Isnin, 16 Januari 2012

Punca pelajar menengah gagal membaca, menulis

SAYA ingin merujuk kepada tulisan Hassan Salleh bertajuk 'Di Manakah Silap Guru' di ruangan ini yang menyentuh soal wujudnya pelatih-pelatih PLKN lepasan sekolah menengah yang masih tidak boleh membaca dan menulis.

Jawapan saya sebagai seorang guru yang telah lima tahun mengajar di sekolah menengah ialah:

n Di maktab perguruan, kami diajar bahawa murid yang tidak mengikut peraturan perlu dihukum. Tapi hakikatnya di sekolah, semua jenis hukuman ditangguhkan. Hukuman terbesar seperti buang sekolah pun boleh dibangkang oleh murid kerana kita ada dasar pendidikan wajib 11 tahun. Jadi semua murid boleh melanggar semua peraturan sekolah, seperti ponteng kelas dan tidak perlu menyiapkan kerja sekolah kerana tidak ada satu peraturan yang boleh menyentuh mereka. Murid boleh berjalan keluar dari kelas ketika guru sedang mengajar dan tidak ada siapa boleh menghalang mereka.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan murid berbanding sekolah. Tapi hakikatnya di sekolah, guru disuruh bertungkus-lumus membuat kerja perkeranian sehingga tidak ada masa untuk mengajar. Terbaru di negeri Johor, pertandingan dibuat di antara sekolah-sekolah untuk mencari siapakah guru yang paling cekap membuat kerja perkeranian dan mengurus fail. Tentunya guru yang menang itu akan diberi anugerah dan dapat mengharumkan nama pengetua. Tapi kebanyakan guru yang menang itu tidak pernah memenangkan murid dalam apa-apa pertandingan pun.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya memikirkan cara bagaimana hendak mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid yang pelbagai kerenah boleh dibantu. Tapi hakikatnya di sekolah, yang dipelbagaikan ialah jenis jawatankuasa, borang dan fail, bukan teknik pengajaran. Akhirnya setiap guru akan memegang 10 hingga 15 jawatan dalam pelbagai jawatankuasa, dan murid kadang-kadang satu buku pun tidak ada.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya 'buat apa yang betul untuk murid'. Tapi hakikatnya di sekolah, pengetua hanya mahu mencari nama dan hendak cepat naik pangkat dan naik gaji. Oleh itu semua guru mesti berhempas pulas mengurus hal-ehwal sekolah. Kadang-kadang guru terpaksa meninggalkan kelas untuk hadir mesyuarat kerana pengetua mahu semua fail lengkap dan terkini.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mengajar mengikut tahap murid. Untuk itu, murid diasingkan mengikut kelas. Murid yang pandai dan cekap akan diletak di kelas pandai, supaya guru boleh mengajar dengan pantas. Jika kurang cekap dan lemah, akan diletak di kelas kurang pandai supaya guru boleh mengajar perlahan-lahan dan murid boleh dibantu.

Tapi hakikatnya, ibu bapa menuduh guru menganggap anaknya bodoh jika diletak di kelas hujung, jadi ibu bapa akan bawa wartawan, bawa ahli politik dan bawa ketua kampung untuk serang guru di sekolah. Oleh kerana sekolah tidak suka orang politik mencari populariti dalam sekolah, sekolah pun beralah dan murid kurang pandai ini pun diletakkanlah di kelas pandai.

Ibu bapa pun baliklah dengan bangga dan berceritalah kepada jiran-jiran, kononnya anaknya di kelas pandai. Tapi akhirnya anaknya ketinggalan kerana tak mampu mengejar murid pandai yang lain dan guru akan diserang lagi kerana tak pandai mengajar.

n Di maktab perguruan, kami diajar supaya mendahulukan kepentingan klien. Tapi pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran tidak pernah anggap guru sebagai klien mereka. Guru sekolah hanya 'kuli' pihak PPD dan jabatan semata-mata. Jika PPD dan jabatan minta data, guru mesti sediakan secepat mungkin. Kalau boleh dua saat selepas diminta, data mesti sudah sampai ke pejabat.

