Khamis, 17 Mac 2011

Ibu bapa tidak puas hati


Sebahagian ibu bapa pelajar yang dikenakan tindakan buang sekolah menunjukkan surat yang diterima mereka di hadapan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam, semalam.


KUBANG PASU 16 Mac – Kira-kira 20 ibu bapa pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di sini yang dikenakan tindakan buang sekolah melahirkan rasa tidak puas hati kerana tidak dibawa berbincang sebelum tindakan berkenaan diambil ke atas anak mereka.

Seorang bapa, Mohd. Azami Abd. Majid, 45, berkata, kesemua yang dibuang itu adalah pelajar tingkatan lima dan mereka dikenakan tindakan itu kerana didapati membuli dua pelajar tingkatan empat sekolah tersebut pada 25 Februari lalu.

“Salah seorang pelajar yang dibuang ini adalah anak saya dan jika dia bersalah pihak sekolah patut memanggil kami para waris untuk berbincang terlebih dahulu.

“Kami menerima surat melalui perkhidmatan kiriman cepat dua hari lalu memaklumkan anak kami telah dibuang sekolah dan pihak sekolah enggan memberikan peluang kepada anak kami untuk meneruskan persekolahan di situ,” katanya ketika ditemui di pekarangan sekolah tersebut di sini hari ini.

Menurut Mohd. Azami, anaknya mengambil jurusan Sains Teknikal dan tidak semua sekolah di negeri ini menawarkan jurusan tersebut.

“Lagi tujuh bulan anak-anak kami akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan kami berharap anak-anak kami dapat bersekolah semula di sekolah ini.

“Selepas dibuang sekolah, emosi anak-anak kami terganggu dan kami bimbang pelajaran mereka terjejas,” katanya.

Seorang lagi bapa, Azlah Haron, 54, berkata, para waris telah berjumpa dan berbincang dengan pengetua sekolah tersebut namun anak-anak mereka tetap tidak dibenarkan menyambung persekolahan di sekolah berkenaan.

“Anak-anak kami akan mengambil peperiksaan SPM dalam bulan Oktober nanti dan proses pertukaran sekolah lain pasti akan mengambil masa. Kami berharap anak-anak kami akan diterima semula belajar di sekolah ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Kedah, Abdullah Saad berkata, waris pelajar yang terlibat perlu membuat rayuan terus kepada pihaknya dalam tempoh sebulan dari tarikh hukuman buang sekolah dikenakan.

“Pihak kami akan menyiasat perkara ini dan akan membawa kes ini kepada Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP) untuk tindakan lanjut.

“Jika Bahagian SBP tidak menerima rayuan ini, JPN akan mencari sekolah lain yang lebih sesuai untuk pelajar-pelajar yang terlibat,” katanya.

Utusan Malaysia Online: 17 Mac 2011

10 ulasan:

Matrikgold berkata...

Tangani dengan cara bijak dan perbincangan sebelum capai kata putus.

Tanpa Nama berkata...

TEGAS...tak mengapa kita korbankan 5 org demi utk menyelamatkan 500 org yang lain.

KPM perlu tegas. Ikut spt MRSM. Tak ada sebarang rayuan spt kes yg berlaku beberapa thn dulu. Jumpa menteri(masa tu la) pun menteri tak layan.

Kita korbankan 5 org utk beri pengajaran kpd puluhan ribu pelajar yg lain.

Tanpa Nama berkata...

“Selepas dibuang sekolah, emosi anak-anak kami terganggu dan kami bimbang pelajaran mereka terjejas,” katanya.

HABIS TU... yg anak pak cik dok regging budak lain, emosi budak tu tak terganggu ka?

Tanpa Nama berkata...

balik balik, asyik guna alasan "emosi terganggu" lagi. Kalau tak anak guna alasan tu, mak ayah pulak yang nak guna.

Kalau kena boikot di sekolah nanti, tak ker lagi terganggu emosi anak tu? Harap KPM tegas.

KPLI_2005 berkata...

Mmmm..kita tunggu dan lihat.
Biasanya menteri yang x paham akan sebab&akibat ini akan tunduk dengan desakan ibubapa dan pelajar yang bermasalah ini...Biasanya bila pelajar dihukum, pelajar itu adalah bermasalah. Tapi kalau ibubapa pun x boleh menerima hukuman anak2nya yang bermasalah itu, maka ibubapa tersebut pun dikira bermasalahlah jugak.
Tindakan buang sekolah ni x ke mana. Bila dirayu dan campur tangan menteri yg x paham, akhirnya guru dan sekolah akan kalah juga. Bukan nak prejudis..tapi itulah hakikat yg berlaku berdasarkan fakta dan bukti lepas.
Nak tunggu komen KAMANUK dan MAKCIK KAMARIAH pulak.Heheheh..

guru lama berkata...

Jika tindakan berdasarkan perasaan dan emosi akan berlaku ketidakadilan dan salah prosedur berlaku.

Sebagai seorang pentadbir yang matang akan membuat pertimbangan dari pelbagai sudut dan dibincang bersama Ahli jawatankuasa Tatatertib dan lembaga Disiplin sekolah. Seseorang Pengetua atau Penolong Kanan HEM tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana mereka adalah salah satu ahli sahaja bukan mewakili semua ahli jawatankuasa tatatertib dan disiplin sekolah.

