Khamis, 23 September 2010

CUEPACS mohon 2 bulan bonus untuk kakitangan awam

SEREMBAN 22 Sept. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam tahun ini.

Presidennya, Omar Osman berkata, pihaknya berharap peruntukan itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2011 pada Oktober ini.

Beliau memberitahu, pihaknya sudah membuat permohonan rasmi kepada kerajaan dengan menghantar surat pertimbangan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lalu.

Tambahnya, dengan keadaan ekonomi yang lebih baik sekarang, jika tidak boleh diberikan bonus dua bulan gaji, CUEPACS berharap kerajaan mempertimbangkan pemberian sekurang-kurangnya sebulan gaji.

"Penjawat awam tulang belakang kerajaan. Saya harap tiada pihak yang mempertikaikan tuntutan pemberian bonus kepada penjawat awam. Jika tidak CUEPACS memperjuangkannya, siapa lagi?

"Jadi kita berharap kerajaan sedia mempertimbangkan permohonan ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hari raya anjuran Persatuan Keluarga Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Malaysia di sini hari ini.

Kata Omar, pemberian bonus itu mampu menyuntik semangat selain meringankan beban tanggungan 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara.

"Apatah lagi sehingga kini sudah dua tahun kakitangan awam tidak menerima bonus.

"Pemberian saguhati hari raya baru-baru ini pula bukan diterima semua penjawat awam seperti pegawai-pegawai atasan," katanya.

Dalam perkembangan lain, kata Omar, pihaknya turut berharap kerajaan menyegerakan tuntutan Kemas agar semua 14,500 kakitangan kontraknya diserapkan ke jawatan tetap selewat-lewatnya tahun depan.

"Kalau diikutkan, berbanding kakitangan awam dari segi kemudahan, kakitangan Kemas sudah jauh ketinggalan dari segi jaminan masa depan termasuk pencen, jaminan perubatan dan sebagainya.

"Jadi kita berharap dalam pembentangan bajet Oktober ini, perkara ini juga dapat dimasukkan agar semua kakitangan Kemas ini diserapkan kepada jawatan tetap," katanya.

Tambah Omar, tuntutan tersebut sudah lama berlarutan namun sehingga kini status kakitangan Kemas ini belum diputuskan.

"CUEPACS juga sudah menyerahkan satu memorandum khas kepada Perdana Menteri beberapa bulan lepas berhubung perkara ini.

"Kita bukan mendesak tetapi berharap kerajaan menyegerakan sebab hari ini kakitangan Kemas berasa gusar dan tidak tenang kerana kebajikan mereka masih terabai," katanya.

Utusan Malaysia Online: 23 September 2010

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya tidak perlu bonus, saya perlu perubahan tanggagaji guru-guru ExPPPLD/DG41 yang dilangkau oleh guru-guru PPPLD DGA32/DGA34....pada 01.07.2007

Perkara ini ...BETUL-BETUL KURANG PEMBELAAN..OLEH PIHAK YANG BERWAJIB

ADA TINDAKAN TETAPI TIDAK MEMENUHI HASRAT DI ATAS...

Tanpa Nama berkata...

belanjawan 2011 dapat 5oo je.. jgn mimpilah nk 2 bulan bonus. xkan dapat merasalah nk bonus banyak2. tahun lps pon 500, tahun ni pon 500 jgk,. dgr kata ekonomi negara stabil,tapi bonus xnaik2 jgk. jg la hati kami ni kakitangan kerajaan, bukannya bnyak pun kami mintak. xdapat bg 2 bulan gaji sebulan gaji pun jadilah. ni tidak xhabis2 dengan 500. bukan xbsyukur...syukur sgt2..tapi kami pon nak merasa jgk dapat bonus mcm tahun2 sudah...mcm tahun2 sms pemerintahan tun M. jeles la dengan bonus kakitangan bank..kami pon kerja,dia pon kerja..tp bonus diaorg bkan main byk, kami alahai 500 je..em,nasibla badan... xleh nak tinggi angan2 la lps ni tiap kali belanjawan..sbb xkan dapat punya.

Tanpa Nama berkata...

hangpa pekakkkk .. lain kali undi laaa keraaaaa jaaann BN !!!

tarak_baca berkata...

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion - Berita Harian 8/8/2011

Haloooooo!!! 2 billion is nothing compare to your wife's 24 billion diamond ring. So, should we be thankful for getting what is ours?