Sabtu, 6 Ogos 2011

Sistem SAPS banyak masalah

2011/08/06
SAYA bersetuju dengan komen oleh ‘Norhisham Mohamad, Alor Setar’ mengenai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) seperti disiarkan dalam ruangan ini pada 30 Julai lalu, bertajuk ‘kewujudan SAPS bebankan guru’.

Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program ini susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.
Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar dari talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.

Kami baru diperkenalkan dengan sistem ini pada 25 Julai lalu. Sudahlah kami hanya diberikan modul saja tanpa diajarkan sistem ini sepenuhnya. Sistem ini hanya boleh dibuka bila tidak ramai orang dalam talian iaitu, biasanya selepas jam 3 pagi.

Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian 1, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar.

Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar. Sebenarnya sebelum menggunakan sistem SAPS yang diambil dari Perak, guru menggunakan sistem yang diambil dari Johor. Malangnya, apabila sistem baru diperkenalkan kami terpaksa melakukan pengisian markah sekali lagi. Ini sangat membebankan kerana terpaksa melakukan perkara yang sama berulang kali.

Yang peliknya semasa taklimat kami diberitahu bahawa semasa menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’.
Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai.

Sebenarnya banyak lagi kelemahan lain dalam sistem ini. Sepatutnya pihak Kementerian Pelajaran terlebih dulu memastikan sistem yang ingin digunakan mestilah mudah dicapai pada bila-bila masa, cekap dan mesra pengguna.

GURU TENSION,
Kajang, Selangor

Berita Harian Online: 6 Ogos 2011

24 ulasan:

Cikgu Sains berkata...

Takde ke sistem isi markah cara offline then upload bila dah complete. Masa menunggu tidaklah menghampakan. Jenuh tau jika isi markah satu murid then tunggu pastu hilang.

Tanpa Nama berkata...

YG tiba-tiba kalut sangat nak markah online tu nak buat apa.
kalau server tak mampu tampung, jgn buat dulu. Utamakan kelas peperiksaan dulu.
Itu pu tak boleh pikiaq..

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya KPM perlu buat kajian dengan sistem kemasukan markah dari negeri-negeri lain selain dari Perak. Sistem headcount yang digunakan itu dah ketinggalan zaman, Perak tiru Johor tiru Terengganu. Ada banyak inovasi yang telah dibuat tetapi tidak diambil berat oleh KPM. Jadi pegawai BPSH kat KPM tu sepatutnya turun padang tengok apa yang negeri-negeri dah buat.

Tanpa Nama berkata...

Ini perlu perhatian segera ...bila guru guru melakukan yg tidak produktiviti disebabkan kegagalan sistem.. Amat mendukacitakan ... Bila guru guru yg begitu patuh tetapi bukan cara memberi sistem yg tidak 'masak'.... Lakukan sesuatu..

guru lama berkata...

Bukan memudakan tambah menyusahkan

Tanpa Nama berkata...

Hairan bin ajaib
Mengapa KPM sanggup memperkenalkan sistem yang betul-betul mantap sekadar untuk menyusahkan guru-guru. Tidak cukupkah dengan beban kerja guru selama ini.
Kalau sistem masih 'bayi', baru belajar merangkak mengapa di tengking suruh berlari?????

Tanpa Nama berkata...

Bukan ke separuh sekolah ada ISIS (walaupun komersil tapi dah lama & stabil). Takde org terpikir ke untuk gunakan data dari ISIS je dan uploadkan data tu ke server...

simataempat berkata...

Assalamualaikum..mungkin pendapat kita berbeza, pd saya sistem SAPS sgt efisien berbanding sistem2 yang lain, mungkin kelemahannya adalah diisi secara online. Terdapat segelintir guru yang sukar untuk memasukkan data pelajar disekolah meskipun secara offline. Tindakan pihak KPM memperkenalkan SAPS sangat bagus bg memastikan guru-guru sentiasa bertanggungjawab dgn tugas yang dilaksanakan. Sebagai guru, kita perlu sentiasa bersedia menghadapi perubahan,bukan mudah untuk mewujudkan suatu sistem yang mana boleh memantau kemajuan guru dan murid dan khasnya sekolah secara online,mudah-mudahan kita diberikan Allah kesabaran dan jgn banyak merungut..laksanakan tugas yang diberi sebaiknya, di sekolah kita mengajar 5-7 masa sehari pukul rata 2-4 jam sehari sedangkan sektor kerajaan yang lain bertugas hampir 8 jam sehari..jadi bersyukurlah..sekadar perkongsian

KPLI 2005 berkata...

Astaghfirullahal azim..
Maknanya guru hanya bekerja 2-4 jam sehari? Selain drpd waktu mengajar, maknanya guru x kerjalah.Fitnah besar kpd warga guru dalam bulan Ramadhan ni....Ya Allah, sesungguhnya aku berpuasa.

