Sabtu, 12 Mac 2011

Pelajar masih trauma



JITRA - Gara-gara ingin menyelamatkan seorang rakan dari dituduh melakukan kesalahan untuk berjumpa dengan guru, seorang pelajar Tingkatan Lima ditampar seorang anggota polis di sebuah sekolah di sini, kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku di tempat meletakkan kenderaan pelajar selepas tamat waktu persekolahan kira-kira jam 1.30 petang kelmarin, bapa pelajar terbabit, Ainol Anwar Ahmad, 42, mendakwa anaknya, Muhammad Danial, 17, ditampar seorang anggota polis yang lengkap beruniform tanpa sebarang sebab.

Ainol berkata, sebelum ditampar, anaknya sempat menghubunginya yang juga salah seorang guru di sekolah sama untuk memaklumkan dia menyelamatkan rakannya dari dituduh melakukan kesalahan.

“Difahamkan anak saya berlari sambil menjerit ke arah seorang guru untuk memberitahu bahawa rakannya itu tidak bersalah, namun secara tiba-tiba belum sempat guru berkenaan memberi reaksi, anggota polis berkenaan terus menampar pipi kanan anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, semalam.

Ainol berkata, dia amat kesal dengan kejadian ini dan mahukan penjelasan mengapa anaknya ditampar tanpa sebarang sebab.

Menurutnya, kini anaknya itu masih trauma dan emosinya sedikit terganggu kesan dari kejadian yang menimpanya itu.

Menurutnya, dia akan membawa anaknya itu untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Jitra dan mendapat pengesahan doktor bahawa anaknya mengalami kecederaan pada bahagian pipi kanan akibat ditampar.

“Saya bimbang kesan dari kejadian ini, ia akan mengganggu emosi anak saya dan sedikit sebanyak akan menjejaskan tumpuannya yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaluddin Hamenuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut berhubung kes itu masih dijalankan.

Sinar Harian: 12 Mac 2011

5 ulasan:

Guruku berkata...

Anak cikgu pun tak puas hati juga nak masuk suratkhabar...isss..iss..

teruk betul warga institusi pendidikan peringkat rendah dan menengah kena hentam dengan suratkhabar murahan sekarang. lagi-lagi "hari-harian menteruk".

Tanpa Nama berkata...

Salam bro,
1. Untuk Guruku, kalau nak tulis biar jelas bahasanya. Jangan main hentam keromo sahaja.

2. Isunya ialah...jika benar anggota polis itu menampar seorang pelajar, maka kita perlu tanya adakah seorang anggota polis (penguatkuasa undang-undang) tak tau undang-undang apabila menjalankan tugas.

3. Kalau dalam kes ini, saya berpendapat saman sivil sahaja yang dapat mengajar sesiapa yang bertindak semborono melangkaui undang-undang dan bidang kuasa.

Tanpa Nama berkata...

memang patut pun kena tampo..kalau dah belagak mcm samseng bila nk tegur guru..mmg patut kena tampo..apsal skrg nie ssh sangat kita nk sentuh pelajar..??kalau dulu..kena tampo..kena sepak tue perkara biasa bagi kita(pelajar zaman dulu)..sekarang kena jentik sikit terus taruma..nk buat laporan polis..nk saman itu ini...kalau mcm tue guru2 sekalian..tak yah nk tegur lagi lah pelajar yg buat silap..bila tegur kang ada guru yg kena belasah..kena saman...

Tanpa Nama berkata...



saya seorang guru dari sandakan,sabah. setiap hari sabtu semua guru dari sek sy mesti kena pergi sekolah samapi bulan oktober...masa puasa pun setiap sabtu kami kena pergi sekolah.. tujuk pekeliling pun guru besar tidak mahu dengar...kalau guru biasa buat salah guru besar ambil tindakan...kalau guru besar buat salah siapa nak ambil tindakan la.. semua guru dr sek saya sudah penat...sebab berkerja enam hari..walaupun kami pekerja awam... kami pun tidak tahu bila masalah ini selasai...KPM tolong la kami...

Tanpa Nama berkata...

suara-suara kita sebagai guru ibarat mencurah air ke daun keladi.