Sabtu, 5 Mac 2011

Ketua guru disiplin didakwa cabul 11 pelajar

KUALA LUMPUR 4 Mac - Seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di Pandan Indah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas 11 pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun, bulan lalu.

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 49, berasal dari Pulau Pinang memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Azaraorni Abd. Rahman.

Tertuduh didakwa mencabul kehormatan semua mangsa tersebut di dalam bilik guru disiplin di sekolah tersebut antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Jaizah Jaafar mencadangkan jaminan RM1,500 bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadap tertuduh.

Katanya, Ismazi yang berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun juga telah memberikan kerjasama yang baik terhadap pihak berkuasa sepanjang siasatan dijalankan.

Azaraorni menetapkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula pada 25 Mac ini.

Isteri Ismazi yang hadir bersama rakan-rakannya membayar jaminan tersebut.

Utusan Malaysia Online: 5 Mac 2011

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Murid yg bersalah terlepas hukuman, Guru yg menegur kesalahan...inilah balasannya.

Suka hatilah budak-budak tu....mereka terlepas...cikgu kena.

Ni..lah budak-budak yg akan menjadi setan bila besar.

gurubengang berkata...

nak buat mcm mana, menteri pelajaran kita sendiri tadi dalam TV cakap 'apa masalahnya kalau baling batu pada org yg x disukai, it is ok' bila kereta anwar dipecahkan cerminnya.

so lepas ni cikgu2 jgn komplen bila kereta dianiaya oleh murid bermasalah, kerana x salah jika kita x suka seseorang tu

UMNO Jahat berkata...

selagi UMNO/BN memerintah negara..selagi itu masyarakat Malaysia akan tunggang langgang....

Nak buat mcm mana..rakyat Malaysia jugak yg bangang masih sokong diorg

Uji Hussein berkata...

Saya pernah mengenali Megat ismazi dan saya 100% tidak percaya tuduhan yang dikenakan.Pasti ada suatu kekeliruan.Kalau benar dia tak bersalah, saya doakan Allah tunjukkan kebenaran.

Tanpa Nama berkata...

Guru"Silent voter" dlm PRU

Tanpa Nama berkata...

Megat

kalau hang tak buat....

"Semoga hang tabah dengan ujian ini... Allah janji ganjaran yang besar terhadap orang yang sabar dalam menghadapi ujianNya"

kalau hang buat.....

"Semoga hang infas.... minta ampun dengan Allah dan minta maaf dengan mangsa.....Allah Maha Pengampun "

Hanya Allah yang mengetahui segala galanya.

kamanuk berkata...

Sukar diterima seorang guru disiplin mencabul 11 orang. Benarkah begitu atau hanya tuduhan melulu kerana marahkan guru disiplin.

Jika betul..mau cakap apa lagi nasi sudah jadi bubur..terima sahajalah hukuman atas perbuatan kerana mingiut hawa nafsu...

tapi....

Jika pertuduhan tidak betul maka para pelajar kena terimalah akibat yang sangat keras dari para guru termasuk mana-mana orang perseorangan yang bersekongkol...

kalau saya, sekali-kali tidak akan berhenti sampai ke lubang cacing mencari kebenaran walau apa cara sekali pun....

Tanpa Nama berkata...

Saman pulak mak babap yg banyak cakap kat media tu jika cikgu tak salah.
Pasal apa murid2 hari biadap....sbbnya terlalu dimanjakan dan dibela walaupun salah

Tanpa Nama berkata...

murid cina pulak tu yg buat aduan, entah lah aku,
tp aku sbg guru skang, mmg dah masak ngan tipu helah pelajar2, terutamanya cina,
hehehe lu mau sekolah, sekolah, jangan main sama gua..x kira melayu cina india gua rembat kalo buat salah, mahkamah dunia mungkin kata salah, tp aku percaya kalau cikgu ismazi ndak salah, Allah bersama mu selalu untuk selamanya...