djuns@hmetro.com.my
SANDAKAN: Bimbang keselamatannya terancam selepas menerima sepucuk surat mengandungi ugutan bunuh daripada pengirim misteri, seorang guru besar sekolah kebangsaan di sini terpaksa berkurung di dalam rumah selama lima hari, sebelum membuat laporan polis, kelmarin.
Difahamkan, lelaki berusia 51 tahun itu menerima surat berkenaan yang dihantar sendiri seorang lelaki ke pejabat di sekolah berkenaan, kira-kira jam 1 pagi, pada 29 Februari lalu.
Sumber berkata, kerani sekolah yang tidak mengesyaki sebarang implikasi buruk terus menyerahkan surat berkenaan kepada guru besar yang kebetulan berada dalam biliknya.
Menurutnya, sebaik surat dibuka, guru besar berkenaan terkejut apabila mendapati surat tanpa alamat itu mengandungi kata-kata kesat, selain tertera tulisan ancaman bunuh.
myMetro: 8 Mac 2012
1 ulasan:
Ini adalah antara sikap dan tindakan kasar dan ganas oleh pedatang asing khususnya dari Filipina. Mereka sudah berani malah lebih berani daripada penduduk tempatan. Sekolah-sekolah di sepanjang pantai timur Sabah memang dipenuhi oleh kebanjiran pendatang asing. Sukar untuk mengenali mereka kerana raut wajah,cara bercakap,warna kulit adalah sama. Hanya yang boleh membezakan antara warga asing dan tempatan ialah sikap dan penampilan. Bagi warga asing mereka tiada sopan santun dan bercakap kasar seoolah-olah mereka lebih besar,berkuasa dan lebih pintar daripada orang lain sementera penduduk tempatan terkenal dengan sikap toleransi.
Jadi, yang mengugut bunuh ini adalah kemungkinan pendatang asing yang telah mendapat kad pengenalan asli melalui pintu belakang (projek ic)
Catat Ulasan