Rabu, 16 Mac 2011

'Biar adil lantik guru besar'

Oleh Mohd Azrone Sarabatin
azrone@bharian.com.my
2011/03/16

CADANGAN pelantikan guru Skim Perkhidmatan Pegawai Pendidikan Siswazah DG44 yang mengajar di sekolah rendah sebagai guru besar mendapat reaksi berbeza Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD).

Pemegang jawatan PPPS menyokong cadangan melantik guru dalam kalangan siswazah sebagai guru besar manakala PPPLD menentangnya kerana mendakwa boleh menggugat peluang kenaikan pangkat mereka.

Seorang guru dari Kuching, Sarawak, William Ghani Bina berkata adalah tidak wajar melantik PPPS sebagai guru besar kerana ia bercanggah dengan dasar Kementerian Pelajaran dan menggugat peluang kenaikan pangkat PPPLD.

Katanya, ini ditambah dengan peluang lebih luas guru siswazah untuk memegang jawatan pada peringkat tinggi meliputi Pegawai Pelajaran Daerah, Ketua Sektor dan Pengarah Jabatan Pelajaran negeri.

Beliau mendakwa ada guru DG32 dan DG34 tidak sempat menjadi guru besar kerana tidak ada kekosongan jawatan sehingga mereka bersara atau hanya menjawat jawatan berkenaan dalam tempoh kurang enam bulan.

“Guru lepasan diploma hanya berpeluang menjawat jawatan tertinggi sebagai guru besar atau Gred DG32 dan DG34, namun ada daripadanya terpaksa menunggu kekosongan jawatan dalam tempoh lama,” katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.

Seorang guru PPPS di sebuah sekolah di Tanjung Malim, Perak yang enggan namanya disiarkan berkata adalah tidak adil jawatan guru besar hanya diperuntukkan kepada PPPLD kerana mereka turut menunaikan tanggungjawab sebagai pendidik untuk melahirkan pelajar cemerlang.
Katanya, guru yang memegang jawatan DG34 yang dilantik ke jawatan guru besar hanya mengambil masa tiga tahun untuk menerima kenaikan DG44 sedangkan mereka mengambil masa tujuh tahun daripada DG41 kepada DG44.

Beliau berkata, fakta ini dengan sendirinya membuktikan guru siswazah juga tidak mudah memperoleh DG44 berbanding lepasan diploma yang dilantik menjawat jawatan guru besar.

“Kami bukan tamak atau hanya mengejar pangkat, sebaliknya mahukan keadilan iaitu peluang sama rata untuk memegang jawatan guru besar.

“Apatah lagi kami bekerja keras untuk menjadi guru siswazah dengan belajar bersungguh-sungguh di universiti,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGGMMB), Mohamed Sabri Mohd Arsad mencadangkan guru DG44 yang mengajar di sekolah rendah diberi peluang kenaikan pangkat sebagai guru besar.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan, berkata guru DG44 mempunyai peluang kenaikan gred kepada DG48, DG52 dan DG54 sedangkan pemegang diploma hanya peringkat DGA32 dan DGA34 atau berjawatan guru besar.

Sehubungan itu katanya, peluang PPPS untuk naik pangkat atau kenaikan gred gaji lebih banyak berbanding PPPLD dan adalah tidak wajar guru terbabit (DG44) dilantik ke jawatan guru besar kerana ia menutup peluang guru lepasan diploma.

Dalam pada itu, seorang pengirim surat pembaca yang hanya mahu dikenali Zam dari Kuching berkata, sudah tiba masanya pelantikan jawatan guru besar dan penolong kanan dirombak.

Rombakan itu katanya perlu memberi penekanan kepada tahap akademik meliputi gred DG44 sesuai dengan tuntutan semasa dan memenuhi keperluan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memartabatkan profesion perguruan.

Berita Harian Online: 16 Mac 2011

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Masa perubahan harus segera berlaku dengan segera keadaan masa telah berubah ramai di kalangan guru guru telah memiliki PHD termasuklah mereka di dalam bidang pra sekolah...

Tanpa Nama berkata...

