Selasa, 14 September 2010

Cuepacs Mahu Penjawat Awam Dibenar Berkhidmat Sehingga Usia 60 Tahun

Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Kerajaan diminta menaikkan umur persaraan daripada 58 kepada 60 tahun bagi 1.2 juta penjawat awam di Malaysia supaya seragam dengan amalan negara lain di rantau ini.

Presidennya, Omar Osman berkata sehingga kini, Malaysia masih ketinggalan di belakang negara jiran yang mempunyai umur persaraan antara 60 dan 62 tahun.

Beliau berkata sehubungan itu, Cuepacs berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan meluluskan cadangan itu dan mengumumkannya ketika pembentangan Bajet 2011 bulan depan.

"Kami telah meminta supaya umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun sejak beberapa tahun lepas, dan pada 2006, kami menyerahkan satu memorandum berhubung perkara itu, namun kerajaan hanya bersetuju menaikkannya sehingga 58 tahun.

"Justeru, kami harap kerajaan boleh mempertimbangkannya kerana ia satu opsyen dan bukan wajib, seperti juga apabila umur persaraan dinaikkan daripada 56 kepada 58 tahun, ia satu opsyen, bukannya automatik," katanya kepada Bernama dalam satu temubual.

Kerajaan juga, katanya, perlu memastikan bahawa umur persaraan di Malaysia seragam dengan apa yang diamalkan di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand dan Indonesia.

Umur persaraan bagi Thailand, Brunei dan Indonesia ialah 60 tahun, manakala di Singapura 62 tahun.

Kali terakhir isu mengenai umur persaraan dibangkitkan di negara ini ialah pada 2008, iaitu sebelum ia dinaikkan kepada 58 tahun.

Omar berkata, baru-baru ini, pemain industri perbankan tempatan telah bersetuju menaikkan umur persaraan pekerjanya dan ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia masih mampu menyumbang kepada ekonomi negara meskipun umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun.

"Graduan baru atau mereka yang masih mempunyai tahun perkhidmatan yang panjang sebagai penjawat awam tidak perlu bimbang. Kita perlu bersikap terbuka kerana ia satu opsyen dan bukannya wajib," katanya.

Beliau berkata ini kerana kepakaran serta pengalaman penjawat awam masih diperlukan, dan dengan menaikkan umur persaraan, ia mampu memberi pilihan kepada mereka yang berpengalaman untuk terus berkhidmat kepada negara.

"Kami tidak pasti jika kerajaan akan menerima cadangan ini, namun kami berharap ia akan dipertimbang dan diputuskan secepat mungkin," katanya.

BERNAMA: 14 September 2010

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

60 thn..larat ke cikgu nak panjat tangga...sekolah mana ada lif macm pejabat kerajaan lain...

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju umur 60 tahun kalau kenaikan pangkat dan jawatan hakiki di sekolah dan jabatan serta kementerian adalah berdasarkan kekanan seseorang..tidak berdasarkan kawan,kumpulan kaum dan agama
Apa yang berlaku sekarang ialah sama ada di sekolah,ppd,jpn dan kementerian semua jawatan utama seperti pengarah, setiausaha, pegawai dan pengetua dimenopoli oleh satu bangsa sahaja.

Bukan tidak ada orang yang lebih kanan tetapi kawan-kawan yang dikenali yang selalu tunjuk muka, kuat mengampu melambung tinggi pengetua,pegawai,pengarah negeri,pengarah jabatan dan kementerian yang selalu diberi perhatian.Manakala pegawai-pegawai yang menunjukkan perkhidmatan cemerlang sama ada di sekolah dan ppd diperap sehingga pencen.

sepatutnya orang yang cemerlang di sekolah yang diletakkan di ppd,jpn,dan kementerian supaya perancangan pendidikan berjalan dengan lebih jelas, lancar dan berfokus.

Walau bagaimana pun bukan semua pegawai begitu. ada yang memang patut berada disana kerana memang mereka cemerlang. jadi, bila naik pangkat orang yang mengenalinya merasa hairan macam mana orang seperti ini cepat naik pangkat sedangkan ketika di sekolah banyaqk masalah yang tidak dapat diselesaikan...

Jadi, kesimpulannya umur 60 tahun bekerja sangat bagus bagi orang yang benar-benar bekerja tetapi tidak baik bagi orang yang malas dan hanya pandai mengampu apa lagi kalau ada campurtangan politik kerana orang lain yang lebih layak lambat dapat peluang menduduki jawatan tertinggi di KPM...

