2010/09/09
SAYA mewakili rakan guru gred DGA29 yang ditawarkan Gred DGA32 Guru Cemerlang pada 16 Julai 2008. Apa yang ingin kami luahkan adalah kekesalan kami terutama kepada Bahagian Sumber Manusia (Unit Naik Pangkat) Kementerian Pelajaran kerana sehingga ini kami masih lagi menanti surat untuk pengesahan kenaikan pangkat itu.Setiap kali panggilan dibuat, jawapan yang diterima ialah mesyuarat ditangguhkan, pegawai berpindah, sedang menunggu pegawai baru dan pelbagai alasan lain.
Sehinggakan dalam tempoh sebulan menjangkau empat kali mesyuarat ditangguhkan. Sedangkan pengesahan untuk jawatan kami sudah berlarutan hampir tiga tahun. Di manakah jalan penyelesaiannya?
Ada antara sahabat kami yang menerima jawatan GC DG44 sudah pun disahkan jawatan mereka. Sedangkan tarikh lantikan mereka sama dengan tarikh lantikan GC DG32. Kami rasakan ini tidak adil bagi GC32 yang tidak menerima pengesahan jawatan sehingga sekarang.
Untuk makluman semua pihak, kelewatan kami mendapat pengesahan ini menjejaskan beberapa urusan yang membabitkan beberapa kepentingan individu. Antaranya, kami yang menamatkan pengajian pada peringkat ijazah pertama terpaksa menangguh dulu temu duga pelantikan kerana menunggu surat pengesahan perlantikan itu.
Sedangkan ada antara kami sudah lama tamat pengajian peringkat ijazah pertama. Ini memberi kesan kepada kami dari segi tarikh pelantikan gred DG41. Andainya kami menerima Gred 41, maka kami terpaksa memulangkan kembali elaun memangku yang diterima sejak Julai 2008.
Guru yang tidak mendapat tawaran Guru Cemerlang sudah menerima time-based DG32 berbanding kami yang masih menunggu surat pengesahan. Sedangkan jika kami tidak menunggu surat pengesahan Guru Cemerlang, kami juga sudah menerima time-based DG32.
Status kami untuk mengambil ujian PTK masih samar. Andaikan seorang guru yang mencapai tangga gaji P3 gred 29 dan pada masa sama memangku jawatan Guru Cemerlang DG32. Guru ini tidak layak mengambil peperiksaan PTK bagi gred 32 kerana belum disahkan jawatan DG32.
Ini menyebabkan kami rugi beberapa tahun kerana tidak menduduki ujian PTK.
GC JOHORIAN,
BSJ, Jempol, Negeri Sembilan
Berita Harian Online: 9 September 2010
7 ulasan:
Kasihan kau guru....
Jadi, siapa salah...????
"Bahagian Kenaikan Pangkat" kena jawab ni. Memang benar juga, ada di kalangan guru ini yang mengambil inisiatif sendiri untuk mencapai ke gred jawatan yang lebih tinggi dengan menjawat sebagai "Guru Cemerlang". Jika menanti untuk KUP atau kenaikan pangkat melalui jawatan memang sukar dan kena tunggu sehingga 10 tahun perkhidmatan.
Bukan itu masalahnya. Masalahnya seruan dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, menghendaki agar bilangan guru cemerlang diisi sepenuhnya. Tapi kalau dah begini ragamnya berkemungkinan besar guru-guru tidak mahu memohon sebagai guru cemerlang. Lebih baik tunggu KUP.
Seperkara lagi, KPM menggalakkan guru-guru bukan siswazah ini menyambung pembelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu ijazah atau sarjana muda. Kelewatan surat pengesahan jawatan tersebut juga akan memberi kesan kepada kenaikan gred ke skim berijazah.
Masalah, masalah... Saya simpati atas apa yang menimpa GC Johorian.
Kepada semua rakan guru yang menanti lama tak dapat surat pengesahan jawatan...SABARLAH..UNIT NAIK PANGKAT DI BAHAGIAN SUMBER MANUSIA MENGURUS BERIBU-RIBU SENARAI PEGAWAI YANG AKAN DINAIKKAN PANGKAT..SEDANGKAN PEKERJA MEREKA HANYA BEBERAPA SAHAJA..SABAAAAAAR..
Bukan perkara itu sahaja yang menjadi masalah di Unit Naik Pangkat banyak lagi.Contohnya
1. Mereka boleh menahan kenaikan pangkat seseorang guru jika didapati prestasi tidak memuaskan
2. Mereka boleh 'blok Jawatan Hakiki' spt Penolong Kanan Sekolah kepada guru yang menjawat jawatan tersebut walau pun belum sampai 10 tahun perkhidmatan mereka.Jadi, jawatan itu kekal sehingga guru itu layak DG44 walaupun di sekolah itu ada guru lama 20tahun mengajar dan DG44 tetapi tidak pegang jawatan tersebut.
Jadi, kalau tuan-tuan tidak baik dengan pengetua/Guru Besar sekolah jangan harap lah surat keluar cepat kerana pengetua juga boleh membuat Laporan Sulit tentan prestasi tuan di sekolah
Hello GC ;
Sebenarnya, untuk jawatan GC, memang tidak ada PENGESAHAN JAWATAN seperti gred hakiki. Tarikh pengesahan lantikan adalah tarikh pengesahan jawatan GC. Bagi GC yang telah menerima surat pengesahan pelantikan, mereka adalah layak untuk menduduki PTK dan boleh memohon pelantikan ke Gred DG 41 sekiranya sudah memiliki ijazah yang diiktiraf.
TQ.
saya pun dpt DGA32 (KUP)GC pd 16 Julai 2008.Sy da dpt srt pengesahan pd 28 Sept 2009.Kuatkuasa lantikan pd 16 Jan 2009. Tapi mslh skrg...sy dikehendaki membayar semula elaun memangku yg telah diterima dari 16 Julai 2008 tersebut. (Kata kerani mengikut pekeliling perkhidmatan bil 9/2008)JPA(S)NP 134/1/KLT.17(23)...sekarang ni pening kepala pulak bagaimana nak cari duit bayar semula beribu-ribu tu... baik tak payah bagi elaun memangku kalau begitu caranya...ada sesiapa yg boleh confermkan mslh ini? sebab sy tanya pd kekawan di sekolah lain, tak ada pula arahan sebegitu..
apa apa ker korang nie .... Apa- apapun terimalah hakikat... dan kita mesti redha kerna itu kurniaan Illahi....cabrand,dugaan dan nikmat ade hikmahnya.................
pihak yang berkenaan perlu menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan gc yang telah lama dilantik sebelum mengambil gc yang baru....
Catat Ulasan