Oleh Md Fuzi Abd Lateh
GURU pelatih wajar memanfaat penganjuran kegiatan kemasyarakatan bagi menambah pengalaman mengurus organisasi, sekali gus boleh digunakan apabila keluar mengajar kelak.
Sehubungan itu, pengalaman menganjurkan program kemasyarakatan dalam kelompok besar membuktikan mereka komited memimpin organisasi yang disertai.
Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Latifah Mahmood, berkata setelah menamatkan pengajian di institut pendidikan perguruan pelatih perlu menyesuaikan diri dengan masyarakat setempat.
"Usaha guru pelatih menganjurkan hari keluarga menguji kemampuan mereka mengelola dan menguruskan program secara berkesan.
"Pandangan segelintir masyarakat menganggap guru lesu ketika bersama masyarakat perlu ditangkis segera. Mereka perlu membuktikan fungsi guru sebagai ejen perubahan masyarakat tetap relevan," katanya ketika pada majlis sambutan Hari Keluarga dan Hari Terbuka, Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia (IPBMM), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Hadir sama Pengarah IPBMM, Soriah Abdullah dan Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar, Mohamed Ikhram Aziz.
Latifah, berkata kerjasama antara warga IPBMM dan guru pelatih perlu dikekalkan, sekali gus meningkatkan imej institusi terbabit, selain kecemerlangan pelajar.
Berita Harian Online: 28 Ogos 2008
Tiada ulasan:
Catat Ulasan