Rabu, 21 Mac 2012

Guru menunggu gaji baru tidak kunjung tiba

TULISAN ini mewakili ramai lagi pengetua dan guru penolong kanan di sekolah menengah yang tertunggu-tunggu bila kerajaan akan mengotakan janjinya yang diumumkan semasa sambutan Hari Guru tahun lepas yang dibuat sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini, ia umpama menunggu durian yang tak gugur sedang sudah lama diumumkan.

Dalam ucapan sempena sambutan Hari Guru 2011 Peringkat Kebangsaan di Kuantan, Timbalan Perdana Menteri mengumumkan berita yang menggembirakan terutama kepada pengetua dan guru penolong kanan sekolah menengah. Mulai 1 Januri 2012, gred gaji mereka dinaikkan.

Gred gaji pengetua dinaikkan kepada DG 52 manakala gred gaji guru penolong kanan kepada DG 48. Berita sensasi itu menjadi tajuk berita utama yang dimuatkan hampir semua akhbar utama ketika itu.

Ekoran pengumuman itu, pengetua dan guru penolong kanan mulalah memasang anganangan bahawa mulai 1 Januari 2012, gred gaji mereka dinaikkan. Namun sehingga kini, sudah masuk bulan Mac, ia masih menjadi satu tanda tanya.

Mengapa arahan Muhyiddin mengambil masa lama untuk dilaksanakan? Apakah pihak bertanggungjawab itu gagal mengambil tindakan segera? Kini timbul pertanyaan, apakah pengumuman yang dilakukan sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri itu betul-betul akan dilaksanakan ataupun hanya satu pengumuman sahaja?

Utusan Malaysia Online: 21 Mac 2012

36 ulasan:

guru kanan siswazah berkata...

Kenaikan gred GPK dari DG44 ke DG48 adalah berdasrkan kekanan iaitu dikira dari tarikh perlantikan dalam jabatan di Gred DG44. Kalau terus lantik GPK yang ada sekrang, apa pula perasaan guru-guru yang hanya dilantik sebagai Ketua Bidang atau guru-guru senior yang telah dilantik ke gred hakiki/KUP time based DG44 pada tahun 2004,2005,2006,2007,dan 2008? untuk pengetahuan semua ada GPK di pedalaman Sabah dan Sarawak yang memegang GPK tapi tarikh lantikan mereka ialah pada 2009, 2010 dan 2011. Adilkah mereka ini terus dilantik ke gred DG48? Jangan kerana jawatan mereka sahaja maka kekanan perlantikan diabaikan.....

Tanpa Nama berkata...

ceh..memang tidak adil, saya dilantik ke Gred Dg44 tahun 2007 sampai sekrang hanya pegang Ketua Bidang sahaja. Tapi ada lagi kawan saya lebih teruk hanya pegang Guru Akademik Time Based sahaja...


Tidak adil .....

Tanpa Nama berkata...

Biasalah arahan ni perlu dijalankan oleh pihak PTD memang lah sangat slow daň lembab, kalau arahan kenaikan pangkat utk PTD mesti segera punya, contoh bayaran utk Primeir 36 dlm SBPA punya segera buat bayaran..perkhidmatan pendidikan selalu tidak mendapat pembelaan.
Ketua pengarah pula bukannya nak ambik tahu job life guru. Cuba nyatakan berapa puluh sistem talian online yang KPM mintak kita isi daň lengkapkan??..macam2 jenis pulak tu..
Sekarang ni kita kena hadir hari sabtu daň ahad ada program disekolah, sampai waktu bersama keluarga pun dah tak ada..

Tanpa Nama berkata...

Satu drp tana org munafiq ialah apabila berjanji. mereka MUNGKIR.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat mmg lembab.Segala bendapun semua PTD/JPA sapu. Sampai nak lantik guru PPLD yang sambung belajar ke DG41 pun JPA nak ubah kononnya "naik pangkat" walhal itu kerja SPP. SPP pula mentang-mentang bukan DG jadi bos tapi PTD jadi pak turut. Kesatuan Guru yang besar dan hebat pula macam lembu kena cucuk hidung macam menipu kita kaum guru...ikut jer. Sudah-sudahlah nak tipu kita... Tak guna transformasi kalau masalah asas gurupun tak boleh nak selesai..

Tanpa Nama berkata...

Salam.
Boleh percaya ker janji2 seorang ahli politik ni?. Jangan jadi spt tipah tertipu sudahlaa.

Tanpa Nama berkata...

Sabar,insyallah kalau ada rezeki adalah.