Yang memiliki masters & PHD di sekolah tu, bukannya nak terus di sekolah. baik sekolah menengah atau rendah. Semua tu aim nak masuk IPGM. Nak jadi pensyarah, takmau jadi cikgu. Buat lah survey. Kalau tengah nak buat masters or yang dah abis masters, memang for sure nak keluar dari sekolah. Why? Makin ramai dah buat degree di sekolah. Tak 'standard' ler belajar tinggi dari orang lain tapi masih jadi cikgu. Jadi pensyarah baru ada kelas....kahkahkah. Yang ada PHD di dalam pra sekolah? Hmmmm. Yang betul2 nak go on ngajar pra sekolah di sekolah, Guru Cemerlang Pra Sekolah je kot. Memang berhabis-habisan buat program untuk kecemerlangan pra sekolah. Yang PHD tu, duk aim nak ngajar pra sekolah di IPG ler. Nak gi mantau praktikum, dapat title 'pensyarah', claim pun banyak. hahaha. Tapi kalau tanya, sape yang nak ngaku tak teringin jadi pensyarah ye tak? Yang buat masters tapi tak reti nak guna spell-check dalam MsWord pun duk aim nak jadi pensyarah kat IPG...tu lagi ler kelako. Tapi jgn tak sangka, cable punya power, tup tup tup, jadi pensyarah IPG jugak nanti tu...kehkehkeh. Nanti datang observe kat sekolah pakai necktie.

Tanpa Nama berkata...

Transformasi pengurusan sekolah.
Bahagian Akademik dan Bahagian Pengurusan/Pentadbiran.
Bhgn. Akademik diketuai oleg Guru. Bhgn. Pengurusan/Pentadbiran di urus oleh M41/N41.

kamanuk berkata...

Saya terpanggil untuk membincangkan soal perlantikan GB di sekolah rendah.

Saya berpegang kepada tahap akademik seseorang guru disamping senioriti dalam jabatan pelajaran.

Kini sudah tiba masanya membuat perubahan dalam struktur pengurusan secara menyeluruh di semua sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Perubahan harus dibuat sepatutnya dari dulu lagi. Bagi sekolah-sekolah menengah keadaan sudah berubah dan tidak perlu dipertikaikan soal gred dan jawatan seseorang guru dimana guru-guru yang senior dan berada pada gred yang tertinggi diberikan jawatan hakiki atau jawatan lantikan sekolah yang tertinggi dan tentulah gred seseorang pengetua itu lebih tinggi dari guru kanan serta guru-guru akademik yang lain.

Namun keadaan jauh berbeza di sekolah rendah dimana seseorang GB itu hanya berada pada gred DG32,DG 34 atau DG 38 manakala guru-gurunya ramai yang mempunyai gred DG41. keadaan ini agak terbalik Gred Gb lebih rendah berbanding dengan guru-gurunya. Jadi inilah yang harus dibetulkan. Sepatutnya GB mempunyai Gred hakiki yang lebih tinggi berbanding dengan guru-gurunya.

Kalau kita bandingkan dengan beberapa jabatan negeri dan persekutuan semua ketuanya mempunyai gred hakiki yang lebih tinggi .Kedudukan Gred Jawatan disusun dengan baik berdasarkan gred tertinggi. Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Gred DG41 lebih tinggi berbanding dengan gred DG38.

KPM kena ubah dan saya sangat setuju kerana hari ini guru-guru yang keluar mengajar di sekolah rendah adalah guru-guru siswazah. Mana mungkin dan mana sesuai Ketua pula hanya berkelulusan Sijil atau Diploma. Ituklah sebab banyak sekolah tidak menjadi kerana sistem yang dipakai sistem lama tiada perubahan langsung.

Saya tidak menafikan bahawa ramai juga Guru-guru besar yang berwibawa dan telah menjadikan sekolah mereka sekolah yang berprestasi tinggi. Tapi, satu hal yang kena fikir sampai bila "SISTEM 69' itu hendak dikekalkan. Sekarang ini bukan lagi zaman sains dan teknologi tetapi sudah masuk ke zaman transformasi pendidikan global.