IlyTrolak berkata...

Setuju dengan cadangan tetapi perlu adakan pemeriksaan kesihatan dan komitmen bagi setiap kakitangan yang ingin meneruskan perkhidmatan, agar hanya kakitangan yang berkemampuan dari segi kesihatan dan komitmen yang tinggi sahaja yang dibenarkan menyambung tugas

Tanpa Nama berkata...

Apa lagi mahu 60 tahun. Sudah berumur tu buatlah amal banyak2.Bagi peluang orang lain pula naik pangkat.Orang lain pun ada juga kebolehan.
Kalau asyik harap orang tua sahaja sampai bila ada perubahan.


Walau bagaimana pun kalau yang betul-betul terserlah bakat dan kemampuan tu apa salah sebagai contoh Puan Mary ( pengetua cemerlang Jusa C ).Macam puan tu 65 tahun pun boleh.
Tapi kalau yang biasa-biasa je tu bikin apa....

Sooriamurthy Thanabalan berkata...

biarlah kekosongan pengetua dan di ppd/jpn diisi oleh org India sahaja, kerana org India terkenal dengan kerja kuat dan cakap kurang, hasil pun amat tinggi. Malahan mana2 sepatutnya KSU KPM juga perlu diambil dari org India, agar kebajikan kami terbela. satu peraturan yang menetapkan nisbah guru India kepada bukan India juga haruslah 50%-50%. Ini penting untuk keadilan sosial. SJKT juga harus dibuka besar-besaran dan gurunya diberi elaun lebih

ikhlas: Guru Pulau Pinang

Tanpa Nama berkata...

60 tahun. Lihat syarat betul-betul. Akan ada keluar Pekeliling Perkhidmatan yang baru nanti yang memerangkap kita. Lihat yang lepas utk 58 tahun. Itulah namanya kebajikan pekerja dijaga. Bagus tu. Si bodoh jadi makanan Si Cerdik. Fikir-fikirkan lah ...

Tanpa Nama berkata...

tak payalah cakap orang saya kerja bagus, cakap kurang, kerja lebih atau apa-apalah.

Bukan soal orang ini lebih bagus atau orang ini tidak bagus. Pokoknya siapa sahaja yang layak patut diberikan kedudukan yang setimpal dengan kemampuannya berdasarkan prestasi kerja,ketelusan,keadilan dan kecekapan.


Memang hari ini nampak jelas ada kelonggaran yang sangat ketara terhadap sesuatu kaum dari segi kedudukan di jabatan pelajaran dan kementerian pelajaran.

Bukan orang lain tidak bagus tetapi umpama dua orang itu melalui jalan yang berbeza walau pun destinasinya sama

1. seorang tu ditentukan berjalan dilaluan yang bebatu,berbukit dan berlumpur

2. seorang lagi disuruh ikut jalan berturap, berbukit tetapi tidak berlumpur.

JADI YANG MANA DULU SAMPAI KE DESTINASI???????????LU PIKIR LAH SENDIRI

Tanpa Nama berkata...

Tidak payahlah lanjutkan umur ke 60tahun.

Sampai kiamat pun orang lain tidak akan duduk kerusi Pengarah Pelajaran Negeri

Kedudukan itu sudah dikhaskan untuk seseorang.....

Kalau ada bukti cuba tunjukkan siapa...nama pengarah tersebut...

Tanpa Nama berkata...

ya..betul masa british, tahun 60an adalah orang lain jadi pengarah tapi selepas itu ....mereka-mereka sahaja le..

tak pe itu diorang punya le kac makanlah jangan sahaja kita dihalang itu dan ini

Kita bangsa yang merdeka bukan bangsa yang terjajah

Hurry Sabah Selamat Hari Malaysia ke 47 tahun

Ya satu penerangan fakta sejarah
BAHAWASANYA SABAH DAN SARAWAK BARU MERDEKA 47 TAHUN LALU BUKAN 53 TAHUN YANG LALU...

MANA-MANA ORANG POLITIK SABAH YANG MENGATAKAN 'KITA SUDAH MERDEKA 53 TAHUN YANG LALU'''itu merupakan kesalahan fakta sejarah yang tidak boleh dimaafkan