Isnin, 28 Mac 2011

Cadangan naik gaji guru bertugas luar waktu sekolah disokong

2011/03/28

SAYA ingin memberi maklum balas kepada komen Guru Jujur, Kuala Lumpur dalam ruangan ini yang disiarkan 26 Mac lalu.

‘Guru Jujur’ amat tidak berpuas hati atas cadangan CUEPACS menaikkan gaji guru yang sering bertugas di luar waktu sekolah. Alasan yang diberikan, guru lain yang terpaksa mengganti guru yang bertugas di luar.
Saya amat bersetuju dengan cadangan CUEPACS itu. Jika Guru Jujur ingin mendapat kenaikan gaji, sila berkecimpung dalam aktiviti di luar waktu sekolah. Pengalaman saya berbelas tahun aktif dengan aktiviti luar ini amat memerlukan pengorbanan diri dan ahli keluarga.

Mana tidaknya, setiap hujung minggu pasti akan keluar membawa murid untuk berkhemah bagi memberi peluang murid mendapat sijil demi masa depan mereka. Apabila bergerak di bawah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), guru tidak diberi sebarang elaun, malah perlu mengeluarkan duit poket sendiri untuk minyak kereta, makan dan sebagainya.

Tidak cukup dengan itu, pada Ahad habis bertugas, Isnin pula perlu ke sekolah seperti biasa. Persoalannya, bila guru ini bercuti, bila guru ini berpeluang untuk bersama keluarga dan siapa yang hendak bagi bayaran gaji lebih masa apabila berkhemah guru perlu bertugas 24 jam sehari bersama murid.

Di mana Guru Jujur waktu hujung minggu?, mungkin sedang berada di rumah menonton televisyen atau ke pusat beli-belah bersama keluarga. Sedangkan guru yang bertugas ini berhempas pulas menjaga murid dan meninggalkan anak dan isteri di rumah tanpa apa-apa balasan.

‘Guru Jujur’ perlu berkecimpung dalam bidang ini supaya berasa apa yang kami rasa. Ramai yang tidak sanggup bertugas di luar waktu persekolahan. Kalau semua guru ini tidak lagi mahu berkerja di luar waktu pejabat, maka murid yang akan rugi.
Harap Kementerian Pelajaran pandanglah masalah kami. Sediakan seorang guru khas setiap sekolah untuk menggalas tugas seperti ini dan berikan hak cuti apabila bertugas pada Sabtu dan Ahad.

Apapun, terima kasih CUEPACS kerana mengambil berat masalah guru seperti kami ini yang jarang sekali dipandang oleh pihak pentadbiran sekolah untuk diberi anugerah cemerlang.

CIKGU NGO,
Perak

Berita Harian Online: 28 Mac 2011

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam 1 malaysia.
naik gaji / pergerakan gaji guru?

sepertimana yang dinyatakan perlu dibuat kajian menyeluruh.
Ramai Penjawat Awam bukan guru melihat KEISTIMEWAAN dan KEKEBALAN guru sebagai perkara utama yang perlu diberi PEMURNIAN semula.

Contoh IPTA, mereka mempunyai dua bahagian iaitu Akademik (Pensyarah) dan Bukan Akademik (Pentadbir, Peg.Belia dan Sukan, Pendaftar, Kaunselor, Jurutera, etc).
kita perlu ANJAKAN PARADIGMA .. buang mentaliti silos.
- bapa prihatin, jelawat, bachok.

Tanpa Nama berkata...

TAK BOLEH...TAK BOLEH... KERJA GURU MENGAJAR SAJA TAU.....YANG PENTING... SEKOLAH MESTI MERAMAIKAN MURID YG MENDAPAT A, A, A, A, A. YANG LAIN PEDULIKAN...

Kamariah Yeob berkata...

ramai betul lain2 penjawat awam dengkikan guru. Kebanyakan mereka ini adalah terdiri dari golongan anti BN yang masih belum sedar bahawa gaji mereka dibayar oleh Umno dan BN.

Para guru perlu muhasabah diri, dan marilah kita menadah tangan penuh kesyukuran memohon agar BN menang besar PRU Sarawak yg kunjung tiba. Para guru yakin pada YAB Dato Seri Najib dan YAB Tan Sri Muhyiddin, idola sekelian pendidik 1Malaysia.

Jika menonton berita, terdetik sayu dihati melihat peruntukan oleh BN kepada rakyat Sarawak, lambang keprihatinan pemimpin BN dan Umno terhadap anak bangsa.

Tanpa Nama berkata...

Mak CIk Kamariah...duit utk gaji tu dtg drp cukai rakyat Malaysia tak kira parti apa. Camna kalau cukai dibayar ikut parti yg disukai. Susahkan begitu.

Jadi, jgn pertikai tentang siapa yg bayar gaji kerana semua rakyat berhak menerimanya tak kira parti,

KECUALILAH sumber kewangan tu drp SUMBER PARTI tertentu.

Saya harap Mak Cik Kamar dpt buka minda lebih luas. Jgn rujuk media arus perdana shj.

kamanuk berkata...

Guru yang layak diberikan kenaikan gaji adalah guru yang menjalankan tugas antara kegiatan luar(kokurikulum) dan P&P dalam kelas sahaja.

Rasanya tidak adil hanya guru yang selalu diluar sahaja diberikan kenaikan gaji kerana mereka juga dalam masa yang sama meninggalakan P&P dalam kelas.

Guru yang hanya tertumpu dalam kelas sahaja pun tidak sesuai kerana mereka juga hanya menumpukan aktiviti dalam kelas manakala aktiviti luar tiada atau terhad/kuran.ini pun tidak adil dan tidak sesuai.

Paling adil dan paling sesuai ialah guru-guru yang dapat menjalankan tugas kedua-duanya iaitu antara aktiviti kurikulum dan kokurikulum.Rasanya dalam satu sekolah tu ada juga satu dua guru yang bergitu...Ini bermakna mereka itu adalah cemerlang..

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU DGN AWAK KAMANUK....tetapi yg berlaku kat sekolah, yg dikira hebat,baik, cemerlang ialah mereka yg hanya dgn kerja mengajar shj.

Lepas tu...bila naik pangkat jadi PK, tak tau buat kerja.

Sebenarnya, dlm kelas dan luar kelas sama penting. Cuba rujukl FPK.

kamanuk berkata...

Betul wahai kawan TANPA NAMA : Sayangnya kamu tu tidak pakai nama samaran koh. Coba ya kasi letak nama samaran. Ya betul itulah saya katakan antara kegiatan kokurikulum dan kurikulum sama penting sama hebat.Tiada bezanya.