Nak dipendekkan pendapat, saya sokong penstrukturan semula sistem pengurusan sekolah dengan menggantikan Guru-Guru Besar DG32, DG34 dan DG38 digantikan dengan Guru-Guru Gred DG44, DG48 dan seterusnya. Barulah adil dan ada oooomnya...TQ

Tanpa Nama berkata...

Sangat sedih membaca
"Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Gred DG41 lebih tinggi berbanding dengan gred DG38.

KPM kena ubah dan saya sangat setuju kerana hari ini guru-guru yang keluar mengajar di sekolah rendah adalah guru-guru siswazah. Mana mungkin dan mana sesuai Ketua pula hanya berkelulusan Sijil atau Diploma. Ituklah sebab banyak sekolah tidak menjadi kerana sistem yang dipakai sistem lama tiada perubahan langsung".

Program pengsiswazahan guru diperkenalkan pada tahun ini untuk mencapai sasaran sekurang-kurangnya seramai 60,000 guru sekolah menengah dan rendah memiliki ijazah menjelang 2015. Kelak, peluang untuk semua pemegang ijazah DG41 untuk kenaikan pangkat akan tiba. Kenapa pulak nak dipertikaikan guru-guru lama tidak layak menjadi ketua hanya kerana berkelulusan sijil dan diploma? Pengalaman tidak pentingkah? Tidak patut saudara kamanuk membuat komen sebegitu. Tidak semua pemegang ijazah di sekolah hebat2 semuanya. Apabila lapisan guru2 senior telah bersara dan lapisan pemegang ijazah sudah memenuhi kuota sasaran kerajaan, kalau nak lantik DG44 menjadi Ketua, barulah adil. Pemegang ijazah lama dah jadi senior & berpengalaman, layaklah jadi pentadbir. Tunggu masa kamu sahaja. Rezeki di tangan Allah. Jangan condemn orang sijil & diploma. Berapa batch saja cikgu senior yang tinggal. Cikgu umur 40an pun dah ramai graduate. Tunggu saja lah.

Tanpa Nama berkata...

Transformasi Pendidikan sudah bermula. Sepatutnya TANSFORMASI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN perlu seiring.

Saya setuju GB drp kalangan Siswazah. Tak kiralah Dg41@44. Rasionalnya....skrg dah ada guru DG 41 ,44 kat sekolah rendah...lagi 5 thn akan bertambah ramai DG 41,44,48. Lagi 10 thn, budak PISMP pulak dah jadi DG 44. Tak kanlah GB masih nak DG 32, 34, 38? harapkan kuasa je yg lebih. Tapi gred jauh lebih rendah.

Saya cadangkah jawatan GB Dg32,34,38 dijumudkan secara berperingkat-peringkat dlm tempaoh 5 thn ini. Sbg penghargaan kpg guru-guru ini, lantik mereka sbg GURU CEMERLANG DG 32,34,38 krn mereka sgt berpengalaman. INI ambil yg 7 thn jadikan GC. Mana betulnya.

Sepatutnya mualai 2012, pengambilan GPK hendaklah dlm kalangan DG 41 di SR, pengalaman lebih 15 thn, ada bakat kepimpinan, tidak buta IT. Dlm tempoh 5 thn lagi mereka inilah yg akan menggantikan GB 32,34,38 secara beransur-ansur.

"KPM...jgn bagi jwpn"Jwtn GB, PK adalah dikhaskan untuk PPPLD" sebaliknya berikan jwpn yg lebih positf.

Tanpa Nama berkata...

Semua dalam blog ni tak betul sebab tu lah KPM huru hara dan sekolah di takok lama. Guru tidak mempunyai kelayakan memimpin, mengajar sudah lah. iar orang JPA yang jadi GB, baru adil dan ada pembeharuan.

Tanpa Nama berkata...

"Saya cadangkah jawatan GB Dg32,34,38 dijumudkan secara berperingkat-peringkat dlm tempaoh 5 thn ini. Sbg penghargaan kpg guru-guru ini, lantik mereka sbg GURU CEMERLANG DG 32,34,38 krn mereka sgt berpengalaman. INI ambil yg 7 thn jadikan GC. Mana betulnya."

Saudara, KPLI DG41 pengalaman 7 tahun pun dijadikan GC DG44. Baru betulkah?

