iskandar@hmetro.com.my
SAKIT... mangsa menunjukkan bagaimana guru didakwa menampar muka mereka.
PORT DICKSON: Hanya kerana dikesan ponteng kelas, lima pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah kebangsaan (SMK) di sini, mendakwa terpaksa menanggung malu apabila ditampar oleh guru mereka di depan rakan lain, baru-baru ini.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 5 petang Rabu lalu, semua pelajar perempuan berusia 13 tahun iaitu Cheok Lai Jun, Liew Jia Kei, Choo Je Yan, Sua Hui Yi dan Yong Poi Xia yang berlainan kelas dikatakan dipanggil oleh guru wanita berusia lingkungan 20-an.
Sejurus berkumpul di dalam sebuah kelas, pelajar sesi petang itu dikatakan diarah guru berkenaan supaya beratur dan menampar pipi kiri mereka di depan beberapa pelajar lain.
Menceritakan kejadian itu, Je Yan berkata, mereka berlima tidak menyertai pelajar lain pergi ke bengkel kemahiran hidup berikutan terlalu letih kerana menyertai program kokurikulum pada sebelah pagi.
“Kira-kira jam 4 petang itu, kami bagaimanapun tidak keluar dari kawasan sekolah dan hanya berehat di kelas. Sejam kemudian, guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah pada ketika itu memanggil kami dan bertanya mengapa kami tidak pergi ke bengkel.
“Kami memberitahu kerana terlalu letih namun dia tidak dapat menerima alasan itu lalu menampar muka kami,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Turut hadir, ibunya, Tan Sew Eng, 40, dan dua lagi rakannya, Lai Jun dan Jia Kei.
Menurut Je Yan yang mewakili semua rakannya, emosi mereka terganggu dengan kejadian itu kerana terpaksa menanggung malu dengan rakan pelajar lain.
Sementara itu, Sew Eng berkata, beliau tidak dapat menerima tindakan guru berkenaan yang dianggap keterlaluan.
“Saya tahu dia (anak) memang bersalah tetapi mengapa guru menampar muka mereka di depan pelajar lain?Saya tidak akan mempertikaikan tindakannya jika dia merotan tangan atau anggota badan lain kurang tidak sensitif,” katanya.
Menurutnya, dia akan membuat laporan rasmi kepada Jabatan Pelajaran negeri dan Kementerian Pelajaran supaya guru terbabit dikenakan tindakan sewajarnya.
myMetro: 13 Mac 2011
20 ulasan:
BANYAK CERITALAH KAU ORG. MANJA SANGAT. SAYA MINTA KPM membenarkan semula hukuman berbentuk dendaan kpd pelajar sekolah.
Guru perlu dilindungi drp tindakan undang2 dl usaha mendisiplinkan murid.
sekrang ni budak2 dah pandai kata "mengganggu emosi" lah...trauma lah... bila sorang start, semua asyik beri alasan sama. menyampah betol. Ibubapa yang sokong anak pun asyik beri alasan yang sama.
kesal kerana masih ada guru tergamak mendenda murid, padahal sepatutnya sebarang kesalahan berat perlukan kaunseling sahaja.
ni lah akibatnya bila ramai guru enggan menyertai Umno dan BN seperti kelaziman seorang guru yang baik.
Hak asasi manusia perlu dijaga, kita para guru wajib bersyukur kepada kerajaan BN atas kurniaannya. Sebagai ibu dan guru, kita jgn meninggikan suara dan menghukum, kerana ianya akan menimbulkan efek negatif pada pemikiran murid.
Apa pulak mak cik kamariah. Nak berkempen ka?
Mak cik,....dulu kita kalau kena lempang @ rotan@ hukuman.... tak berani nak cerita kat mak bapak. Sebabnya.................
Alhamdulillah.... dgn sbb rotan, hukuman guru itulah saya jadi org hari ini. kalau tidak....mungkin saya jadi malaun yg tak beguna.
Hari ni, kena denda sikit, mengadu kat media. Pasal tu lah anak-an ak hari ni jadi lebih teruk drp syaitan & iblis.
Saya cadangkan guru tersebut di pecat daripada menjadi guru dan memalukan spesis dan profesyen perguruan.
