Khamis, 30 September 2010

Guru sandaran lega kenyataan Muhyiddin

2010/09/30

TERIMA kasih diucapkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran atas kenyataan beliau akan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani kegelisahan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang bakal ditamatkan kontrak perkhidmatan mereka tidak lama lagi.

Tindakan proaktif itu, menunjukkan beliau dapat merasai setiap denyutan nadi segolongan rakyat yang bakal kehilangan pekerjaan atau lebih tepat lagi mata pencarian.

Memberi peluang kepada GSTT menjadi guru terlatih satu pilihan bijak kerana GSTT adalah guru yang berdedikasi.

Buktinya, terdapat GSTT yang sudah berkhidmat antara tiga hingga enam tahun kerana mendapat kepercayaan dari pihak pengurusan sekolah.

Amat malang, jika GSTT ini yang sudah menimba banyak pengalaman dalam profesyen perguruan dilepaskan begitu saja. Dari sudut kemanusiaan pula kebanyakan GSTT sudah pun berkeluarga, justeru, sikap prihatin kerajaan membela nasib mereka pasti akan menjadi satu hadiah kehidupan yang tidak ternilai.

NORHISYAM MOHAMAD,
Kuala Kedah

Berita Harian Online: 30 September 2010

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya setuju GSTT diserap sebagai guru terlatih memandangkan komitmen mereka sangat tinggi.

kadang-kadang GSTT lebih baik daripada guru terlatih.

Tanpa Nama berkata...

sebagai gsst yg telah 2 tahun saya juga sangat bersetuju GSTT diserapkan.memandangkan pengalaman yang telah kami perolehi, status kami yg sentiasa membimbangkan
dan capaian umur gstt yang terhad iaitu sampai 35 tahun shj.sudah tentulah kami mempunyai keluarga untuk disara.jika diberhentikan kerja tertutuplah periuk nasi kami.sudahlah sangat sukar mencari kerja waktu ini lebih2 lagi yang telah berumur 30 tahun ke atas.malangnya jika berita ini benar mengapa ada GSTT yang baru shj mendapat notis utk dtamatkan kontraknya bulan ini.adakah agensi terlibat hanya ingin mengaburi mata2 yang lain seolah2 mereka sgt prihatin terhadap nasib gstt dan rakyat jelata

Tanpa Nama berkata...

sabar je la wahai kaum gstt..
aku pun sama nasib jgk..
jangan la harapkan kdc dari KPM..
takkan ada kdc ntuk gstt kecuali dari pendidikan khas sj..
kenyataan tu nk redakan keadaan je..

Hamidin DG44 berkata...

mngapa ada guru GSTT kerap membuat kenyataan menghina guru KPLI di akhbar? seolah2 hanya guru GSTT yang paling berat tanggungjawabnya di sekolah berBanding guru KPLI, dan hanya guru GSTT lah yang amat minat bidang pendidikan berbanding KPLI yang kononnya terdesak cari kerja.. bukan begitu caranya menonjolkan diri sambil menghina orang lain

siapa yang terdesak sebenarnya?

Tanpa Nama berkata...

saya tak tahu mana silapnya..tetapi rata2 yg minta kpli semuanya beri jawapan 'saja ikut kawan, tetiba2 dapat'..ada juga yg dah posting dari kpli cakap 'kalau aku tahu keja cikgu mcm nie, aku sambung master lagi bagus'.ada juga kata 'aku minta kpli pun sbb dah xde keje lain, tiba2 dapat'..atau dengan erti kata lain, terlalu banyak statement yg begitu menyakitkan hati.sedangkan kami yg mendengar cikgu2 yg baru posting tu mcm terkilan..tp xde la pulak nak kutuk2..dah rezeki masing2..but my parents guru besar ada juga mengadu guru kpli mostly malas, semua nak balik awal..mungkin bukan semua kan..bak kata org sbb nila setitik rosak susu sebelanga..