Tanpa Nama berkata...

Saudara, KPLI DG41 pengalaman 7 tahun pun dijadikan GC DG44. Baru betulkah?

Kalau kat JPA, tujug tahun dah 48... he he

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf la....utk KPLI. Anda perlu tunggu sehingga 10 thn.
7 thn tu utk DG29/32 ke DG41

kamanuk berkata...

saya tidak bertujuan melupakan guru-guru lama. saya juga guru lama tetap bersetuju bahawa guru-guru lama banyak pengalaman tetapi kita kena akur bahawa kelulusan akademik itu sangat penting dan kita sudah masuk ke era tranformasi pendidikan. Strukur pendidikan kena ubah. Memang sakit bila ada perubahan tapi takkanlah kita kena tunggu sehingga semuanya berubah. Masa tu terus berjalan kita kena mengejar masa dan peluang.

Dah tau ketam tu berjalan lambat takkan kena tunggu juga sehingga sampai ke puncak. Jika di atas puncak itu sudah ada yang mengunggu nak tunggu apa lagi...

Saya percaya ramai GB yang sedar kedudukan mereka dan akur dengan perubahan yang akan berlaku.

Tak boleh tuan malu pendidikan nanti kalau kita masih ditakuk lama, pengurusan yang tradisional, ketuk komputer pun satu-satu...nak membuat keputusan pun kena berayat-ayat dan berjela-jela..

Walau bagaimana pun kita boleh meletakkan bekas-bekas GB ini dikedudukan Guru Kanan dengan gred dan gaji yang baik...

Tanpa Nama berkata...

"pengurusan yang tradisional, ketuk komputer pun satu-satu..."

Good computer knowledge does not necessarily make good managers.

Begitu juga dengan salah satu falsafah semasa melancarkan Smart School dulu - "Smart School is not all about technology". Sebab tu, pembestarian sekolah tak menjadi. Kebanyakkan guru tak faham konsep. Begitu juga dengan yang memegang ijazah dengan gred DG41nya.

Masa PPSMI baru bermula, kebanyakkan hanya memperkatakan cikgu2 senior yang dah lama ngajar dalam BM terkial-kial cakap BI. Tapi takde siapa yang sebut cikgu2 DG41 yang turut sama terkial-kial. Hanya kerana pandai komputer dan berijazah? Semuanya berat sebelah terhadap cikgu senior.

Di SM tak berapa ketara. Tp di SR memang ketara.Nak berkroni pun nak ikut DG. Pegi berkursus pun duduk ikut DG. Lebih2 lagi cikgu perempuan.

Biarlah tunggu si ketam. Lambat laun sampai jugak.

Tanpa Nama berkata...

Satu-satunya Jabatan Kerajaan yg Ketua Jabatannya Gred lebih rendah drp org bawahan ialah di Sekolah Rendah. PELIK tapi BENAR.

Saya rasa cadangan supaya Guru SENIOR yg tak ada ijazah dilantik sebagai GURU CEMERLANG sbg penghargaan kpd mereka.

borhan berkata...

semua yang dah ada ijazah di sekolah rendah rasa diri mereka hebat2 belaka...yang KPLI usung laptop sana sini. Bila tengah kursus, JU bercakap kat depan, diaorang layar internet. Cikgu yang senior tengok kagumnya cikgu tu pandai main komputer. Tapi duk main internet ja.

Tanpa Nama berkata...

memang ramai guru KPLI camtu... tapi bukan guru KPLI ni yg nak dicadangkan menjadi GB/PK tetapi mereka yg dlm kalangan Dg29/32 ke 41.
Syarat-syarat juga perlu diperketat dan bukannya spt skrg. yg tak tahu hal kokurikulum dilantik GPK koku.

APA PUN... perubahan perlu dilakukan supaya bidang pendidikan tidak ditertawakan oleh org lain.

Bagi yg bukan siswazah & guru lama, lantik shj mereka sbg GURU CEMERLANG DG 32,34. Itu juga satu penghargaan kpd mereka.

