Selasa, 21 September 2010

Permohonan guru diperap

2010/09/21

SETIAP tahun, guru di negara ini menyambut Hari Guru dengan pelbagai tema bagi menaikkan martabat perguruan dan memberikan semangat waja ke dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang untuk pembangunan negara.

Tiap kali sambutan, guru diumumkan pelbagai janji, namun semuanya indah khabar daripada rupa. Apa yang saya ingin ketengahkan ialah pemilihan guru cemerlang. Saban tahun ada kuota diperuntukkan Kementerian Pelajaran. Guru yang ingin kenaikan pangkat melalui saluran guru cemerlang bertungkus-lumus menyediakan bahan pemantau dalam masa tiga tahun.
Tiba masa pemantauan oleh nazir, kami menelan saja kata mereka sama ada manis atau pahit. Tidak seperti tahun sebelumnya, ada yang menerima lantikan penyandang tanpa pemantauan nazir.

Selepas enam bulan, tiada surat diterima. Kami merujuk nazir, permohonan guru disokong dan bahagian sumber, katanya dalam proses oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

Kesimpulannya, surat itu masih berlegar di Putrajaya. Di manakah status permohonan guru cemerlang? Sama ada diperap atau ditongsampahkan, hanya mereka yang mengetahui.

GURU KECEWA,
Perak

Berita Harian Online: 21 September 2010

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kot ye pun sabar la... tunggu depa proses dulu. aku rasa dah diberi tahu 9 bulan tempohnya.

lagi satu aku rasa, tak yah diungkitkan lagi pasai GC yang dapat tanpa dapantau nazir. mereka nie kawan kawan kita juga. aku ingat mereka nie pun tak jangka sedemikian.

Aku rasa kalau diungkit akan menyinggung perasaan mereka.

Tanpa Nama berkata...

Semua guru nak Pangkat tapi kerja yang dilaksanakan tidak berbalui dan tidak memenuhi kehendak/status sebagai Guru Cemerlang, kadang-kadang sekolah yang mereka mengajar prestasi pelajaran murid lebih teruk dari sekolah yang tiada Guru Cemerlang. Apa komen anda.