Sabtu, 12 Mac 2011

Ada sekolah ingkar arahan cuti Sabtu

2011/03/12

MERUJUK kepada jawapan mengenai cuti Sabtu serta Ahad oleh Unit Komunikasi dan Korporat, Kementerian Pelajaran dalam ruangan ini bertarikh 17 Ogos tahun lalu. Jelas bahawa minggu pertama dan ketiga tidak dibenarkan kakitangan kerajaan mengadakan program.

Kementerian juga menegaskan bahawa tindakan boleh diambil kepada pihak pengurusan sekolah yang ingkar mematuhi arahan itu.
Walaupun kementerian sudah mengeluarkan surat arahan terbabit kepada Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah agar mematuhi Arahan Pekeliling Pentadbiran berkaitan cuti Sabtu yang diwartakan, masih ada pengetua tidak mematuhi arahan itu.

Sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di Skudai menggunakan hampir tiga kali Sabtu pada setiap bulan tahun lalu untuk memaksa guru bertugas.

Bagi tahun ini saja aktiviti sekolah dijalankan pada 12, 19 dan 26 Februari, manakala pada 5 Mac aktiviti berjalan daripada 8 pagi sehingga 6.30 petang.
Sabtu minggu pertama dan ketiga dapat dimanfaatkan kerana suami atau isteri sering bertugas pada Sabtu. Mohon dapat disiasat perkara ini.

PG,
Johor Bahru

Berita Harian Online: 12 Mac 2011

27 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAK FAHAMLAH.... KENAPALAH ADA SEBAHAGIAN BESAR GB/PENGETUA YG KURANG CERDIK....MASIH LAGI NAK BUAT AKTIVITI PADA HARI SABTU.

1.MUNGKIN GB/PENGETUA TU ANAK DARA TUA, BUJANG TERLAJAK, DUDA, JANDA, ANAK-ANAK MEREKA DAN BESAR DAN BOLEH BERDIKARI@ TAK DA ANAK.

2. MEREKA NI TAK FIKIR LANGSUNG TENTANG ORG YG MASIH ANAK ANAK BERSEKOLAH, SUAMI, ISTERI.

3. BIARLAH HARI SABTU&AHAD, GURU-GURU BERSAMA2 KELUARGA SPT KAKITANGAN AWAM YG LAIN.

4. CUKUPLAH 5 HARI SEMINGGU DGN URUSAN SEKOLAH. BERILAH 2 HARI UTK URUSAN KELUARGA PULAK.

5. TAK KANLAH NAK KEJAR "GANJARAN" KPM RM 9000.

KPD GB/PENGETUA YG CERDIK, MEREKA TIDAK AKAN MEMBUAT PROGRAM PADA HARI SABTU.(SESEKALI TU BOLEH LAH). 3 BULAN 2 KALI OK LA JUGAK.

YG PALING CUN, TAK BUAT LANGSUNG. MACAM GB SAYA. BELIAU KATA, HARI SABTU&AHAD, HARI UTK KELUARGA. BELIAU JUGA ADA KELUARGA & ANAK YG MASIH BERSEKOLAH. SSB TU DIA FAHAM

Tanpa Nama berkata...

Utk cikgu berkenaan:

1. Sila dptkan salinan surat arahan/atur cara program dsb sbg bukti.

2. Selepas itu, hantar satu salian kpd :
-KPM
-JPN
-KPPK

3. Memang jelas tindakan pengetua tu salah.

4. Kerajaan dah bagi kerja 5 hari seminggu cukuplah. Kalau rajin sangat nak kerja, pergilah sorang-sorang hari SABTU dan AHAD. Jgn pulak nak menyusahkan guru-guru yg lain.

5. Ni mesti kes naik ganjaran RM 9000...n

kamanuk berkata...