Jika bentuk kesalahan sudah dikenalpasti dan hukuman sudah dijatuhkan sepatutnya pelajar terlibat bersama ibubapa mereka diberikan ruang untuk mengemukakan rayuan kerana yang penting ialah dendaan itu semata-mata memberikan kesedaran kepada perbuatan pelajar dan masa depan mereka sebagai generasi pelapis.

Di sekolah ada Unit Bimbingan dan kaunseling, PIBG dan Guru-Guru untuk menasihati pelajar jika berlaku kesalahan atau perbuatan yang tidak betul.

Biasanya tindakan-tindakan awalan yang diambil ialah;-
1. Menegur dan menasihati pelajar
secara lisan
2. Sesi Kaunseling
3. Surat Amaran bertulis pertama
dan kedua
4. Buang sekolah/gantung tanpa
tarikh

semua di atas ada dokumentasinya jika tiada dokumentasi maka sia-sialah tindakan terhadap pelajar kerana bawa ke mahkamah pun tiada bukti akhirnya Pengetua dan PK Hem lingkup.

Pernah juga terjadi di sekolah saya dimana seramai 27 pelajar asrama dibuang asrama kerana mengadakan aktiviti yang mereka anggap salah salah. Pengetua dengan nasihat PK Hem dan Ketua Warden serta seorang warden perempuan memutuskan semua pelajar tersebut diberi surat buang asrama. Lalu ibubapa pelajar berkenaan merujuk kepada seseorang di PPD dan oleh kerana salah prosedur maka akhirnya Pengetua menarik balik surat pembuangan asrama dan digantikan dengan surat amaran sahaja.

Inilah masalahnya jika PK HEM DAN orang-orang tertentu mengikut emosi dalam membuat tindakan

jadi, saya menyarankan kepada pengurusan sekolah berkenaan semak semula tindakan betulkah atau salah prosedur...Jika tindakan betul ok..tiada masalah tapi jika salah maka bersedialah dengan dokumentasi yang cukup manalah tahu ada ibubapa yang membawa kes tersebut hingga ke mahkamah...

'SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'

Tanpa Nama berkata...

TEGAS wahai KPM. JPN KEDAH, & SEKOLAH.

BUANG SJA 5 org ni semoga ini dpt memberikan pengajaran terbaik bagi ratusan ribu pelajar yg lain.

guru lama berkata...

Jika tindakan buang saja samalah seperti tindakan Sultan Melaka menghukum dan membuang Hang Tuah.

Tanpa Nama berkata...

Banyak Persoalan ...

sekolah (saya agak pihak sekolah dah buat perkara-perkara ini) :

1). Adakah 5 pelajar terbabit telah diberi tuduhan terhadap salah laku mereka?
2). Adakah pihak sekolah dapat membuktikan kesalahan yang telah 5 pelajar itu lakukan ?
3). Tiada prima facie? tuduhan adalah jelas dan ada kes? Kesalahan / salahlaku boleh dibuktikan? saksi diperolehi? surat pegawai perubatan? laporan polis? laporan aduan pelajar yang jadi pemangsa?
4). Peraturan / Undang-Undang yang digunakan untuk sabitkan kesalahan pelajar berkenaan?
5). Apakah hukuman yang dinyatakan?
6). Perbekalan ini perlu jelas : siapa yang membuat tuduhan? siapa yang kena tuduh? siapa yang membuat penghakiman? Undang-Undang/Peraturan yang diguna.
7). Prosedur-prosedur tuduhan, pendengaran, penghakiman dibuat dengan jelas?

Pelajar :
1). Adakah pihak sekolah tidak silap orang untuk mensabitkan salah laku kepada orang yang kena tuduh (pelajar)?
2). Adakah pelajar berkenaan (orang yang kena tuduh) diberi peluang membela diri atas tuduhan dibuat kepada mereka?
3). Peraturan / Undang-Undang yang diguna untuk sabit kesalahan, adakah ianya diketahui umum? jelas? sah? terpakai? boleh diguna jika dibawa ke Mahkamah?
4). Pihak yang berautoriti membuat tuduhan? mendengar tuduhan? mendengar pembelaan diri? membuat penghakiman?
5) ......

sekadar satu pandangan.
saya amat menyokong PENDERA tidak kira PELAJAR ataupun GURU perlu dihukum. Tidak ada PENGECUALIAN. Individu yang menyalahi PERATURAN perlu dihukum. Tidak ada konsep HUKUMAN BERPILIH. Guru dan Pelajar adalah insan yang sama-sama menpunyai HAK. Kita perlu menghormati HAK seorang GURU dan juga HAK seorang PELAJAR.
- ibubapa prihatin, Jelawat, Bachok.

Unknown berkata...

Bagaimana dengan kes seperti ini..

Individu A datang dan membuat perkara mengundang kemarahan indivibu b..dan individu A lalu mengatakan hasrat untuk bergaduh dgn individu B(kejadian ada saksi)

Lalu pergaduhan berpunca dari individu A..malangnya akibat nak pertahankan diri sebab dipukul individu b (ada saksi) terpaksa membalas balik pukulan lalu menyebabkan individu A cedera (kerana memiliki ilmu pertahan diri)

Lalu kes hanya disabitkan ke atas individu B sahaja (buang sekolah) sdgkan titik permulaan kejadian berpunca dari individu A..

Soalannya adakah wahar demikian?