Emosinya tidak dapat diawal dan perlu dhantar ke hospital psikiatrik untuk pemeriksaan mental.
seorang guru sepatutnya mengawal emosi dan bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan sepertimana Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
Guru berkenaan sepatutnya dituduh kerana cubaan mendatangkan kecederaan kepada pelajarnya.
Beliau juga didapati telah melakukan kesalahan di bawah akta kesalahan jenayah
Guru yang tidak berhemah dan tidak profesyenal perlu disingkir daripada profesion perguruan.
Macamana dia boleh melepasi pemilihan guru satu waktu dahulu?
panduan untuk semua guru...
http://pengembarasepi.wordpress.com/2011/03/14/garang-tetapi-tetap-disayangi/
panduan untuk semua guru di luar sana....
http://pengembarasepi.wordpress.com/2011/03/14/garang-tetapi-tetap-disayangi/
http://pengembarasepi.wordpress.com/2011/03/14/garang-tetapi-tetap-disayangi/
Kepada guru di sekolah tersebut, jangan kacau atau sentuh murid itu lagi. Gasak dialah nak ponteng kelas ke, nak ponteng sekolah ke apa...kita masuk kelas dan ajar ikut sukatan pelajaran aje. Kalau dia buat kesalahan macam tu, kita catat je dalam Buku Rekod Kawalan Kelas atau borang aduan hantar ke Guru Disiplin ( yang pasti akan diperap saja kerana tiada apa tindakan yang boleh dibuat. Sekadar masuk data SSDM saja ). Buat apa kita susah2 nak bentuk disiplin pelajar kalau natijahnya nanti macam ni kan...
Depa ingat kita guru ni senang2 ke nak naik tangan...saya yakin pasti guru tersebut telah banyak kali bagi amaran atau peringatan namun murid yang sama seolah2 ingin mencabar guru tersebut.
Dan saya yakin, guru tersebut tampar pun bukan sekuat mana. Bukan tujuan nak mendera...tapi mendidik.sebab tu ditampar di depan kelas..supaya menjadi peringatan kepada pelajar lain agar tidak membuat kesilapan disiplin. Malangnya istilah 'trauma' disalahgunakan...
Saya setuju....biarkan saja budak-budak ni. Kita pi sekolah,,,,ajar..... lepas tu keluar kelas. Pasal disiplin dan keptusan exam ...lantaklah. Kita doibayar gaji utk mengajar kan?
Kalau didenda tak boleh, dihukum tk boleh...asyik nak salahkan cikgu je...itulah cara yg paling sesuai.
setuju KPLI 2005...
lain kali ada kes kecil mana pun terus panggil polis mai...
guru kan tak boleh nak sentuh anak manja yg bakal hancur masa depan ni..
Setuju dengan KPLI_2005, tugas guru adalah P&P.
Apa maksud P&P? Selak kamus Pendidikan dan kamu akan jumpa maksudnya.
HANYA Guru yang KOMPITEN sahaja yang selayaknya menjadi guru.
Guru yang tidak kompiten perlu dididik semula dan dihantar kursus serta di kaunseling.
Hanya yang betul-betul KOMPITEN sahaja dikekalkan bekerja sebagai Guru.
Yang tidak layak perlu memikirkan hala tuju mereka semula.
Masih ramai diluar sana yang berminat nak menjadi guru.
Saya ingin syorkan, had umur Penjawat Awam guru dipendekkan kepada umur 45/50 tahun sahaja.
Alasan: Ramai guru yang membuat kerja part time sebagai Guru Tusyen samada di sekolah sendiri/sekolah lain/ pusat tusyen swasta/sendiri, di premis rumah sendiri/rumah kawan atau dimana sahaja.
Tugas HAKIKI profesyen guru telah dicabul oleh kerja-kerja bukan hakiki di sekolah.
Kerja-kerja bukan hakiki perlu dibuat oleh Penjawat Awam lain iaitu Gred Pentadbiran dan Sokongan serta PTD.