Tanpa Nama berkata...

Yg yg cikgu2 merungut ialah masalah online lembab, tak boleh masuk dll. Bukan masalah kerja berapa jam. Isi markah tetap kena isi. Itu sebahagian tugas guru.

Tanpa Nama berkata...

mohon kerjasama saudara sekelian sekiranya ada sistem lain buat masa ini yang lebih efisyen, mantap sila kemukakan dan jangan hanya seronok di tempat sendiri. kita kongsi bersama. beri cadangan penambahbaikan di portal nkra. tq

Tanpa Nama berkata...

kita mengajar 5-7 masa sehari pukul rata 2-4 jam sehari...
Cikgu sekarang memang mengajar saja kah? Tak periksa buku, tak perlu extra class, tak perlu latih murid untuk pertandingan/sukan, tak perlu bawak murid pertandingan/sukantak perlu buat/update file, tak perlu relief class, tak perlu buat kertas-kertas kerja, tak perlu Kokurikulum, tak perlu jaga RMT, tak perlu kemaskini data murid, tak perlu kelas malam.
Sekolah mana tu? Syoknye.

Sistem pengisian markah ni perlu diperbaiki. Jika perlu stay back hingga pukul 5 pun, jika markah asyik hilang, no point jugak.

Tanpa Nama berkata...

Bagi saya yang sedang bercuti brsalin pun terpaksa buat di rumah.. Kasihan pada kawan-kawan yang terpaksa daftarkan..Nak mengharap pada mereka key in markah kelas, mereka pun masih banyak lagi terkial-kial...jadi ini berpantang depan laptop bukan mghadap bayi...tak berbaloi cuti bersalin 3 bulan yang kononnya blh dapat mgeratkan lagi kasih sayang ibu dan bayi..
.....sekadar luahan bukan cemuhan..

Tanpa Nama berkata...

Bagus sungguh pegawai ppd kota bharu dan kelantan..tuan-tuan tahu tak hari ni baru beri taklimat untuk pengisian markah SAPS ini..11.Ogos.2011..bayangkan bagaimana nak selesaikan pengisian markah ini dalam tempoh yg singkat..dah lah tu..kenapa lah tak erkenalkan sistem ni awal tahun lagi..entahlah KPM..ini mungkin menyebabkan guru menyokong pakatan pembangkang...kpM OH KPM..

Tanpa Nama berkata...

dah 2x key TOV dan ETR....tapi tak boleh save....SAPS sangat MEMBEBANKAN....MEMAMG LEMBAB...

Tanpa Nama berkata...

Masalahnya kita ke-in penat-penat ni...sapa yang nak tengok markah-markah nie. Ada hasil ka atau memburukkan keadaan lagi sebab guru-guru terbeban dengan kerja tambahan yang tak sepatutnya ini. Apa-apa hal pun yang di atas tu..tolonglah pikir sama kebajikan yang di bawah ni. Jangan syok sendiri saja

Tanpa Nama berkata...

kepada semua warga pendidik, kami sedang membina satu sistem yang di namakan SAPS manager.. InsyaAllah akan meyelesaikan masalah kita semua.. Ia akan di lancarkan tidak lama lagi..

bersama2 kita manfaatkan hasil idea ini..

mohd.firdahus@gmail.com
kepalamentol.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah,
buka kan hati pemimpin2 kami agar mengerti pengorbanaan seorang guru.
Manakah tahap profesionalisme guru kini...kalau dah semua dibuat sendiri...akhirnya dinilai pada buku mengajar itu juga....Ada guru yang bebanan nya ringan walau mengajar subjek teras...namun ada guru yang "on paper" waktu mengajar sedikit tetapi kerja2 teknikal, pengurusan, lebih masa langsung tidak dihargai.
Ada pula guru asalkan berbakat semuanya dia yang tanggung. Renung2 renungkan ...kalau begitu mana namanya guru itu hanya bekerja 2- 4 jam sehari...sedang guru bekerja 24jam sehari...
Sungguh hebat SAPS...mampu menjana analisis dan segalanya hanya dengan berbekalkan data yang di key in oleh para guru...hinggakan banyak masa dihabiskan kerna ingin kejar deadline yang tak pernah ending. akhirnya P&P dibuat cukup syarat tanpa kreativiti dan idea baru, hanya berpandukan teks sedia ada.
Murid silih berganti, tahapnya berbeza...ada murid yang bijak, cerdik, pandai, agak lemah dan tak ambil kisah...setiap hari senario ini guru terpaksa hadapinya. (mungkin tidak sama situasi setiap sekolah).
Apabila dalam sebulan ada pula murid kena buang? kena gantung? Ponteng? tdak hadir? pindah2 sekolah?
Manakah relevennya analisis ini jika dibandingkan dengan tahap pengetahuan yang sepatutnya diterima oleh murid untuk bekalan ilmu berbanding nombor2 markah yang kalau meningkat syukur tapi kalau jatuh..terpaksa la menjawab...yang disalh semestinya guru hingga murid2 naik lemak..
Akhir pada SAPS..kelihatan la analisis yang automatik dapat dilihat oleh peringkat atasan.
Guru pula bebanan sedia ada tidak terkurang ditambah pula dengan tugasannya tidak baru tetapi bebanannya bertambah. Bilakah agaknya dalam bidang perguruan wujudnya tugasan yang sewajarnya kalau guru PSS biarlah profesinalnya di PSS tanpa jawatan lain terbeban, kalau guru DATA sewajarnya menguruskan segala berkaitan data dalam sekolah, Kalau guru ICT sewajarnya biarlah di makmal komputer tumpuannya, guru aset demikian juga, Alhamdulilah SU peperiksaan rasanya kini sudah kurang sedikit bebanan denga adanya SAPS.

Tanpa Nama berkata...

Sy rasa sistem ni ada pro n cont, yang baiknye cikgu bleh masuk markah kat mane2 je as long as ada internet n pc. But, masa perlaksanaannye xsesuai, dgn sistem yang sangat slow dan bermasalah. sy ngajar 9kelas, 40 pelajar 1 kelas.. nak key in 1 1 tov,etr,ujian 1,pertengahan tahun & ujian 2 dalam masa yang sangat singkat..it's about time la, sy sgt xsetuju kalo kata cikgu ni keje 3-4jam je sehari..sekolah mane tu?sy pn nak pindah skolah tu gak.tekanan kerja cikgu skarang serius sampai ramai cikgu yang sakit jiwa..sy cadangkan,start slowly, jgn terlalu drastik sampai semua nak serentak..letakkan diri anda ditempat kami, ape yang anda rasa.. renung2kan..

Tanpa Nama berkata...

penyelesaian kepada masalah pengisian markah sapsonline..

kami telah membina satu aplikasi "mini SAPS Manager" yang akan memudahkan guru2 key in data secara bundle..

visit:http://edu1malaysia.blogspot.com
sama2 kita manfaatkan utk kebaikan bersama

khalid redza berkata...

sistem tak guna ni, memang menyusahkan, orang-orang kat kementerian kono je kata nak buat meja bulat nak berbincang nak kurangkan beban kerja guru supaya guru dapat menjadi lebih produktif untuk melahirkan anak bangsa, puii, sistem yang ada asyik tak stabil saja, asal simpan, error, keluar warning error, refresh, semua kerja yang dibuat hilang, berjam-jam duduk depan komputer macam dah tak ada benda lain nak dibuat, tak payah lah nak solat, nak makan atau nak bukak puasa, duduk menghadap komputer aje, nak isi SAPS secara online. orang-orang atasan kat kementerian tu, tau mencekik kat aje, kipas menteri dengan cadangan-cadangan yang kononnya boleh meningkatkan produktiviti. pegi jahanamlah, sistem tak mature lagi, sibuk nak laksanakan dengan perkataan WAJIB. kalau dah memang sistem ok, stabil, boleh lah guru dipersalahkan kalau tak mampu siapkan kerja. Bahasa Inggeris masuk, Seni masuk, Pendidikan Jasmani masuk, macam ni kata nak kurangkan beban guru? macam ni ke? ini bukan mengurangkan beban, menambahkan beban. percayalah, saya cakap macam ni, ada saja yang melenting nanti, tengoklah.

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa SAPS ni OK, cuma line internet kat Malaysia ni je yang masih LEMBAB ala-ala BERUK BENGONG.

Tanpa Nama berkata...

Guru Malaysia;

Benar tentang HAIRAN BIN AJAIB ni... saya key-in markah 164 murid (4 kelas ajar Sejarah T4) ambil masa 35 minit sahaja. Buat kerja dalam bilik guru. Ada wifi lagi. Ia bersamaan dengan sistem online yang digunapakai oleh sekolah saya. Sekolah kami sediakan Streamyx 1Gb. Kerani kata cuma bayar Rm110.00 saja sebulan. Ia juga sama dengan apa yang saya langgan di rumah. Di rumah tak sampai pun 30 minit waktu saya key-in markah untuk PPT. Jadi di mana masalah ni???

Tanpa Nama berkata...

cuba cikgu2 fikirkan dengan warasnya..waras tak kalau nak difikirkan sistem ini hanya boleh dipakai untuk 5 tahun sebab kssr nak ambil alih selepas ini...kssr punya sistem online pun masih pening nak difikirkan..lagi nak ditambah saps ini..dah 5 tahun tak pakai dah sistem nie