Ahad, 11 Mac 2012

Segerakan pelarasan gaji baharu guru - Muhyiddin

KULAIJAYA 10 Mac - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) diminta melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin selaras dengan pembatalan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan Kementerian Pelajaran mengetahui mengenai kedudukan terperinci pelarasan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman Perdana Menteri itu disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dan kira-kira 480,000 warga pendidik yang merangkumi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan penjawat awam di negara ini.

"Pada masa ini, kita belum mengetahui tentang perincian perubahan pelarasan itu. Jadi, kita berharap pihak JPA dapat menyelesaikan ia dengan segera," katanya selepas merasmikan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita UMNO di Kem Bina Negara Gunung Pulai, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita UMNO Johor, Senator Datuk Sharifah Azizah Syed Zain.

Beliau berkata, biarpun SBPA tidak diteruskan, namun dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang baharu, kedudukan guru adalah lebih baik dan tawaran pada golongan pendidik adalah sesuatu yang diharapkan, malah hampir semua perkara diambil kira.

Justeru, Muhyiddin berharap dengan pelaksanaan pelarasan baharu itu, guru-guru akan lebih bersemangat dan memberikan tumpuan yang lebih baik untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan di seluruh negara.

Kelmarin Perdana Menteri mengumumkan pembatalan SBPA dan kembali kepada SSM yang ditambah baik dengan pelarasan gaji antara tujuh hingga 13 peratus kepada kira-kira 1.4 juta penjawat awam.

Utusan Malaysia Online: 11 Mac 2012

6 ulasan:

guru smk berkata...

cepat-cepat tapi berhati-hati jangan sampai seperti SBPA. Akibatnya memalukan dan merugikan perkhidmatan awam

Tanpa Nama berkata...

Beginilah kalau menteri tiada wibawa, janji penuh di mulut, tapi orang JPA tak pandangpun kamu sebagai menteri atau TPM. Malang sungguh. Janji hari guru 2011, semua pk akan naik dg48 mulai JAN 2012.. Dah hampir tp masih tak jalan. Kalau betul wibawa janji kamu pasti terus dikotakan. Kaum guru saban tahun nyanyikan senikata..apa yang kami janji, tetap tunai kami tunaikan..tp kamu janji tetap janji...hampeh,,,,

Tanpa Nama berkata...

KUO TAK TAHU KE KUO DAN CIKGU TU KENA TIPU,,,KAH, KAH, KAH,,,,,NAK KAO RASAKAN....

Tanpa Nama berkata...

Semua sudah beres, ucap selamat buat tpm..

Tanpa Nama berkata...

untunglah pada pk yang baru bbrapa bulan pgg jawatan naik 44 tetiba dapat 48, belum smpat panas kerusi dah dapat naik pgkt... yang kb2 lantikan 2007 apa cerita???

Tanpa Nama berkata...

Part time jual pasar malam @ bawak teksi..