPUTUSAN Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan kelmarin disifatkan oleh Kementerian Pelajaran sebagai yang terbaik sejak 2008, berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN). Kejayaan itu tentunya suatu pencapaian yang boleh dibanggakan semua. Penghargaan bukan saja patut diberikan kepada pelajar, malah komitmen guru dan ibu bapa juga tidak harus dilupakan. Keputusan yang terus meningkat dari setahun ke setahun juga membuktikan sistem pendidikan kebangsaan kita berkesan melahirkan pelajar cemerlang, bukan saja dari segi akademik malah bukan akademik.Seperti diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud kelmarin secara keseluruhan jumlah calon memperoleh pencapaian terbaik iaitu Gred A, B dan C tahun ini meningkat 55.45 peratus iaitu 269,021 calon berbanding 262,278 tahun lalu. Bagaimanapun, calon yang mendapat keputusan cemerlang semua A tahun ini menurun sedikit, 46,012 pelajar berbanding 48,327 pelajar tahun lalu. Apa yang lebih membanggakan, keputusan UPSR tahun ini juga menunjukkan jurang pencapaian calon bandar dan luar bandar bukan saja berjaya dipertahankan daripada terus menjarak, malah ia dapat dikurangkan 0.01 peratus berbanding tahun lalu. Dengan kejayaan itu, kita mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang lulus cemerlang tetapi mereka mesti ingat bahawa kejayaan itu baru permulaan sebuah perjuangan yang masih panjang kerana UPSR ialah ujian pertama bagi menilai prestasi akademik mereka sebelum berdepan alam persekolahan lebih mencabar. Namun, itu bukan bermakna UPSR tidak penting kerana ia bakal mencorakkan hala tuju pendidikan mereka pada masa depan.
Berita Harian Online: 19 November 2011
1 ulasan:
Sebenarnya, Keputusan UPSR ni tak boleh dipercayai 100%. Ini ditentukan oleh kehendak pihak2 tertentu mengikut kepentingan politik/dasar/program KPM.
Keduanya, sistem pemarkahan UPSR tidak konsisten & sring berubah setiap tahun. Sebab itu, perbandingan dn result thn lepas tidak valid utk dibandingkan.
Ketiganya, kalau dulu soalan bocor, skrg jwpn pula yg dibocorkan. Murid hafal jwpn shj(objektif). Perkara ini dah berlaku setiap tahun. Cikgu-cikgu pastinya tahu, tapi malas nak dibesar-besarkan.
Catat Ulasan