GB/Pengetua bukan kurang cerdik..dik ..mereka tu halobah..nak cepat dapat
1. insentif sekolah berprestasi
tinggi rm7500.00.
2. Tunjukkan kononnya benar-benar
berkualiti
3. teringin sangat dipuji dan lebih
daripada itu sebagai jalan
mendapatkan LNPT yang cemerlang
4. Mahu naik pangkat cepat
5. Nak tunjukkan kuasa le kepada guru bawahan.

sabahkalate berkata...

biasanya GB atau Pengetua seperti di atas adalah mereka dalam golongan
1. status duda atau janda
2. tiada anak
3. sudah bercerai dan anak dijaga oleh satu pihak
4. kurang bertanggtungjawab dalam keluarga
5. ada masalah hubungan suami isteri / ada masalah keluarga
6. mental tidak stabil
7. gila kuasa ..

Tanpa Nama berkata...

Kalau sekolah 2 sesi macam mana? Tentulah hari Sabtu tu hari untuk buat akt kokurikulum. Belum lagi program2 induk spt Sukan, Mesy Agung PIBG, Gotong-royong, Hari Anugerah Cemerlang dll...

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat2!

Tanpa Nama berkata...

bergantung pada kecerdikan pengurusan..kalau bijak bijaklah urusnya..kalau sebaliknya..hem...2 sesi pun boleh juga tak guna sabtu tu..guna kebijaksanaan...

Tanpa Nama berkata...

rasanya kebanyakan sekolah ada membuat program pd hari sabtu minggu pertama dan ketiga...sampaikan anak kecil terpaksa dibawa bersama krn taska ditutup pd hari tersebut...tp ditegur krn waktu brtugas hanya perlu jaga keselamatan pljr bukan mnjaga urusan keluarga...nak xnak terpaksa tinggal anak dengan org lain pula...

Tanpa Nama berkata...

Sama gak ngan smk meru klang. Sabtu bulan puasa pun nak buat meeting staf. Apa ke hal nya. Tak cukup lg bulan2 seblm puasa buat aktiviti tiap sabtu. Yg PPD pulak tak kan tak tau aktiviti sekolah. Pantau la. Dah keje PPD Klang. Cikgu pun dah kurang motivasi ngajar kat situ. Hanya harap ngajar anak bangsa ja. Kalau tak boh layan la.

Tanpa Nama berkata...

Kpm dah kuarkan arahan.bukan sahaja ada sekolah yg ingkar .ppd turut keluarkan surat untuk bengkel pada hari sabtu.minggu ketiga.

suami jadi surirumah berkata...

perkara ini pun terjadi pada isteri saya.. hampir setiap hari ada mesyuarat.. dengan aktiviti kelab guru dan sekolah yang pelbagai.. balik rumah pun sambung buat kerja sehingga masa untuk keluarga amat kurang.. anak kecil lebih kepada menyusu untuk tido jer.. ada jer kekangan dengan aktiviti.. bila mohon cuti CRK, susah plak untuk diperolehi.. kadang kala rasa menyampah dengan sekolah macam ni

Tanpa Nama berkata...

rasa-rasa bkn sk saje yg buat akt pada hari sabtu, sjkc, paling teruk, hampir setiap sabtu mesti ada akt,guru tak boleh bergilir-gilir gi sekolah hari sabtu,nak juga semua datang. budaya kerja diutamakan keluarga diabaikan. kini, minta crk pun susah, kalau hari sabtu tak gi, kena bagi mc... nak evidens!!!! bilalah kita org dapat merdeka dari sjkc!!!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Usah kata setiap hari Sabtu ada aktiviti, cuti umum pun ada aktiviti di mana semua guru wajib hadir...ada siapa2 boleh komen hal ini???kita orang bawahan ni terpaksa menurut perintah saja

papaafternoon berkata...

salam, tumpang tanya:
jikalau sekolah membuat meeting di waktu malam, apakah hak guru berkenaan meeting di waktu malam ini. biasanya meeting bermula jam 745 dan berakhir mengikut agenda agenda yang ade dlm mesyaurat tersebut

Tanpa Nama berkata...

Sekolah saya sekolah dua sesi dengsn murid seramai 1500 orang. Tidak ada kemudahan dewan dan bilik darjah tidak mencukupi. Sekolah tidak mempunyai pilihan selain mengadakan aktiviti terutamanya aktiviti kokurikulum dan LDP untuk guru pada hari sabtu.

USTAZ RADI ABDULLAH berkata...

