SAYA tertarik dengan tulisan Cikgu Keliru dari Dengkil, Selangor dalam ruangan ini baru-baru ini yang menyatakan bahawa para pendidik dan murid-murid akan dikenakan bayaran bagi menambah kelengkapan sekolah yang tidak cukup.
Jika tidak silap saya dalam Belanjawan 2012 lalu peruntukan khusus untuk penambahbaikan kelengkapan sekolah, membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan diwujudkan di bawah Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah yang berjumlah RM1 bilion.
Jadi di mana logiknya pihak sekolah mengenakan bayaran bagi murid dan guru untuk menambah peralatan sekolah?
Menurut Perdana Menteri, dalam gagasan 1Malaysia dan pelbagai kempen Kementerian Pelajaran sendiri telah menyatakan tidak akan ada kekangan kewangan untuk mendapat pendidikan dari kerajaan. Malah usaha memansuhkan pelbagai yuran sekolah dilihat sesuatu yang amat dialu-alukan.
Tetapi pihak sekolah tiba-tiba mengenakan bayaran lain yang dilihat tidak selari dengan niat sebenar kerajaan. Malah bayaran bagi kelengkapan bilik darjah sekolah seperti kerusi dan meja pada saya amatlah mengarut. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak bersekolah saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Kementerian Pelajaran mengenai perkara ini.
Jangan pula ia akan jadi polemik bagi pihak yang mencari isu untuk dibangkitkan untuk menentang kerajaan.
Kempen pendidikan percuma yang sedang kerajaan jalankan kini amat membantu, terutama bagi golongan-golongan berpendapatan rendah dan sederhana seperti saya.
Utusan Malaysia Online: 10 Januari 2012
2 ulasan:
Kalau sekolah tu ada 1000 orang pelajar, maka sejumlah itu lah PK Kokum jaga dan urus, kalau ada 100 orang guru di sekolah tersebut maka sejumlah itulah PK. Kokum pantau, kalau ada aktiviti program sekolah maka Pk. Kokum juga turut memainkan peranan utama dalam menjayakan aktiviti sekolah. Tapi kalau ada Perkhemahan sekolah belum tentu PK Pentadbiran dan PK Hem datang untuk berpanas dan berhujan tapi PK.Kokum tetap berpanas dan berhujan malah bermalam. Apa-apa aktiviti dalam dan luar sekolah melibatkan pelajar PK.Kokum tetap terlibat malah PK.Kokum mengeluarkan kocek sendiri untuk menyelamatkan keadaan apa yg kurang dalam aktiviti jika Pengetua tidak bertindak atau tidak berada disitu. Apakah pengorbanan PK.Kokum selama ini tidak diambil kira, apakah selama ini Pk.Kokum goyang kaki, apakah selama ini PK. Kokum bekerja bermusim, apakah selama ini status Pk. kokum itu hanya ditepian tidak ada makna, tidak memberikan impak kepada kecemerlangan sekolah? Dan apakah selama ini semua PK kokum itu baru bekerja sebagai guru 10 tahun yang lalu? Tidak!!!!!!!!!!!! PK.kokumlah dan kru-krunya yang memberikan warna kecemerlangan sekolah keperingkat yang lebih tinggi sehingga sekolah itu dikenali, disegani, dihormati dan dipandang, oleh sekolah-sekolah lain, oleh masyarakat, oleh para pegawai di daerah, negeri dan kementerian di samping prestasi akademik. Tapi kenapa jawatan PK.Kokum itu dipandang remeh,tidak dihormati??? Amat sedih sekali apabila dalam ABM penjawat PK Kokum di sekolah Gred B tidak dimasukkan...SEDIH...
SISTEM KITA MEMENTINGKAN AKADEMIK SHJ....yg diutamakan brapa ramai dpt 5A, berapa % LULUS.... yg lain-lain tu tak penting...
Satu sistem yg ketinggalan zaman
Catat Ulasan