Dua hari selepas data dihantar, PPD dan jabatan akan telefon sekolah untuk memarahi pengetua kerana guru tidak hantar data. Pengetua pun marahlah kepada guru dan guru pun terpaksalah meninggalkan kelas untuk menghantar lagi data buat kesekian kalinya kerana PPD dan jabatan memang tidak pernah simpan apa-apa data pun. Setiap kali mahu apa-apa mereka akan minta dari sekolah, sehingga data yang sama boleh dihantar hampir sepuluh kali ke pejabat. Tanyalah kepada Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid, berapa kali agaknya data enrolmen murid dihantar ke pejabat dalam setahun.

Saya fikir kesilapan pihak guru ialah, lain yang diajar di maktab, lain yang perlu dbuat. Pengetua, PPD, jabatan dan ibu bapa, semua membuli guru sekolah. Kalau maktab perguruan mahu membantu hapuskan buta huruf, ajarlah guru pelatih bagaimana hendak 'mengajar' orang atasan.

Utusan Malaysia Online: 16 Januari 2012

21 ulasan:

Cikgu Musi berkata...

setuju sangat...terutama bab ppd yang selalu mintak data...biasanya data yang dihantar memang berkali-kali...kekadang tu data yang sama perlu di hantar 2 kali utk tujuan yang lain...mereka di PPD nak mudah jer...di akhir tahun mereka nak data peperiksaan akhir tahun, tak hairan jikalau di awal tahu depannya mereka nak pulak data yang sama untuk buat perkara lain...

Guru Siswazah berkata...

Masalah Kementerian Pelajaran ialah tidak menggunakan maklumat data sekolah untuk mendapatkan sebarang maklumat dan sistem aplikasi maklumat data sekolah pula dibina tidak menyeluruh susah diperolehi terlalu banyak sangat kata laluan juga pegawai-pegawai di PPD dan Jabatan tidak cekap menggunakan komputer apa lagi sistem yang dibina adalah sistem yang baru khususnya mereka yang dah berumur 50an dan keatas.

guru siswazah lama berkata...

Kegagalan murid sekolah menengah menguasai kemahiran membaca dan menulis adalah kerana guru-guru sekolah rendah gagal mempastikan murid-murid mereka menguasai 2 kemahiran tersebut sebelum melangkah ke sekolah menengah.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin secara teorinya betu....hakikatnya jom la cuba turun ke skolah rendah khasnya sekolah yg gurunya kurang. MEGAJAR dah jadi tugas sambilan...kerja-kerja lain pulak yg terpaksa diutamakan...

guru lama berkata...

Jangan jadikan masalah guru kurang sebagai alasan kenapa murid sk selama 6 tahun gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis. Walau pun kurang tapi kelas Tahun 1 tetap ada dan sepatutnya GB mengutamakan kedudukan guru Tahun 1.Tahap 1 adalah permulaan bagi murid melangkah ke alam persekolahan selain daripada tadika,tabika dan lain-lain sekolah pra sekolah.Adalah menjadi kewajipan guru sk mempastikan murid yang masuk Tahun 1 dapat menguasai kemahiran membaca.

Tapi apa yg berlaku ialah guru asyik menghabiskan sukatan tahunan tanpa mengambil kira kemampuan pelajar...

Mana yang penting Sukatan Pelajaran Tahunan atau mempastikan penguasan kemahiran membaca dan menulis

Sepatutnya kalau pelajar itu masihh gagal membaca dan menulis dengan baik ajarlah sampai pandai biar pun menjangkau 4 bulan, 6 bulan atau 9 bulan..atau satu tahun sekali pun. Apa salahnya..yang kita pentingkan dan pastikan ialah murid itu telah menguasai kemahiran dengan baik. ...

Cikgu Otai berkata...

Sek Menangah tidak perlu menunding jari kpd Sek Rendah, masalah tidak menguasai kemahiran asas dihadapi oleh sebilangan kecil murid sahaja.