NUTP dan NGO mewakilli guru perlu membuat bancian/kajian berapa ramai guru yang bermasalah emosi disebabkan beban tugas bukan hakiki di sekolah.
kita nak memastikan guru berfungsi sebagai guru yang mendidik dan memberi ilmu kepada pelajar-pelajar dan bukan PENDERA tak rasmi/rasmi.
hoi rakan guru yang engkau mengarut cerita benda lain apahal..tajuk perbincangan tantang " Lima pelajar mengaku ditampar guru" bukan pasal KPLI...bebanan tugas ..ceh leceh betullaj kau orang
pelajar Tahun 6 pun boleh bincang oh...
Saya dulu di rotan guru yang lebih kecik dari saya orang dari Johor, Melaka,Kelantan, Terengganu pula tu , saya dimarahi dihadapan rakan-rakan, ditarik telinga depan kelas kerana tidak siap kerja rumah, lambat masuk dan sindiran tu biasalah.
Tapi saya tidak pernah berdendam dengan guru saya termasuklah ibubapa saya tidak pernah mengambil apa-apa tindakan terhadap guru berkenaan sebaliknya ibu saya tambah lagi dendaan..di rumah
Saya amat berterima kasih kerana dengan dendaan guru tersebut maka saya berusaha bersungguh-sungguh sampai ke menara gading dan menjawat jawatan penting di sekolah menengah hari ini.
andainya guru berkenaan membiarkan saya dengan sikap malas,lalai dan tidak bertanggungjawab belum tentu saya menjadi orang berguna kepada negara hari ini...
saya akan kenang guru tersebut sampai selama-lamanya selagi nyawa masih ada sebagai guru yang komited mendidik anak bangsa..
Terima kasih cikgu Aziz Yatim, Cikgu Yakub Mamat, Cikgu Yusof, Cikgu Zahari, Cikgu Rahim dan ramai lagi guru berasal dari semenanjung yang berjasa kepada saya serta rakan-rakan dari SMK. Bandau, ..1977 - 1982
janganlah kerana dendaan sedikit sahaja maka riuh satu Malaysia....
Kalau tak mahu lagi diajar guru buatlah sekolah di rumah sendiri
Renunglah diri dulu sebelum menuding jari kepada guru, Apakah kita cukup stabil, cukup baik, sangat baik dan orang lain itu tidak baik tidak berhati perut....
Belajarlah menjadi manusia yang bersederhana. Anak yang baik dihadapan orang tua belum tentu baik diluar lingkungan keluarga. Itu sebab, kena hati-hati, kena periksa dahulu...
manja sangat pelajar kita ni...malu kena tampar, tapi tak tahu malu bila memonteng...
Alasan tidak masuk kelas sbb letih..kenapa kahhh sebelum masa guru tersebut, pelajar itu tidak meminta kebenaran guru tersebut agar boleh skip kelas..ni main terus ponteng dia jer....
HALOOOOOOOOO! Kalau ada apa2 berlaku pada murid tersebut masa pengajaran guru tersebut contohnya kena CULIK keh atau ROGOL keh..sape yang kena pertanggungjawapkan??? Ibu bapa nyer keh? takde maknanya! Guru waktu tu juga ibu bapa akan tudingggggg jari! Jadi tak boleh lakukan sentuhan fizikal..so kalau budak sesuka hati jeh ponteng kelas, tak yah belajar terus..berhenti jeh sekolah..senang cite..tak nak anak kena pukul,,senang cite,,berhenti jeh sekolah..
Terima kasih cikgu kerana pernah menampar saya krn hari ini saya juga dpt menjadi seorang guru.
Saya tak pernah cerita pada mak bapak saya hal itu sampai skrg.
Mungkin itulah salahs atu sebabnya jadi boleh manjadi"MANUSIA" hari ni. Kalau tidak, mungkin jadi hantu agaknya.
Skrg pun saya menggunakan rotan semasa mengajar. Murid yg bersalah tetap saya rotan.
Terima kasih cikgu....
Orang lain tak letih ke??? Lepas ni di bawah dasar 1 Murid 1 Sukan, semua murid pakat letih - tak payah belajarlah gamaknya....
aku masa form 1 pernah dilempang dan dirotan berkali2 dengan kuat sebab tikam musuh dengan pisau ms bergaduh.. lepas tu terus insaf belajar pulun2 dan keluar dr kelas budak2 nakal tu. Sampai aku jd cikgu, parent aku sikit pn x tahu yg anaknya begitu nakal di sekolah dulu
Catat Ulasan