Sabtu, 15 Ogos 2009

Timur: Guru, pelajar digalak pakai topeng muka

KOTA BHARU: Semua sekolah di Kelantan diarah menggalakkan pelajar dan guru memakai topeng muka selepas tujuh sekolah negeri itu terpaksa ditutup kerana ada pelajarnya dijangkiti Influenza A (H1N1).

Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd Ghazali Abd Rahman, berkata selain melaksanakan pemakaian topeng muka, pengurusan setiap sekolah juga diminta mengadakan solat hajat dalam usaha membendung wabak itu daripada terus merebak.

Beliau berkata, pihaknya tidak ada sebarang halangan jika Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di mana-mana sekolah negeri ini mengambil inisiatif menaja topeng muka untuk keperluan guru dan pelajar.

"JPN dijangka menerima peruntukan tambahan daripada Kementerian Pelajaran bagi membolehkan penyediaan kelengkapan topeng muka dan peralatan lain di sekolah sebagai usaha menangani penularan wabak H1N1.

"Setakat ini, kita sudah menerima peruntukan RM126,000 daripada kementerian untuk pembelian peralatan pengukur suhu badan dan kelengkapan mencuci tangan untuk kegunaan pelajar di seluruh negeri.

"Untuk menjayakan rancangan itu, kita bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan negeri bagi menangani penularan wabak H1N1 terutama di sekolah," katanya ketika ditemui pada majlis kesyukuran ekoran kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra yang memenangi tempat pertama Anugerah Seri Asrama Terbilang peringkat kebangsaan di sekolah itu, kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi PIBG SMK Ismail Petra, Datuk Rozali Isohak dan Pengetuanya, Mohamad Yaacob.

Mohd Ghazali berkata, setakat ini tujuh sekolah menengah negeri ini diarahkan tutup seminggu sejak Khamis dan Jumaat lalu selepas satu hingga tiga pelajar dikesan positif jangkitan wabak H1N1.

Katanya, tujuh sekolah itu terdiri Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Naim Libanat Kota Bharu, SMKA Wataniah dan SMK Machang di Machang; SMK Bachok, SMK Dato Perdana dan Sekolah Menengah Teknik, di Bachok dan SMK Kamil, Pasir Puteh.

"Pelajar yang tinggal di asrama yang disahkan terkena jangkitan H1N1 dikuarantin di sekolah masing-masing dengan pemantauan pegawai perubatan ekoran arahan Jabatan Kesihatan negeri.

Berita Harian Online: 15 Ogos 2009

1 ulasan:

Azreena Permata berkata...

Assalamualaikum Tuan,

Syarikat kami boleh menawarkan produk 3ply facemask dengan harga yang amat-amat kompetitif untuk pihak tuan. Buat masa ini kami mempunyai 2 jenis 3ply facemask iaitu:

1. Tie-on (diikat dibelakang)
- amat diminati oleh kaum hawa yang memakai tudung kerana senang diikat

2. Earloop (getah ditelinga)
- selalunya digunakan oleh kaum lelaki dan wanita tidak bertudung

Untuk makluman tuan, kami mempunyai stok sedia ada 12000 helai bagi tie-on dan 32000 helai bagi earloop. Setiap kotak mengandungi 40 helai dan harga pasaran kerajaan ialah antara RM20-25 bagi earloop dan Rm25-30 bagi tie-on. Untuk pihak tuan kami menawarkan harga RM12 sekotak/sepek bagi earloop dan RM 14 sekotak/sepek gagi tie-on. Terma pembayaran adalah tunai dan kami boleh dihubungi di talian 0162036654.

Sekian,


Izzuddin