Mungkin murid tersebut memonteng sepanjang tahun.Sebab itulah dia tercicir dari kemahiran asas.

Sebelum memasuki sekolah menengah, seseorang murid melalui proses yg panjang iaitu 8 tahun, 2 tahun pra-sekolah dan 6 Tahun sekolah rendah. Dalam proses ini pulak, murid tersebut perlu melalui berpuluh2 org guru yg mengajar.

Murid yg jarang ponteng sekolah, adalah mustahil tdk dpt menguasai kemahiran asas.

Walaupun guru2 sebok dgn tugas2 selain mengajar spt dlm tulisan di atas namun produk yg dihasilkan tidaklah seteruk yg digumbar-gemburkan.

Kenapa asyik2 guru2 sahaja yg dipersalahkan. Orang atasan lah perlu mengkaji sistem dan dasar2 mrk yg selalu berubah2...

guru siswazah lama berkata...

Apa sebab murid ponteng berhari-hari?? Mana guru kaunseling?? Mana guru kelas yang mengambil tahu hal ehwal pelajarnya?Mana GB sekolah yang patut menjaga prestasi murid dan sekolah????? Andai murid tak datang berhari-hari kenapa membiarkan mereka terkapai-kapai tanpa bimbingan.Mereka murid sekolah rendah yang masih hingusan tak boleh lagi berfikir seperti budak remaja sekolah menengah.

Tapi bila dah samapai ke sekolah menengah masa sudah terbuang selama 6 tahun di sekolah rendah. Murid tersedar dari lamunan tapi apa nak buat mereka dah tak boleh kejar sukatan yang sepatutnya mereka kuasai...

Akhirnya kamilah yang menanggung beban dan malu. Sejarah awal murid tidak diperdulikan. Andai murid lepasan sekolah menengah maka disebutlah murid sekolah menengah gagal menguasai kemahiraqn membaca dan menulis ....Siapa yang malu, siapa yang disebut...


Kenapa tidak sebut bekas pelajar sekolah rendah .....gagal menguasai kemahiran membaca dan menulis???????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

Isunya ialah kegagalan murid yg dah melangkah ke sekolah menengah gagal membaca & menulis. Sblm bercakap mcm2 menyalahkan guru sekolah rendah.. Kaji dulu latar belakang murid terutamanya murid yg duduk dlm kelas belakang. Kemiskinan, masalah rumah tangga, perceraian & yg paling utama iaah corak pemakanan. Jgn membuta tuli konon menghabiskan sukatan. Turun sekolah rendah & tgok apa guru2 yg mengajar kelas2 belakang ni buat. Ada 20 org murid & mesti ada yg tak pandai baca. Guru dah buat mcm2 contohnya bg latihan murid tahun 1 wlupun dh tahun 6. Tujuannya, adalah supaya murid tu mampu membaca & menulis. Tetapi hanya di sekolah. Bila dah balik rumah, adakah berterusan? Tak ada. Buku tak ada, ini tak ada. Bukan tak boleh menulis & membaca langsung tetapi kemahiran berfkir mereka sangat lemah. Kena ingat SISTEM PENDIDIKAN kita adalah berdasarkan umur bukannya kemampuan menguasai kemahiran. Tahun 1 kalau tak boleh membca juga kena naik tahun 2.. Mcm tulah seterusnya. Ingat, potensi murid semua tak sama. Turunlah sekolah rendah & tgok apa yg dibuat. Bagaimana realiti sebenar, antara menghabiskan sukatan, menyediakan murid untuk upsr @ memastikan mereka menguasai kemahiran walaupun terpaksa gagal kerana lepas dah pandai menulis membaca kena sediakan mereka untuk upsr pula.

Tanpa Nama berkata...

KALAU SEMUANYA PANDAI, LAGI LA TAK CUKUP NAK MENAMPUNG PERMINTAAN KE SBP. Kalau semua jadi PROFESIONAL, sapa pulak nak jadi kuli.

Kat dunia ni, semuanya berpasangan.
PANDAI-BODOH. Terima je lah...

