Selasa, 14 Oktober 2008

Cikgu mengandung minta kelonggaran cuti

SAYA mewakili guru wanita yang bertugas di Sabah dan Sarawak ingin memberi cadangan kepada Kementerian Pelajaran supaya memberi kelonggaran cuti kepada guru yang mengandung.

Guru mengandung yang tidak mempunyai saudara mara di sini memang akan pulang ke Semenanjung untuk bersalin. Namun, mengikut syarat dikeluarkan oleh syarikat penerbangan yang dikeluarkan oleh AirAsia Bhd, antara lain menolak permohonan membawa wanita hamil 35 minggu ke atas.

Berdasarkan syarat berkenaan, wanita akan bersalin perlu pulang iaitu enam minggu lebih awal. Ia bermakna kami perlu mengambil cuti enam bulan lebih awal.

Saya berharap pihak kementerian memberi perhatian dengan lebih terhadap kami guru wanita yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak .

FAIZ ISMA,
Kota Kinabalu.

Berita Harian Online: 14 Oktober 2008

Tiada ulasan: