JOHOR BAHRU: “Ketika isteri yang tinggal di Sarawak keguguran pada 17 Januari lalu, saya sedih kerana tidak mampu membantu sebaliknya hanya mendoakan keselamatannya kerana tinggal berjauhan (di Johor),” kata pekerja hotel, Mohd Fauzi Borhan, 37, yang amat bimbangkan keadaan isterinya kerana sudah dua kali keguguran dalam tempoh tiga tahun, dipercayai akibat tekanan hidup.
Menurutnya, lebih mengecewakan apabila usaha isterinya, Lida, 32, yang bekerja sebagai guru Lepasan Ijazah J-Qaf di Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Sarawak, untuk bertukar ke Johor, tidak mendapat maklum balas positif sejak tiga tahun lalu.
Menurutnya, hasratnya membuat rayuan pertukaran isterinya itu menemui jalan buntu apabila tidak dibenarkan berbuat demikian oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di Kementerian Pelajaran Malaysia di Putrajaya.
Katanya, keluarganya dimaklumkan pengurusan di Putrajaya bahawa permohonan dikemukakan isterinya ditolak berikutan tidak menerima sokongan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
“Saya dan isteri tinggal berjauhan sejak enam tahun lalu dan isteri sudah membuat permohonan pertukaran tempat kerja sebanyak enam kali iaitu dua kali setahun (sejak tiga tahun lalu).
“Dua tahun lalu, dia keguguran kali pertama, tetapi kami bersyukur kerana dikurniakan anak lelaki pertengahan Mei lalu,” katanya.
Fauzi berkata, kini dia terpaksa berjauhan dengan isteri dan anak lelakinya berusia lapan bulan berikutan permohonan kali keenam pada November lalu ditolak tanpa alasan dan dia difahamkan keputusan itu muktamad.
“Apa yang kami minta ialah budi bicara, isteri sudah enam tahun berkhidmat di Sarawak, wajarlah dia berpindah balik ke sini. Saya risaukan keadaan isteri kerana doktor menasihatkannya banyak berehat, namun disebabkan tinggal berseorangan, dia perlu bekerja dan mengurus anak. “Saya harap kementerian prihatin dengan masalah kami dan membenarkan pertukarannya,” katanya.
myMetro: 28 Januari 2012
9 ulasan:
Sebagai salah seorang guru j-QAF, saya masih tidak faham mengapakah guru-guru j-QAF amat susah sekali untuk melepasi kouta perpindahan tidak kira walau di mana berkhidmat samada di Semenanjung atau di Sabah Sarawak...
Mengikut kontrak yang telah dipersetujui bahawa kami perlu berkhidmat selama 3 tahun selepas dari pengesahan dan layak memohon perpindahan selepas dari tempoh itu seperti guru-guru lain...
Sebahagian besar dari kami telah mengharungi perkawinan jarak jauh dalam untuk tempoh yang agak lama. Namun disebabkan tugas kami rela menerimanya dengan hati terbuka, menjalankan amanah yang diberi seikhlas mungkin, mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna...di masa yang sama menjadi ibu dan ayah kepada anak-anak
Setiap kali notis perpindahan dikeluarkan..kami juga dengan harapan yang tinggi mengisinya...sambil berdoa di dalam hati mudah-mudahan dapatlah berpindah...tanpa bantuan dari "cable" yang kuat kami pasrah apapun keputusan yang akan tertera diakhirnya nanti...
Apa "istimewa"nya kami...guru-guru yang baru "posting"...baru berkahwin...mudah saja mendapat keputusan berpindah...saban tahun melihat guru-guru berpindah...hanya Allah yang tahu apa di dalam hati...
Kalau betul guru j-QAF tidak mencukupi di sesebuah sekolah...mengapa guru-guru yang dipindahkan adakalanya memang kurang di sekolah tersebut...dan akhirnya kami-kami ini lah yang mendapat "relief" tetap guru-guru tersebut...
Bagi mereka yang mempunyai kenalan di pihak atasan sana boleh lah menggunakan mereka...namun apakah nasib bagi guru-guru yang hanya memohon pertukaran secara biasa-biasa..adilkah begitu..sudah lumrah kehidupan begitulah...
Luahan hati kami ini siapa lah yang mahu mendengar...doa dan tawakal itulah senjata yang menyebabkan kami masih mampu mengharungi..TAPI!!!!sampai bila????
bukan sahaja guru J-QAF yang susah untk berpindah..saya guru biasa di JB juga mengalami masalah yang sama..sudah 3 kai permohonan pertukaran ke negeri perak di tolak..masalah perkahwinan jarak jauh memang menjadi alasan utama utk pindah..akibat tidak dapat berpindah sy kini berdepan dengan masalah rumahtangga..di tambah lagi dengan maslah berjauhan dengan anak yang berusia 6 bulan kini tinggal bersama emak saya di Gerik,perak..hati ibu mana yg tidak sayu bila mengenangkan anaknya yang jauh..KPM..PPD DAN JPN..tolonglah prihatin..mahukan kalian bertanggungjawab atas masalah keruntuhan institusi kelkeluargaan di kalangan guru-guru..rayuan demi rayuan tidak pernah di layan..yang dihamburkan oleh pegawai di putrajaya.."saya faham cikgu..saya faham cikgu..bersabarlah..cuba lagi pada permohonan yang akan datang..saya tak boleh buat apa"...sedih betul ngn nasib institusi kekeluargaan di kalangan guru2..
harap JPn & KPM ambil perhatian permohonan suami / isteri yang berjauhan untuk satu tempoh masa yang lama.ia sememangnya membuatkan pelbagai masalah yang timbul, kemurungan, kebosanan, mslah kewangan ,kerengangan hubungan suami isteri dan sebagainya...susah sgt ker nak luluskan permohonan pertukaran , jawapan diberi sekolah penuh,opsyean tak kena dgn kekeurangan yg ada...emmmmm Tuhan sahaja yg tahu derita seorang ibu terpaksa berpisah dengan suami dan anak sekecil 10 bulan
Saya merupakan seorang guru sekolah menengah di Sarawan kategori P3. Sebut shj P3, apa yang terlintas di benak para pendidik ialah tiada bekalan elektrik melainkan hanya generator, tiada bekalan air bersih melainkan air yang dipam dari sungai tanpa di rawat dan jalan balak yang terpaksa dilalui untuk ke bandar yang terdekat yang mengambil masa 5-6jam untuk sampai yang hanya boleh dilalui oleh Hilux.
Bulan 6 baru-baru ini sy telah membuat ujian kehamilan dan hasilnya positif. Tanggal 1 Ogos 2012, pada pukul 4.10 pagi semasa bersahur, saya dapati saya telah bleeding.Dalam keadaan yang jauh dari suami dan keluarga, saya tidak mampu melakukan apa-apa dan hanya menunggu klinik kesihatan dibuka pada pukul 8.00 pagi. Untuk ke klinik, saya perlu meminta bantuan guru lain untuk menghantar dengan menggunakan kereta pacuan 4 roda dan melalui jalan balak untuk ke klinik yang berada di seberang kampung.
Sesampainya di klinik, tidak ada apa-apa rawatan yang di berikan kerana kelengkapan yang serba kekurangan. Pihak klinik terpaksa memanggil helikopter untuk menghantar saya ke hospital memandangkan perjalanan darat mengambil masa 5-6 jam dan dikhuatiri memudaratkan lagi keadaan.
Hampir 4 jam, saya terpaksa menunggu helikopter tiba. Malah, saya diberitahu, helikopter itu akan singgah di tempat lain lagi bagi mengambil pesakit lain. Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 45 minit menjadi 1 jam lebih. Dalam keadaan saya yang lemah dan ketakutan, terpaksa saya harunginya seorang diri.
Hampir 9 jam terpaksa saya tunggu dan harungi untuk mendapatkan rawatan di hospital iaitu dari pukul 4.10 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari. Apabila tiba di hospital, saya telah dimasukkan ke wad kecemasan. Saya telah dimaklumkan oleh doktor bahawa jantung bayi saya sudah tidak berdenyut lagi.
Sejak saya mengetahui saya hamil, saya tidak pernah ke mana-mana klinik mahupun hospital di Bandar untuk scan bagi memastikan kandungan saya tidak mempunyai apa-apa masalah. Keadaan tempat saya yang jauh dari Bandar amat menyukarkan. Keadaan perjalanan yang terhentak-hentak dan jalan yang seperti ‘roller coster” membuatkan saya risau tentang kandungan saya sekiranya saya ke bandar.Malah, emosi saya semasa hamil juga tidak stabil berikutan jauh dari suami dan keluarga. Saya dan kawan-kawan serumah juga masing-masing tiada pengalaman sedikit sebanyak memberi tekanan kepada saya. Saya dan suami redha dengan segala ketentuanNya. Namun demikian, sekiranya proses kehamilan ini mendapat rawatan terperinci di klinik dan hospital yang mempunyai segala kelengkapan yang sempurna mungkin masih dapat dikesan lebih awal lagi sekiranya ada masalah. Dan berkemungkinan juga masa yang sangat lama untuk memdapatkan rawatan di hospital dengan terpaksa menunggu hampir 9 jam semata-mata untuk sampai ke hospital menyebabkan kandungan saya tidak dapat diselamatkan lagi.
Wahai pihak KPM, sudah hampir 3 tahun sy menggalas tgjwb dan amanah yang diberikan. Apa yang saya mahukan ialah secebis perhatian daripada pihak anda untuk golongan-golongan seperti kami. Bukan sahaja nyawa sendiri dipertaruhkan malah turut meragut nyawa kandungan saya. Bagaimana harus sy lalui dugaan ini.
Hi, this is random, but where did you get the html template for the website? Thanks.
RIDE BITCOIN WAVE AND EARN $ 13,000 PER DAY
What is Millionaire Detector Software?
System "MD" is a revolutionary, incredibly profitable trading program developed by the world's leading financial traders. Through phased adjustments by specialists, it turned into a unique tool - the first program in the trading world that REALLY did not open a single losing trade!
Big! How do I get the program?
Everything is very simple. Fill out the registration form on this page, while we still have free spaces, a personal account will be created for you and you can start making money right away.
Start earning - http://gary.biorobot.xyz
[url=https://misternews.ru/hotel-facility-vingcard-how-to-install-locklink/].: HOTEL FACILITY :: VingCard :: How To Install LockLink[/url]
передача сайтов – это без усилий!
Готовые тарифы
Все цены указаны всегда сайте – не надо ждать обсчета. Цена не меняется из-за конкуренции, количества ключевых слов в свой черед т.п. Кроме того, в каждый пакет дотоле заложена скидка до 56% – потому что «оптом дешевле».
Без мук выбора
Вам не придется выбирать «передача по трафику, позициям или из-за лид». Работаем по западной модели ценообразования – оплата из-за конкретные работы. Результаты получаются одинаковые, а бешеные накрутки из-за гарантию отсутствуют.
Разовая оплата
Большинство наших тарифов, даже по продвижению сайтов, с разовой оплатой. Делаем трехмесячный пул работ в угоду 20 дней – обычно этого бывает ублаготвореннно, чтобы чрез 3 месяца сайт попал в ТОП.
https:///torgovaya.xyz/seo Только создали сайт? Позаботьтесь о продвижении
[url=https://www.blogger.com/comment.g?blogID=637603317585526953&postID=8059406092888516663&page=1&token=1620362796446&isPopup=true&bpli=1]SERM: Управление репутацией компании[/url] 98e63ee
Catat Ulasan