Tanpa Nama berkata...

suka tengok gelagat manusia....ramai yang terpedaya..namun masih ada yang terselamat

Tanpa Nama berkata...

apa nak di hebatkan,guru dg41 yang berlambak disekolah rendah,dapat dg41 dgn pjj,namasaja belajar tapi assingnmen upah saja,yang belum ada ijazah tu cepatlah daftar pjj.asal masuk aje mesti dapat degree.asingnment boleh upah,

Tanpa Nama berkata...

guru pjj dapat dg41.kerja nya sgt berkira.mengajarnya tahap satu.yang bertungkus lumus guru dg32 .yang dapat habuan guru tak seberapa.nak macam mana.gaji ikut sijil .sepatutnya berikanlah sedikit habuan kepada guru dg42 yang telah lama tapi tak smbung belajar.yang selalu releif kelas mereka waktu cuti peperiksaan,wahai KPM jasa guru BS sangat besar disekolah rendah.32 time base dan 32 hakiki dapat gaji sama.tanggungjawab 32 hakiki lebih berat Boos.

Tanpa Nama berkata...

Banyak sekolah dah tengok guru DG32 memang rajin berbanding guru yang dapat DG41 melalui PJJ. Guru DG41 PJJ kerja pun banyak berkira tapi tak semua.Hargailah guru DG32 yg banyak mempertingkatkan pencapaian peperiksaan awam sekolah.

Tanpa Nama berkata...

masalah sekarang gred dg44 dah ramai di sekolah rendah, sebabnya mereka ni dah tua patutnya naikkan pangkat mereka kepda gb atau pk. baru sekolah cemerlang.

Tanpa Nama berkata...

Saya menyokong penuh lantikan Dg 44 sekolah rendah dinaikkan pangkat ke jawatan guru besar hal ini kerana kami adlah bekas DG 29 yang banyak kerugian kami telah menjawat jawatan dg 41 lebih 7 tahun dan telah berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih 20tahun,kalau dg 29 boleh naik ke jawatan hakiki dan menjawat jawatan penolong kanan sedangkan tidak melebihi pengalaman lebih 10 tahun mengapa tidak kami menjawat jawatan guru besar ,kementerian pendidikan perlu adil kepada kami,kami bukan lulusan siswazah biasa,kami bukan terus memperoleh dg41 sebaliknya kami telah berkhidmat dalam perkhidmatan DG29 melebihi 12 tahun kemudian menerima tawaran DG 41 dan kami telah berkhidmat lebih lama daripada PPLD yang telah dan boleh mengisi jawatan ke Penolong Kanan dan ada juga telah menjadi guru besar,kalau guru besar DG 34 atau Dg38 yang telah memperoleh ijazah boleh pergi ke DG 41 dan hanya tiga tahun boleh diserapkan ke jawatan DG 44 mengapa tidak kami.Tolong faham kedudukan kami.Kami juga tak mahu ditakuk lama.

Tanpa Nama berkata...

saya sokong guru dg41 atau dg44 dinaikkan pangkat jk dia ada pglamanajar leeh drp 15 tahun. apalah dosa guru2 yang buat ijazah ni sehingga pluang naik pangkat dinafikan. masih duk pegang bagi pluang kat dg29/32 sedangkan mereka memang tak mahu belajar amik ijazah sebab amik ijazah ni memangla yk keja. guru yg ada pglaman, yg sanggup buat lonjakan ni... mgapa tidak layak memimpin sekolah? tak bijakke dorang. byk pluang utk guru dg41? naik ke dg48? dg52? siapa yg nak bg pluang kat cikgu dg41 tu? byk sangatke peluangnya? saya ni dah lama tercaricari peluang nak naik... biasalah dok at skolah,kita kalau buat cadangan membina nak perbaiki sistem pentadbiran mulalah bos2 kanan pijak kita, sudahlah taknak berubah walaupun keja tu menyusahkan smua guru dan tidak mdatangkan faeah sapa2... masih duk jalankan sistem yg sama. dorang suka kita keja rajin gila2 asalkan jgn tunuk pandai lebih drp dorang. last2 kita ni dilabel sebagai penggugat kdudukan dorang dan tak nak bg pluang kita sb taknak kta menonjol. dah rasai dah perkara2 tu.

Tanpa Nama berkata...

