2012/01/20
SAYA amat tertarik dengan kandungan berita dalam Berita Harian bertarikh 16 Januari 2012 (Isnin) halaman 10, yang bertajuk ‘Tambah Guru Bahasa Inggeris (negeri Terengganu)’.Permasalahan ketandusan guru Bahasa Inggeris yang amat ketara di negeri Terengganu telah disuarakan oleh Ahmad Razif Abdul Rahman, salah seorang EXCO kerajaan Negeri Terengganu benar-benar mengundang rasa pelik dan terkejut.
Saya melihat bahawa dalam hal ini, layanan ‘double standard’ telah diamalkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Kementerian Pelajaran terhadap guru seperti saya. Perkara yang memualkan ini seolah-olah menjadi penyakit yang membarah seperti tiada kesudahannya.
Hendak dikatakan yang saya tidak pernah memberi khidmat bakti luar kepada Pejabat Pelajaran Daerah, JPN atau kementerian sehingga mereka membakul-sampahkan permohonan saya sesungguhnya terlalu dusta. Hal demikian kerana pembabitan saya dengan PPD, JPN dan kementerian umpama ‘Awang Selamat’ dalam Hikayat Awang Sulong Merah Muda yang tidak pernah ingkar untuk bertugas di luar waktu pembelajaran sekiranya dipanggil atau diarahkan.
Saya mohon kepada kementerian, JPN Terengganu dan juga kerajaan Negeri Terengganu agar membuat mekanisme yang mampu memberi keadilan kepada guru yang telah lama berkhidmat di luar negeri Terengganu yang memohon untuk bertukar ke Terengganu. Guru-guru yang baru ‘posting’ hendaklah dihantar ke luar negeri dan guru senior perlulah ditukar pulang ke Terengganu (terutama guru Bahasa Inggeris).
GURU BI,
Johor Bahru
Berita Harian Online: 20 Januari 2012
2 ulasan:
TAKPALAH GU BUKA AJA BISNES KEROPOK LEKO DI JOHOR, NANTI JPN JOHOR BENGANG DI TENDANGLAH CIKGU DARI JOHOR, KALAU KITA IKUT AJA CAKAP JPN MEMENGLAH PERMINTAAN KITA TAK DI LAYAN..
JANGAN BUAT2 TAK TAU..JPN/PPD ATAU LAIN JABATAN MEMANG X LAYAN KALAU X KENAL ATAU BKN KAUM KERABAT (BILALAH PERKARA 'CABLE' ATAU ORG DALAM NI NAK BERAKHIR).. SEMOGA MEREKA2 YG PERNAH BUAT PERKARA MACAM NI SEDAR DAN BERTAUBATLAH NANTI ORG2 YG DIANIAYA ATAU YG DI TIDAKKAN HAK MEREKA MENUNTUT DI AKHIRAT ...MASA JADI PENGARAH/PPD/PEGAWAI/NAZIR/PENGETUA BUATLAH BAIK KPD ORG BAWAHAN NANTI SUSAH NAK MINTA MAAF..
Catat Ulasan