|
TELUK INTAN - "Kami berkelahi tetapi mengapa cikgu masuk campur dan pukul kami berdua sehingga saya cedera teruk."
Demikian luah seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib, Jalan Changkat Jong di sini yang mendakwa dia dipukul sehingga pengsan oleh seorang guru sekolah tersebut semalam.
Pelajar berkenaan, Muhamad Ziqril Hakin Mohd. Farol, 14, mendakwa, kejadian berlaku pada pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang bergaduh dengan seorang pelajar di sekolah tersebut.
"Saya terkejut kerana guru itu menerpa datang dan memukul kami berdua dengan tangannya. Saya dipukul sebanyak tiga kali di muka dan sekali di leher sehingga menyebabkan saya terjatuh.
"Saya tidak ingat apa-apa lagi selepas itu dan sedar-sedar saya sudah terbaring di atas katil di hospital. Saya cuma rasa sakit di tengkuk dan kepala saya," ceritanya ketika ditemui di Hospital Teluk Intan di sini semalam.
Kosmo Online: 18 Januari 2012
9 ulasan:
Budak-budak kurang ajar...dtg sekolah bukan nak belajar....tapi nak gaduh.
Apalah nak jadi budak-budak hari ni......
belum tentu guru yang memukul. Mungkin budak yang sama bergaduh.
Guru jadi mangsa atau guru juga dipukul
Budak bermasalah di sekolah memang suka tuduh guru
Lain kali cikgu2 jgn masuk campur...ambik kamera rakam jea...atau cikgu perlu bawa saksi...jgn ambil tindakan sendiri..
Sepatutnya biar je...tengok...sapa menang...
KITA MESTI BERHATI-HATI DGN BERITA MACAM NI, khasnya akhbar METRO....mereka suka mesensasikan cerita...banyak tokok tambah...tak kurang juga UTUSAN MALAYSIA..
Mulai hari ini mana-mana budak yang kurang ajar dan lawan atau provok guru kita tukar kedudukan dari guru kepada kepala samseng...tengo siapa yang kena...
DAHLAH BERGADUH KAT SEKOLAH..TUDUH GURU PULAK PUKUL...KIRA BAIK ORG HANTAR KE HOSPITAL KALAU AKU LEPAS DIORG PUAS BERGADUH..HANTAR KE TEMPAT PELUPUSAN SAMPAH JE..SENANG HATI CIKGU NAK MENGAJAR , TAK PAYAH LAYAN PELAJAR2 MACAM NI. MANA2 SURATKHABAR YG SELALU SIAR CERITA TAK BETUL PASAL KES2 MACAM NI YG KEBANYAKKANNYA MENYUSAHKAN GURU2 DAN PIHAK SEKOLAH, KITA TENGOK SAPA PENULISNYA..KALAU ADA ANAK2 ATAU ADIK BERADIK DIA YANG BERSEKOLAH ... SURUH BERHENTI BIAR DIA AJAR SENDIRI
Kalau aku, lepas hhentam budak tu, hentam pulak bapak dia...nnak kecoh2 pulak. Beberapa hari lepas ada pulak bapak budak marahkan guru sebab gantung sekolah anak dia yang dia kata hendak menolong guru dengan cara membawa pulang beg tangan dan laptop cikgu yang sedang bermesyaurat. Bodoh punya bapak..dah sah2 anak dia mencuri pun dia bela lagi. Nasib baik tak bagitau tolong ambik dan tolong belanja. Kalau aku memang mampus aku kerjaakan budak tu dan bapak dia sekali....
setuju benar dengan ulasan-ulasan tersebut. Dah SAh SALAH tetap salah, jangan nak menyalahkan guru pulak...Suruh barua ni belajar di rumah sja...
Catat Ulasan