Tanpa Nama berkata...

PRU kita lakukan.PEMERINTAH PENIPU

Tanpa Nama berkata...

Asalkan anda semua guru...
Anda akan dapat hadiah paling berharga dari menteri pada setiap hari guru...
Nak naik pangkat...BOLEH!!!
Nak naik gaji...BOLEH!!!
Nak bonos 3 bulan...BOLEH!!!
Tak minta apa-apa pun dia bilang...BOLEH!!!
Kalau anda tanya apa pun menteri bilang BOLEH!!!
SEBAB DALAM HATI MENTERI??? Dia akan kata "boleh blah"...
Jadi hari guru 2012 ni, jangan lupa mintak itu ini dengan menteri...
Tapi aku juga seorang guru...
Namun aku tidak meminta-minta...
Kerna aku tahu sejak dari dulu lagi...
Semua menteri pelajaran...tidak pernah ada PELAJARAN???
Jadi, kita gunakan kudrat kita untuk memberi pelajaran dan pengajaran buat mereka
Katanya...masa terdekat...9.6.2012?????????????

Tanpa Nama berkata...

Salam semua,

"Kenaikan gred dari DG44 ke DG48"

Perlu apa kita pertikaikan, tunggulah,dan sabarlah, tak akan lari gunung dikejar..

Bukankah kita diberi sifir dalam SSM, tempoh bila kita dinaikkan gred yang seterusnya berdasarkan timebase.

Jawatan GPK adalah merupakan satu tawaran jawatan sahaja, dan jawatan tersebut diberi elaun khas. Tidak ada kaitan dengan perubahan Gred.

DG41 ada yang menyandang jawatan pengetua di kawasan-kawasan tertentu dan rela menerima tawaran tersebut. Tiada masalah.

Harap "Tidak adil.." banyak membaca dan banyak mengambil tahu. Saya DG44 timebase 2004 akan menerima kenaikan DG48 pada 2012 ini berdasarkan sifir SSM.

Harap sabar.

-GuruGPK

Jaja berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Selamat Maju dan Salam Hormat Rakan-rakan seperjuangan,

Mana-mana kerajaan pun akan berjanji, seperti seorang ibu berjanji pada anaknya. Adakah si ibu itu munafiq?

Bagaimana pula kita sebagai seorang guru yang menurunkan "Akur Janji" berkhidmat untuk anak bangsa tetapi melewatkan diri menghadiri kelas PMP, adakah kita digolongkan sebagai munafiq? Kalau begitu ramai yang munafiq.

Ingatlah kawan-kawan apa tugas kita sebenarnya. Lillahitaala..

Dari UluTembeling, pada satu ketika dahulu sungguh kecut perut jika diarahkan tempat bertugas.

Long Pasia, Sabah pun pada satu ketika dahulu seperti tempat untuk orang buangan bagi guru-guru.

-gurupencen

Tanpa Nama berkata...

Salam sejahtera,

Salahkan ibu mengandung?

Moyang aku seorang guru,
Datuk aku seorang guru,
Bapa aku seorang guru,
Aku seorang guru,
Isteri aku seorang guru,
Dalam keluarga aku ramai yang guru.
Kawan-kawan aku pun guru.
Anak kawan-kawan aku pun guru.

YaAllah,
Kalau aku tidak sukakan kerjaya sebagai guru, sudah lama aku berhenti dan berniaga di pasar malam dimana pendapatannya lebih lumayan daripada gaji seorang guru.
3 jam bekerja, keuntungannya RM250 SEHARI.

Say Farewell...

Tidak secubit pun untuk memalukan guru-guru yang benar-benar berjiwa guru. Kerana aku adalah guru kepada guru-guru.


"guru"

Tanpa Nama berkata...

"Jawatan GPK adalah merupakan satu tawaran jawatan sahaja, dan jawatan tersebut diberi elaun khas. Tidak ada kaitan dengan perubahan Gred. "
Satu ulasan yang menunjukkan kebodohan je... apakah pengetua, guru besar tiada elaun khas ini?.. mengapa mereka berubah gred?

Unknown berkata...

dapat tunggakan gaji. lhdn selamba je potong.. ada yang x potong dpt tunggakan penuh.. yg mana yang betul ni.

Tanpa Nama berkata...

Memang benci janji hari guru 2011 masih belum dipenuhi.tahun ni akan janji lagi, tapi aku dah tak percaya. Nampaknya menteri pelajaran perlu diberi ajaran..