Kpm perlu mengambil serius benda mcm ni demi kebajikan terus terjamin.ada sekolah yg buat ladap kpd guru nya tetapi memasukkan unsur yoga yg diharamkan dan diajarkan kpd guru kononya utk menghilangkan stress dikalangan guru kesyirikan terus berleluasa mcm dah t.de cara lain yg lbh berkesan....meditasi ni adalah cara kaedah hindu mengapa pkr spt ini boleh berlaku.....

Tanpa Nama berkata...

hari sabtu dan hari ahad ada aktiviti sekolah. why not? demi malaysia yang tercinta, buktikan prestasi kerja yang terbaik.

Tanpa Nama berkata...

Kesiankan lah cikgu2 ni.. kalau keja pejabat pkul 5 dah abis.. keja x pyh bw blk umah.. kami cikgu2 smbil tggu ank tuisyen pun semak kertas peksa.. kat sekolah memang x smpt tarik nafas.. semua nk tip top.. nk mgajaq( sgt seronok), latih budak utk permainan, koko akademik, urus klas(mcm2 kena buat), pendawaian kat sekolah pun keja cikgu jgk.. smua ptadbir ada aspirasi sdiri.. yg tukang jlnkan cikgu.. pk 1 nk gini, pk hem, nk gitu, pk koko nk semua ptandingan menang, paling boss nk smua perfect..yg nk buat tu cgu..nasib222... keja sabtu & ahad dh biasa...

Tanpa Nama berkata...

siasat sekali sk subang bestari... guru besar y dimadukan selalu sruh ckgu dtg hr sabtu... klu bosan duk rmh p la rumah madu ko tu... sebok wt program hr sabu.. mmg x bercampur msyarakat langsung..

Unknown berkata...

Untuk pengetahuan semua..perkara ini selalu sgt berlaku terutama di Sarawak.Ada guru2 yg menyuarakan perkara ini semasa mesyuarat tapi kena gertak oleh pihak pengetua dan kuncu2nya.Terutama pengetua atau guru besar yg gilakan glamer.Isteri sy dah byk sekolah masuk n keluar sekolah tpt mengajar.contoh s.k abang ali di sibu..s.k ulu sungai merah di sibu..s.k agama mis bintulu..kebanyakkan guru besar kat sekolah ni mmg suka dgn perkara glamer..selalu kalau meeting.sampai ke mlm....gila ker apa? arahan.kpm tu hanya atas kertas jer ngn diaorg...harap2 lps ni jgn ada guru besar yg gila glamer berebut ngn duit imbuhan..dah gak cuti susah...

Unknown berkata...

kalau kadar gaji yg diberikan sama level dgn gaji negara maju boleh lah sabtu minggu...tp kena ingat..mereka ni pendidik bukan pentadbir negara..bodohlah ko ni...bg komen pakai nama sendiri takut..keyboard warrior tahap anjing

Unknown berkata...

Ada pro dan Kontranya...sbg cthnya..hari persekolahan yg terpaksa d ganti utk mencukupi jumlah hari persekolahan dlm tahun semasa..

Unknown berkata...

Letih la nk layan perangai gb..ugutan 'jgn cari pasal dgn saya' dh jd kebiasaan dlm meeting..Sabtu, Ahad dn cuti umum pn kena gi skolah..kami ni pn insan biasa..perlukan rehat..kerja terlampau bnyak sampai tk tersenarai..yg paling menyedihkan gb cakap ' saya cuma keluarkan arahan. Yang saya tau..Semua mesti SIAP..' GB dan GPK masing2 berlagak macam datuk dan datin..Kerja diaorg pn suruh cikgu yg buat..siap wujudkn mcm2 setiausaha..Tak sabar nak pencen..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Suhai berkata...

Sabtu minggu 1 dan 3 x boleh..dorg pandai nk guna ahad...maksudnya satu ahad minggu ke 2 dan 4 diguna...x cuti le ckg sepanjang minggu tu. Ehsan xde dh lupa ckg yg ada keluarga n anak kecil macamana.

Suhai berkata...

Sabtu ahad minggu 2 dan 4 sekrg ni jd trend dikacau.