Untuk menjadi seorang Gb seharusnya dari kalangan guru-guru yang mempunyai kelayakan akademik yang tinggi khasnya dari kalangan yang berkelulusan pengurusan pendidikan. Ini kerana guru-guru ini telahpun didedahkan dengan pengetahuan tentang pengurusan pendidikan yang boleh diaplikasikan dalam tugasannya sebagai GB. Sekiranya perlantikan GB hanya berteraskan gred sahaja tidak memadai kerana pihak KPM melalui IAB akan terus mengeluarkan kos yang tinggi untuk melatih GB2 ini dalam urusan pentadbiran. Ramai guru sekarang memiliki ijazah tetapi masih kaku dalam pentadbirannya. Transformasi KPM yang nak meletakkan SIP mulai tahun 2014 untuk membimbing GB dan Pengetua rasanya tidak perlu sekiranya GB yang dilantik dari kalangan guru yang berkelulusan Master atau Phd dalam bidang pengurusan pendidikan. Ini kerana guru2 ini sudahpun didedahkan dengan kemahiran pentadbiran ini. Masalah guru buat kerja kursus melalui upahan seperti yang dikomenkan diatas, janganlah dijadikan satu sandaran untuk menunjukkan guru berkelulusan tinggi disamakan..Tepuk dada tanya selera..yang buat begitu umpama
"Siapa makan cili dia yang pedas".. Kesimpulannya, ada bukan semua.. Yang penting semua GB dan PK yang dilantik hendaklah dipantau keberkesanannya. Sekiranya tidak memuaskan, GB atau PK tersebut hendaklah dilucutkan jawatan agar tidak terus berada di zon selesa yang boleh memusnahkan organisasi sekolah.

Tanpa Nama berkata...

Saya tak kisah apa-apapun, apa yang penting KPM sebagai sebuah kementerian pemikir dan penjana intelektual negara dapat berfikir dengan rasional dalam pelantikan guru samada dg29/29/32/34/38/41/44/48/52/54 biarlah sesuai dengan kelulusan. Jika dia Pengetua/GB jangan dilantik daripada GC, mereka tak ada pengalaman jadi PK, bila jd Pengetua/GB mula nak tunjuk pandai yang aku ni hebat, tak nak dengar guru bawahannya, biar naik pangkat ikut urutan kekanananan dan kelulusan akademik. Barulah adil dan dihormati oleh guru-guru lain di bawah seliaannya. Satu lagi aku tak puas hati, bukan apa, kerajaan menggalakkan semua guru menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Masters dan PhD, namun skim gaji guru pemegang ijazah tersebut seolah-olah tidak diambil kira pengornanan mereka dengan menghabiskan wang ringgit dan tenaga. Namun skim gaji di sekolah hanya diambil kira setakat ijazah sarjana muda.
Ini satu hal juga, pelantikan jawatan pegawai di PPd dan JPN banyak dipengaruhi oleh politik. Jika guru tersebut ada jawatan atau rapat dengan ahli politik tertentu, biasanya di cepat naik pangkat walaupun semasa di sekolah dia sering ponteng dan tak masuk kelas. Namun bagi guru yang tidak rapat dengan mana-mana ahli politik...jangan haraplah. Kenaikan jawatan GB juga berlaku sekiranya seseorang guru itu mempunyai saudara orang politik yang berpengaruh, malah mereka tak pernah jadi GPK sekalipun dilantik sebagai GB...habis para PK yang lebih senior dan berpengalaman ni tak dapat jadi GB.. Apa nak jadi dengan sistem pendidikan kita. Adakah transformasi pendidikan yang dilaungkan oleh kerajaan akan berjaya.

Tanpa Nama berkata...

Kita menyalak di sini tiada siapa nak pandangpun...sebab guru sekarang ni bukannya dipandang mulia oleh masyarakat...itulah nasib kita, sentiasa jadi bahan ujikaji...dulu, kini dan selamanya.

Tanpa Nama berkata...

Jgn main boh pjj semua main upah. Saya pjj juga tapi dari sem 1 sampai tamat x upah pun. Mungkin ramai lagi yg mcm saya. Klu bapanya pencuri. Jgn kata seluruh keturunannya mcm tu.