Unknown berkata...

kenaikan pangkat hanya sandiwara. pdgn saya. apa yang dijanjikan oleh menteri @ PM @TPM boleh dikatakan janji sahaja, ingat kita guru berada dibawah JPA , selagi pekeliling x keluar , X akan berlaku pengesahan janji... kita banyak ditipu dan diberi gula-gula..guru amat besar pengaruhnya dalam komuniti sebab itu janji kepada guru penting... ahli politik amat perlu kepada sokongan guru. fikir-fikirlah..senioriti cukup penting untuk kenaikan pangkat tambah pula wajib lulus PTK...jangan kerana nak kejar gred gaji guru yang berpengalaman dipinggirkan, guru yg baru naik pangkat dg44 dapat kenaikn terus ke dg48 , betul ke pergerakan macam ni. dunia mungkin lepas...

dato' berkata...

LUPAKAN SEGALA JANJI SI ANU ITU PADA 2011 SEBAB SI ANU ITU AKAN BERJANJI PULAK PADA TAHUN 2012...APA YANG PENTING PASTIKAN SI ANU SI ANU INI TIDAK LAGI BOLEH BERJANJI APA-APA LEPAS PRU13...

Tanpa Nama berkata...

Woi3...denar semua cikgu!,,,
Selepas kelambatan dan kekalutan dan kegelisahan dan rungutan dan keberanagn guru2 diambil peduli maka semua penolong kanan dg44 dan pengetua dg48 akan menerima lantikan hakiki dg48/dg52 minggu depan. Jadi pakat2 sokong menteri pelajaran dan tpm yg prihatin. Jgn marah2 lagi...hidup tan sri muhyiddin

Tanpa Nama berkata...

Tanggal 14 Mei 2012 guru yang dapat kenaikan gred DG48 dan DG52 akan menghadiri taklimat kenaikan yang mereka dapat. Ya..betul kata Semua PK DG44 dinaikkan ke Gred DG48, tapi kenyataannya bukan semua, di Sabah PK DG44 pada tahun 2006 pun diabaikan....ada pula PK yang baru dinaikkan ke DG44 pada 2009 dapat pula, kekananan langsung tidak diambil kira, .. ketua bidang yang dilantik dari tahun 2004, 2005 dan 2006 dan pernah pula menjalankan tugas PK langsung dipinggirkan.. tak tau kami KPM seolah-olah memperbodohkan golongan guru yang dah menabur bakti kepada nusa....keadilan memang tak wujud langsung...tak pa lah ini kalilah taring guru-guru akan berfungsi habis-habisan....

Tanpa Nama berkata...

YANG DAPAT TU MEMANG REZEKI DIA LAH SEBAB DI BERI KEPADA PK SAJA BUKAN KETUA BIDANG TAK KIRALAH KANAN KE KIRI KE ITU REZEKI MASING MASING2

Tanpa Nama berkata...

betul bos,,, rezeki tuhan...hari ini rezeki orang ..esok rezeki kita... manalah kita tahu, bersabar. melalui pengamatan saya... jika kita ambik hak orang dijadikan hak kita. hidup tidak berkat , tiada rahmat. hati pun tak senang. tidur pun tak lena.. biarla bos.

Tanpa Nama berkata...

harap2 ada rezeki buat kami kb2... walaupun cuma kb kami juga memainkan perann mbantu mlancarkan pjalanan kurikulum sekolah.. dahla tak dapat elaun sbb sekolag gred b. ingat sekolah gred b tak payah buat keja ke mcm sekolah gred a???? knap mesti nak pilih bulu...

Tanpa Nama berkata...

Sabariah2...hari ni hari engkau,esok2 hari engaku pulak, hari aku entah lah pulak.....jadi selagi tiada orang nak menyewa bilik ni, en.kassim duduk lah sampai bila2 pun..

Tanpa Nama berkata...

Salam semua guru-guru yang lebih kepada politik pembangkang dan sentiasa kurang sabar dan bersyukur!!!

" Woi3...dengar semua cikgu!,,,
Selepas kelambatan dan kekalutan dan kegelisahan dan rungutan dan keberanagn guru2 diambil peduli maka semua penolong kanan dg44 dan pengetua dg48 akan menerima lantikan hakiki dg48/dg52 minggu depan. Jadi pakat2 sokong menteri pelajaran dan tpm yg prihatin. Jgn marah2 lagi...hidup tan sri muhyiddin
9 Mei 2012 5:02 PTG "

Dari petikan di atas kami sokong guru-guru yang benar berjiwa guru dan bukan "guru melepas batuk ditangga". PRU13 dijadikan sebagai ugutan. Apa daaa!!!

