Selasa, 28 September 2010

Guru cemerlang sedia dipantau

2010/09/28

DALAM ruangan ini baru-baru ini, ada rungutan berhubung lantikan guru cemerlang tanpa pemantauan nazir atau istilah yang mereka gunakan ‘guru cemerlang percuma’.

Kami yang menerima lantikan itu sebenarnya terkejut kerana hanya mendapat surat menjawat KUP Guru Cemerlang.

Di sekolah pula tidak kurang guru yang mengeluarkan kata-kata pedas.

Lantikan ini bukan kehendak kami kerana ada antara kami turut menunggu rombongan nazir untuk memantau hasil kerja selama beberapa tahun.

Mungkin ada juga yang tidak bersedia dengan bahan untuk pemantauan.

Saya mencadangkan kepada nazir yang kami rela dan sedia dipantau berkaitan hasil dokumentasi serta diterap proses pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga ini kami masih memegang KUP Guru Cemerlang dan belum menerima jawatan itu secara hakiki.
GURU CEMERLANG PERCUMA,
Kedah

Berita Harian Online: 28 September 2010

2 ulasan:

Guru Cabuk berkata...

patut la dia cemerlang... sbb jawatan dia pon dia tak tahu status...

buat makluman.. jawatan guru cemerlang hanya ada dua status sahaja.. memangku atau KUP.. tak pernahnya ada Hakiki...

cemerlang la sangat tu.. nak hakiki jadi pengetua la weii

Tanpa Nama berkata...

ada kat sek kawan lagi teruk..dpt guru cemerlang tanpa pemantauan..bukan opsyen lak tu...kelas selalu mengular...camne ni? tapi baik dgn pengetua dan jabatn dptle jawatan tu...