Rabu, 16 Mac 2011

Guru disyaki cabul murid kena tahan

2011/03/16

GEMAS: Polis menahan seorang guru lelaki sekolah kebangsaan di sini, Jumaat lalu kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan Tahun Enam.

Guru berumur 20-an itu dipercayai melakukan perbuatan itu dua kali dengan kejadian pertama pada 8 Mac lalu.

Guru terbabit menjemput dua murid perempuan ke rumahnya kira-kira jam 3 petang untuk menyusun jadual waktu.

Selepas selesai, seorang daripada murid disuruh pulang untuk menukar pakaian bagi menyertai kegiatan kokurikulum.

Ketika tiada orang lain di rumah, guru terbabit mencium pipi dan leher mangsa, meramas buah dada serta meraba kemaluannya.

Kejadian kedua berlaku keesokan hari apabila guru sama menjemput enam murid ke rumah dan dijamu minuman serta kek. Ketika kejadian, isteri guru terbabit tiada di rumah kerana bekerja.

Perbuatan guru itu terbongkar apabila rakan mangsa menceritakannya kepada guru tuisyen yang kemudian melaporkan kejadian itu di Balai Polis Gemas, Jumaat lalu.

Berita Harian Online: 16 Mac 2011

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

warga guru semua, sekadar luahan ibubapa.
"harapkan pagar, pagar makan padi".

di mana integriti guru dan di mana akujanji guru ?????

Tanpa Nama berkata...

cikgu ni, budak sekolah rendah pun jadi, kalau sekolah menengah lain la ceritanya,,,

Tanpa Nama berkata...

kesian cikgu tu..dia kena fitnah je..
harap semua warga pendidikan mendoakan kesejahteraan untuknya dalam perbicaraannya nanti.
Dia akan kemukakan saman fitnah terhadap pihak yang berniat jahat terhadapnya demi membersihkan nama baiknya dan demi kemuliaan profesion kita semua. Teruskan beri sokongan!!

Tanpa Nama berkata...

itu baru disyaki, bukan didapati bersalah,biarlah proses undang-undang mengambil peranan...