Selasa, 7 September 2010

SMT Kajang jadi contoh 5S


Para pelajar ditekankan dengan aktiviti kemahiran di bengkel yang lebih terurus agar proses pembelajaran menjadi lebih selesa dan lancar.


Pengamalan 5S (sisih, susun, sapu, seragam dan sentiasa amal) di bengkel-bengkel sekolah aliran teknik dan vokasional di negara ini kini telah mula dilaksanakan dan dipergiatkan.

5S mula diperkenalkan di sekolah menengah teknik dan vokasional (SMT/V) oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran (KPM) pada 2009 dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) Kluang, Johor menjadi sekolah perintis amalan ini.

Selain itu, SMT Kajang di Selangor turut dipilih sebagai sekolah rintis amalan 5S ini kerana kualiti dan pengamalannya menjadi rujukan dan sekolah tumpuan para pelawat dari luar.

Pengetuanya, Mohd. Ghazaly Haroun berkata, sekolahnya memberi pengkhususan kepada dua kursus utama iaitu Automotif dan Penyejukan dan Penyamanan Udara (PPU).

"Amalan 5S ini mudah dilaksanakan di sekolah ini kerana hanya terdapat dua jenis bengkel selain mempunyai guru-guru penyelia bengkel yang mahir untuk mengendalikan dan mempraktikkan amalan ini," katanya ketika ditemui di SMT Kajang, baru-baru ini.

Menurutnya, konsep 5S yang berasal dari Jepun ini merupakan asas prinsip dan teknik pengurusan yang berkesan dan telah lama diterapkan dalam sektor industri bagi mengurang kos penyenggaraan serta meningkatkan kualiti produk.

"Inisiatif yang dilakukan oleh BPTV untuk mempraktikkan amalan 5S di semua SMT/V negara ini amat baik kerana ia akan membantu mewujudkan suasana kerja yang kondusif dan pengurusan kerja yang lebih teratur," jelasnya.

Selain itu katanya, membudayakan amalan ini juga akan menjadikan bengkel lebih bersih, kemas dan selamat untuk para pelajar mempelajari ilmu kemahiran serta memberi keselesaan dan membantu pelajar memberikan tumpuan penuh.

"Amalan ini juga akan membentuk semangat berpasukan antara semua warga sekolah ke arah mempertingkatkan kualiti dan efisiensi sejajar dengan matlamat sekolah.

"Penerapan budaya 5S ini juga diharap akan dapat diteruskan oleh para pelajar menjadi amalan harian mereka semasa berada di rumah," ujar beliau.

Mohd. Ghazaly memberitahu, terdapat banyak faedah yang diperolehi daripada pelaksanaan amalan 5S ini dari segi keselamatan, penyelenggaraan, kecekapan, motivasi, kualiti dan pengurangan kos.

"Dari segi keselamatan, amalan ini membantu menghapuskan keadaan atau tempat merbahaya serta dapat memperbaiki keadaan tempat kerja dan mengurangkan kecuaian semasa di bengkel.

"Ia juga mampu mengurangkan penggunaan kawasan dan mengurangkan pembaziran masa untuk mencari peralatan selain memudahkan kawalan pergerakan alat dan barang," jelasnya lagi.

Tambahnya, amalan ini juga akan memberi motivasi dengan membentuk disiplin yang baik dan membentuk semangat kerja berpasukan yang utuh.

Selain itu, ujarnya, amalan ini jelas dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti barangan atau perkhidmatan serta mampu mengurangkan kos penggantian dan penyenggaraan peralatan yang digunakan.

Utusan Malaysia Online: 7 September 2010

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hoi Fakeh, U ni cakap ape???? Ulas pasal SMK Kajang amal 5S le...bukan pasal kenal musuh dalam selimut...

Tahap kecurigaan kamu tu melambung setinggi langit...

Kita ni dalam menyusuri amalan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia...

Turunkanla...tahap kebencian kamu itu terhadap bangsa atau orang lain disekelilingmu ....ITU PUN BAWAH DOSA JUGA...

Budak Trolak berkata...

Lucu betul... dalam duk cerita 5S, tiba-tiba ade iklan lalu... bikin panas!!!

Fakeh pun satu, orang2 tua dah berpesan, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau...(kena telan le... he he he)

aZMaN_hAkiMi berkata...

Setuju..
Walaupun niat Fakeh tu betul..
Hujjahnya betul..
Tapi caranya kurang betul..
Orang-orang PAS kena betulkan benda2 macam ni kalau betul2 nak berdakwah..
Cuba Fakeh baca buku Fiqh Dakwah, Mustaffa Masyhur..