Memang betul anon 9 Mei 2012. Kita sokong kerajaan kerana kita berkhidmat untuk kerajaan. Kita jangan jadi sampah. Kalau tidak percaya lihatlah sampah-sampah menukar kereta baru. Memang sampah.

Tanpa Nama berkata...

"ada pula PK yang baru dinaikkan ke DG44 pada 2009 dapat pula"...

Aiii...kau mimpi ke atau kau tertidur dalam taklimat??? Atau kau tidak dijemput ke taklimat???

Mimpi disiang hari keeee!!!

Tak sabar keee???
Jangan jadi pembangkang tegar...melulu tak bertempat.

Tanpa Nama berkata...

salam sejahtera..

zekshark,
Kalau tanpa LHDN boleh berhijrah ke Brunei.

dato',
Kalau PRU13 dijadikan sebagai ugutan lupakan sahaja. Jangan jadi guru atau penjawat awam...jom berniaga kedai makan. Untungnya besar dan kadang-kadang terlepas dari cukai.

Very simple.

Tanpa Nama berkata...

Assallam guru2,,,
Esok hari guru, jd jgn pikir pasal dg2 ni, asal buleh gaji kira ok dah,,,,sabar macam aku ni, dah dapat JUSA A sejak setahun dah...

Tanpa Nama berkata...

ini tidak adillllllllllllllll... kekananan tidk diambil kira.. yang baru bbrapa bln pgg 44 dah dapat naik 48???? biar betullllllllllllllllll. kami ni dah 5thn gred hakiki sbb pgg jwtn kb.. ingat kb tak buat keja ke???

Tanpa Nama berkata...

anon-15 April 2012 10:12 PG,

"Satu ulasan yang menunjukkan kebodohan je... apakah pengetua, guru besar tiada elaun khas ini?.. mengapa mereka berubah gred? "

Ada juga kebodohan sesorang itu kalau tidak dapat mengira sebuah sekolah itu berapa orang pengetua/guru besarnya.

Jaja berkata...

Salam semua warga pendidik,

"Selamat Hari Guru"

Hehe kerja biar ikhlas.

Terima kasih pada guru-guru ku kalau tidak kerana anda semua.

-bekas murid
B.Elec. Eng.(Telecommunication)

Tanpa Nama berkata...

"Woi3...denar semua cikgu!,,,
Selepas kelambatan dan kekalutan dan kegelisahan dan rungutan dan keberanagn guru2 diambil peduli maka semua penolong kanan dg44 dan pengetua dg48 akan menerima lantikan hakiki dg48/dg52 minggu depan. Jadi pakat2 sokong menteri pelajaran dan tpm yg prihatin. Jgn marah2 lagi...hidup tan sri muhyiddin-Woi3...denar semua cikgu!,,,
Selepas kelambatan dan kekalutan dan kegelisahan dan rungutan dan keberanagn guru2 diambil peduli maka semua penolong kanan dg44 dan pengetua dg48 akan menerima lantikan hakiki dg48/dg52 minggu depan. Jadi pakat2 sokong menteri pelajaran dan tpm yg prihatin. Jgn marah2 lagi...hidup tan sri muhyiddin
-9 Mei 2012 5:02 PTG"

hehehe DG44 2009, dan jawatan GPK baru 2 tahun. Tak terpanggil pun. Nak buek camno... beringuih

PRIHATIN berkata...

Bersabar Allah itu maha adil. Biarkanlah mereka sibuk dgn dg 48. Mari kita fokus kpada mendidik anak2 kita pemimpin masa depan ganjaran di sisi Allah lebih utama.

PRIHATIN berkata...

Bersabar Allah itu maha adil. Biarkanlah mereka sibuk dgn dg 48. Mari kita fokus kpada mendidik anak2 kita pemimpin masa depan ganjaran di sisi Allah lebih utama.

PRIHATIN berkata...

Bersabar Allah itu maha adil. Biarkanlah mereka sibuk dgn dg 48. Mari kita fokus kpada mendidik anak2 kita pemimpin masa depan ganjaran di sisi Allah lebih utama.

Tanpa Nama berkata...

Assallam guru2,,,
Esok hari guru, jd jgn pikir pasal dg2 ni, asal buleh gaji kira ok dah,,,,sabar macam aku ni, dah dapat JUSA A sejak setahun dah...

14 Mei 2012 9:10 PTG
-----------------------------------
kahkahkah itu baru "JUSA A" , kami dah tabur "JASA A" berbelas tahun dah...tak heran DG-DG dah...

-nonstopcounting