Sabtu, 26 Mac 2011

Kenaikan gaji guru biar ikut kejujuran diri

2011/03/26

SAYA ingin memberi pandangan berkenaan perubahan skim gaji yang dicadangkan Kesatuan Sekerja Perkhidmatan Awam (CUEPACS), iaitu penilaian kenaikan gaji bergantung kepada pembabitan guru di luar waktu sekolah dalam bidang kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Apabila guru aktif di luar, 70 peratus pengajaran dan pembelajaran akan terabai. Guru tidak dapat menumpukan perhatian kepada kedua-dua bidang, tambahan lagi dengan pelbagai perkara yang perlu dibereskan di sekolah.
Tugas guru yang aktif di luar terpaksa diambil alih oleh guru lain yang tidak banyak kerenah. Apabila skim baru ini terlaksana, guru aktif di luar diberi ganjaran kenaikan gaji dan ganjaran khas, manakala guru lain hanya melihat rakan mereka menerima ganjaran.

Kesannya, timbul tanggapan ketidakadilan dan rasa tidak puas hati dari setiap tahun.

Justeru, saya mencadangkan pelaksanaan Sistem Kenaikan Gaji berdasarkan kejujuran guru menilai diri mereka sendiri. Pihak berkuasa hendaklah mengeluarkan Pekeliling setiap tahun bagi guru yang ingin mendapatkan kenaikan gaji tahunan.

Guru berminat yang berasakan mereka sudah melaksanakan tugas dengan baik di sekolah boleh mengisi borang dan mendapat pengesahan guru besar dan pengetua tetapi bukan untuk mendapatkan sokongan.

Selepas borang diproses, Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Nazir boleh memantau guru berkenaan seperti permohonan Guru Cemerlang.
Apalah salahnya prosedur ini digunakan untuk kenaikan gaji guru? Dengan cara ini pihak penilai dapat mengenalpasti adakah guru yang aktif di luar ini tidak mengabaikan kerja di sekolah.

GURU JUJUR,
Kuala Lumpur

Berita Harian Online: 26 Mac 2011

10 ulasan:

kamanuk berkata...

Saya bersetuju guru yang aktif diberikan ganjaran.Sebabnya ialah
1. setiap kali guru-guru ini keluar mereka mengeluarkan wang poket mereka untuk membiayai tambang dan makan minum pelajar.

2. Guru-guru yang aktif ini juga mengajar subjek kelas

3, mereka menggunakan tenaga/kewangan berbanding dengan guru-guru mata pelajaran

Namun cadangan pemberian ini sepatutnya hanya kepada guru-guru yang dapat membuat kerja-kerja kokurikulum dan kurikulum. Bagi guru-guru yang terlampau mengikuti aktiviti luar tidak perlu kerana mereka sama juga dengan guru-guru yang mengajar didalam kelas.


Pemberian hanya patut dan wajar kepada guru-guru yang mengadakan kerja-kerja sekolah secara seimbang dari segi kurikulum dan kokurikulum

Tanpa Nama berkata...

Setuju jugak dgn cadangan ni....tapi aktiviti luar mestilah yg berkaitan dgn tugas dlm bidang pendidikan sepenunya*(Bukan P&P shj) dan surat kebenaran mestilah drp KPM, JPN @ PPD.

Kalau aktivit di luar lingkungan KPM, jgn ambil kira.

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakan guru yang aktif di luar ni akan meninggalkan tugas-tugas mereka. Guru-guru lain yang akan mengambilalih. Semua ada peranan...

Tanpa Nama berkata...

Sekadar ingin mencelah, cadangan CUEPACS :
" penilaian kenaikan gaji bergantung kepada pembabitan guru di luar waktu sekolah dalam bidang kemasyarakatan, sukan, kebudayaan dan badan bukan kerajaan (NGO).

Saya kira NUTP dibelakang cadangan yang dibawa oleh Cuepacs ini.

Pada hemat saya, komponen yang dinyatakan di atas hanya merangkumi komponen KPI kepada :
i. sumbangan kepada Jabatan/Unit
ii.sumbangan kepada komuniti.

Jika hanya diambil kira 2 sumbangan ini utk tujuan Kenaikan Gaji ianya TIDAK BERBALOI.
Kompitensi Penjawat Awam tidak sebenarnya di NILAI.

Kalau untuk Anjakan Gaji tak perlu dah dibincang .. sebab hanya SATU LAPISAN BARIS sahaja yang dicadangkan. Pergerakan secara mendatar setiap tahun. Cuma akan ada SEKATAN/Bar dalam masa 5 tahun services. Disitulah akan muncul bagaimana kenaikan gaji !!!!