Yang penting tugas guru mengajar. Pandai-ka tak pandai ka perkara kedua....

Guru Siswazah berkata...

Pendapat yang bodoh.Inilah contoh guru yang melepaskan batuk ditangga. Bekerja tanpa hasil..ini namanya guru yang tidak amanah,tidak bertanggungjawab..Melepaskan murid tanpa mencapai objektif sebenar. Siapa yang kata kemampuan penguasaan kemahiran itu tidak diambil kira??? Nampaknya guru Tanpa Nama diatas kurang membaca. Patutlah lahirkan pelajar sk yang lemah...kemudian lepaskan ke smk. Apabila ada masalah guru smk pula yang dituduh,disalahkan..murid gagal membaca..

akal dan hati berkata...

pandangan ikhlas..
sekiranya guru saling menyalahkan bagaimana untuk kita berjaya... semua pihak perlu ambil perhatian dan munasabah.. beban kerja yang bertambah adalah satu ujian untuk kita memantapkan pengurusan diri.. berjya atau gagalnya murid sama-sama kita galasi...
mungkin dasar pendidikan kita terlalu laju untuk yang menyebabkan murid-murid tidak mencapai objektif.. oleh kerana terlalu sibuk mengejar sesuatu maka kita akan kehilangan sesuatu...
akhirnya kita cemerlang pada luaran tapi kita gagal pada dalamannya...

Guru Siswazah berkata...

Tugas utam guru sk ialah melahirkan murid yang dapat menguasai 3M + 1M. Kalau insan yang meninggalkan alam sk gagal meguasai 3M bermakna mereka yg bertanggungjawab sebenarnya TELAH GAGAL.

Bukan menyalahkan sesiapa tanpa asas tapi ini "sudah terang lagi bersuluh" bahawa guru SK patut menanggung beban atas kegagalan murid normal menguasai kemahiran 3M.


Harus terima jangan dolak dalih

Tanpa Nama berkata...

guru siswazah lama betul ke?? mcm bangang je...

shasya berkata...

sudah2 ler...daripada bertekak baiklah fikirkan mcm mana nk ajar anak2 akan dtg.....bila tak pandai baca tak menguasai....salahkan org sana sini.....tak terfikir ke yg murid2 yg pandai baca dan mengira pun ada juga...kenapa tk puji guru2 sekolah rendah? bila yg negatif..kutuk melambung2.....masing2 ada cabarannya.......

edios_1317 berkata...

Kegagalan seseorang murid mempunyai banyak faktor. Tapi kalau murid itu berjaya, hanya guru tiusyen dipuji. Kita sesama guru tak perlu menuding jari menyalahkan sesama sendiri. Kegagalan murid itu mungkin salah guru, kerana tugas guru tidak seperti 10 tahun lalu. Data lebih penting dari kualiti P&P kita sehingga para guru terpaksa menghantar data yang tidak tepat. Lihat saja bidang tugas kita yang begitu luas hinggakan tugas barisan pentadbir pun, guru yang melaksanakannya. Cuba bayangkan kalau semua guru mogok kerana kita selalu diperlekehkan..

Nurul berkata...

tempoh hari kerajaan ada cadangan supaya cikgu punch in pagi dan balik petang, macam penjawat awam lain, supaya masa mengajar, boleh fokus betul-betul dan kerja-kerja lain di buat selepas waktu sekolah.

tak perlulah bawa balik buku untuk ditanda (ini selalu jadi bahan modal cikgu2 utk tunjukkan bahawa merekalah yg paling sibuk sekali di dunia), etc etc. semuanya selesai di waktu pejabat. balik senang hati. macam orang lain.

kami setiap hari pulang ke rumah malam. tapi tak pernah nak komplen dalam suratkhabar bahawa kami profesion yang paling sibuk di dunia, sepanjang hari kena bekerja berdiri, etc. sbb kami yang pilih kerjaya tu, maka kami dah bersedia mental dan fizikal untuk tempuh cabaran tersebut.

saya rasa guru-guru lama perlu dicontohi kerana mereka tidak pernah komplen apa2. mengajar? OK. sukan? OK. camping dgn pengakap? OK. buat Hari Kantin? OK. buat kerja admin? OK. bagi data kpd PPD? OK jer!

guru2 era baru ni... alahai....

kerja kamu mendidik anak bangsa. kenapa banyak sgt bunyi... kamu dah pilih kerjaya ni, patut kamu dah bersedia dgn cabaran yg mendatang.

ni ada pulak terdengar ada keinginan segelintir guru nak ambil alih tugas PTD untuk buat kerja pentadbiran... konon PTD tak sesuai di Kementerian Pelajaran.

fikir semula, anda jadi guru untuk mengajar anak bangsa atau nak buat admin? mohon pertimbangkan/ fikir semula permintaan/cadangan anda yang tidak sesuai ini.

jangan sebab segelintir yg banyak bunyi, kami semua jemu nak dgr komplen2 guru yang tak berkesudahan.

skrg ni, wpun dah byk cerita2 dijaja ttg kerja guru terlalu byk, kena buat kerja admin, TAPI MASIH RAMAI YANG MASUK MAKTAB PERGURUAN NAK JADI CIKGU. bagi anda2 tu, skrg ni anda dah tahu cabaran menanti di hadapan, jangan la nak dok komplen2 tak habis2 mcm guru2 batch skrg ni. konon2 mcm tak pernah diberitahu sebelum ni.

tolong ya guru2, kami dah tak larat nak baca kisah negatif profesional anda. ceritalah yang baik2 pula. jururawat pun kerja berat. pemandu teksi pun kerja tak menentu. org lain pun struggle nak hidup. rezeki masing2. kita semua yang pilih.

kalau tak tahan, berhenti saja. bagi org lain yg ikhlas dan MULTI-TASKING dan rajin dan TABAH sahaja yang jadi guru. Anda duduk diam2 saja.

Terima kasih.
Maaf jika terguris.

Nurul berkata...

Periksa pelajar yg gagal baca dan tulis tu? Maybe dia autisme or ada masalah pembelajaran lain yg semua org tidak sedar?

Jika ya, bukan salah guru.

Benda ni terpencil saja. Rasanya dalam tempoh 20 tahun lepas, tak pernah dengar berita mcm ni.

Kalau tiap2 hari dengar, maybe ada something wrong somewhere, but it wasnt reported on regular basis, so our education system is actually fine.

shasya berkata...

thumbs up t0 cik nurul.....

Tanpa Nama berkata...

ha'ah.. semua salah budak Sek Men berasal dari Sek Ren..
Guru Sek Men mmg semua wali² Allah, x pernah buat silap..
Saya dengan ini mencadangkan KPM melupuskan Sek Ren dan anak² murid bleh masuk Sek Men seawal umo 6 tahun..
Kurang skit statistik murid Sek Men mengandung pasni..
Tahniah la ye..

Salmah berkata...

Nothing to be thumbs up about miss shasya. Obviously miss nurul is generalizing things.

Any fool can criticize, condemn, and complain - and most fools do. Believe me, those teachers who brought back homework to mark are not the idiots who are complaining in the tabloids.

Pupils with learning problems might have autism, dyslexia and etc. Yeah, its easy for you to say. You think schools for special needs students are like in every freaking kampung? You are probably one of the educated parent that would openly accept the fact if your child might be having learning problems and you would do everything you can for the benefit of your special child. Do you actually think that all the parents out there are like you?

How do you actually made a point that the education system is fine because 20 years ago there weren't any complains as such students? You are making verdict based on a 20-year gap? Sweetheart, now is no longer the era of "Ali, Tong Seng, Ramasamy & Salmah textbooks". Those textbooks were in my time.

No job is an easy job, I know. In every job profession there must be complainers & whiners, that is very common. But being judgmental and generalizing is even ridiculous, especially when you're from a different field. Those losers & whiners complain in newspapers - what makes you think all teachers are pathetic?

Tanpa Nama berkata...

Guru siswazah, saya rasa yang anda maksudkan adalah 'melepaskan batok ditangga'..haha