Banyak perkara lagi yang perlu diambilkira. Saya telah membentang perkara ini di Bengkel IUB pada Februari 2011.

Saya telah menghadiri Bengkel anjuran JPA di PICC pada Januari 2011. Wakil NUTP pun hadir dan turut sama dalam kumpulan saya.

Apapun kita tidak lagi mahu berulang peristiwa skim SSB yang telah meruntuhkan KRISIS KEPERCAYAAN pekerja kepada majikan.

- bapa prihatin, jelawat, bachok.

Tanpa Nama berkata...

ada wajarnya ianya diberikan pada guru aktif.....
Ini kerana APC bg guru2 ini jarang dipandang oleh pihak pentadbir........

Core Biz guru adalah mengajar : Inilah sekatan bagi guru aktif mendapat APC. Alasan tersebut banyak berlaku. Bukan Hanya guru aktif yang terkena, tetapi guru2 yang mempunyai tugas khas lain spt Guru Data dan Guru ICT. Kbykn yg mendapat APC atau yg dipandang adalah guru yang mengajar Kelas Peperiksaan.....UPSR, PMR dan SPM..... Guru lain hanya makan angin jer.....

Tanpa Nama berkata...

1. Kami yang tak mendapat DG32 sebelum anjakan DG41, masih mahu menuntut kenaikan gaji yang sepatutnya. Walaupun pernah diberi anjakan gaji sebanyak setangga, itu belum mencukupi, berbanding yang menikmati DG32 dahulu baharu ke DG41.Kami adalah yang menjadi mangsa sistem.

Tanpa Nama berkata...

Saya Guru DGA 32 yg akan ke DG 41. Saya bersetuju dgn tuntutan anda TETAPI di sini kita berbincang tentang hal lain.

Sememangnya benar guru kelas peperiksaan shj yg diutamakan utk APC. Sebabnya, sistem kita hanya mementingkan PEPERIKSAAN. Walau bagaimanapun. APC tu tak penting. Setakat Rm 1000 tu, halal je lah.

Tanpa Nama berkata...

saya sangat tidak bersetuju jika guru yang aktif dengan tugasan luar diberi kenaikan gaji kerana:
1. kelas mereka di'relief' oleh guru lain.
2. mereka sebenarnya gembira bertugas di luar(kadang-kadang menawarkan diri ke sana ke mari) kerana tidak perlu mengajar dan berhadapan dengan murid.
3. kebanyakan mereka ini tidak gemar mengajar, dan kalau tiada tugas di luar pun, mereka tidak masuk ke kelas mengajar atau masuk lambat ke kelas.
4. mereka ini sewajarnya terus ditukarkan dari bidang pendidikan ke bidang tugas luar kerana hilang minat mengajar.
5. mereka hanya minat mengajar jika mendapat imbuhan contohnya kelas tambahan berbayar, boleh dilihat mereka berebut2 mengajar. Pengawasan peperiksaan sekolah dibuat sambil lewa tetapi jika pengawasan SPM, guru-guru inilah yang menawarkan diri. Hairan.
6. Claim perjalanan tidak pernah ketinggalan untuk dituntut dan kadang-kadang menipu kerana guru-guru ini bekerja semata-mata untuk kepentingan diri sendiri sahaja.

Pemerhatian selama hampir 20 tahun.

kamanuk berkata...

Sama ada diluar sekolah atau di dalam sekolah namanya bertugas juga ya. Mau apa lagi.Bukannya kita keluar itu suka-suka tapi jalankan tugas rasmi. Ya relief tu tetap relief kerna kamu itu tidak mahu terlibat diluar.Tapi perkiraannya tetap sama dong.Berada diluar juga penat, buang duit lagi, korbankan masa dengan keluarga.

Tanpa Nama berkata...

sekarang ini tugas guru semakin membebankan ( sekolah berprestasi tinggi ), waktu sekolah di panjangkan 2.00ptg, setiap minggu ada aktivi kokurikulum 2X, mesyurat panitia ( 2 matapelajaran )2x sebulan, kelab guru 2x sebulan, mesyuarat guru ,guru2 di minta hadir hari sabtu, aktiviti kokurikulum hari sabtu guru2 di minta bersama murid-murid. Adakala guru2 menemankan murid keluar negara seminggu dengan mengorbankan masa bersama keluarga.